Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

30 September 2016

Update Kisah Si Bingo

Dah hampir nak masuk 6 bulan Bingo menjadi ahli keluarga ibu.
Bingo menjadi kesayangan semua.
Manja dan sangat mengada-ngada.
Bingo juga semakin sihat dan ceria.....

Keadaan Bingo 6 bulan yang lalu...
Sangat menyedihkan.....
Kisah  Bingo Siri 2

Dan Bingo pada hari ini...
Sangat manjaaaaa...

Kalau memasak di dapur dan menyiram pokok, Bingo setia jadi peneman.
Makan bukan main pemilih.
Bingo tak layan makanan segera yang kering ke yang basah.
Setiap hari ikan rebus jadi makanan rutin Bingo.
Bertabahlah ayah pergi pasar beli makanan Bingo dan bertabahlah ibu setiap hari rebuskan ikan untuk Bingo.

Gaya tidur Bingo
Kuat tidurrr....

ceria

Suka kacau orang buat kerja.

Bingo paling teruja bila ibu buka printer.
Sanggup tunggu berjam-jam di situ...
Entah apa la yang menarik minatnya..

Semoga Bingo mampu bertahan lama dengan kami.....

28 September 2016

Kisah Kemerdekaan 2016

Kisah basi dan berlapuk tapi ibu rasa belum terlambat nak buat n3.

Nak tepek sebagai kenangan di sini.
Kisah Bulan Kebangsaan.

Bukan murid je masuk pertandingan mewarna tapi cikgu terlibat sama.
Mewarna last minit.
Ni 90%  hampir siap.
Dapatlah Naib Johan.

Selain itu ada juga dianjurkan kelas Patriotik.
Maka dengan gigihnya cikgu menghias.
Anak-anak murid tolong jugak...tolong tengok...tolong buat kecoh.tolong sepah...bla..bla..bla...
He3x..apapun kami enjoy.
Suasana kelas...
Bendera sana sini.

pintu masuk....

Sudut patriotik...kad-kad ucapan dan kertas mewarna hasil kerja murid
3 Bestari.

sudut belakang...

aksesori kat meja murid....kat white board......

atas meja cikgu pun ada bendera berkibar.
Terkadang pandangan cikgu pulak terlindung nak memantau murid...he3x...

Alhamdulillah kelas ibu a.k.a 3 Bestari meraih Naib Johan.
Tak kisahlah 'cikgu'nya melabur wang ringgit dan keringat demi mengembirkan hati murid-murid.
Hamper pun licin hinggakan cikgu menggigit jari jelah.....

23 September 2016

Buku Merah Jangan Lupa Bawa

Rutin biasa 2-5 tahun sekali pasti ibu ke pejabat imegresin untuk renew pasport.
Kali ni agak menduga jugak la.
2X ibu ke pejabat imegresen  Muar nombor dah habis.
Menurut pegawai kat situ nombor yang disediakan 80-100 sehari.
Awal-awal memang dah habis.
Pegawai tu cadangkan ibu ke UTC terdekat.....
Paling dekat pun UTC Melaka.
Nasib baik lah adik hendsom (pegawai di situ) baik budi bahasa dan penuh dengan senyumam.
Sejuk hati si kakak aka mokcik ni....

Bergegas la ibu ke Melaka.
Kebetulan Along urusan kat Utem so ibu ikut sekali.
Sampai kat UTC dah pukul 3 petang.
Banyak juga perubahannya..
Lebih 3 jam jugak la urusan renew pasport ibu dan Beby selesai.
Fuh....legaaaa sangat.
Muka kebosanan...

Syukur Alhamdulillah...akhirnya selesai juga urusan renew pasport walaupun ada halangan.
5 tahun lagi tak tahulah macam mana pulak kaedahnya.
Tungguuuu....

About me