Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Mac 2016

Kisah Kehilangan Oyen

Kehadiran Oyen menjadi sebahagian family dalam hidup kami.
Patutlah Nabi Muhammad saw amat menyayangi kucing sebab makhluk ni merupakan minda terapi 
yang paling berkesan dikala kita sedih atau kesunyian.

Oyen menceriakan hari-hari kami walaupun adakalanya Oyen buat hati ibu gundah gulana.
Oyen seekor kucing yang sangat "cool"....mendengar kata dan tidak
banyak kerenah.
Banyak habiskan masa "tidur" dan berehat.....jarang ibu lihat Oyen 
berlari ke sana sini....Oyen boleh dikatakan seekor kucing yang sopan dan pemalu.

Semasa kami bercuti CNY selama seminggu..Oyen hilang tanpa dapat
dikesan.
Bertapa kami sekeluarga bersedih di atas kehilangan Oyen.
Menurut jiran ibu ( yang sering menjaga Oyen setiap kali kami bercuti) sepanjang kami
bercuti seminggu hanya sekali je Oyen balik makan.
Lepas tu dia dah tak nampak gelibat Oyen.
Bertapa rindunya ibu dan anak-anak pada oyen.

Hampir 2 minggu Oyen hilang.
Ibu memujuk hati agar bersabar.
Ibu tidap putus berharap agar Oyen selamat.
Ibu berdoa agar Oyen baik2 saja ditempat baru....

Suatu petang tiba-tiba Oyen muncul depan pintu...
Badan kurus tidak bermaya.....
Ya Allah..tidak dapat nak ibu gambarkan kegembiraan ini.
5F turut gembira dan bersyukur dengan kehadiran oyen.

Dan minggu ini Oyen hilang lagi.
Hingga saat ibu menaip n3 ni dah masuk 9 hari Oyen hilang.....
Ibu cuma berharap agar Oyen baik2 saja dan kembali ke pangkuan kami dengan selamat...
Sekiranya Oyen sudah temui penganti kami,
Ibu berharap 'tuan baru' menjaga Oyen baik.
Ketahuailah Oyen saat ini ibu amat merindui Oyen.
Jauh disudut hati ibu tidak pernah putus berharap
agar Oyen kembali kepangkuan ibu.
Ibu sangap rindu untuk memeluk dan mendakap Oyen.
Ibu rindu bila saat lapar Oyen mencium dan menjilat muka ibu.

Selalu abang Farouk buli Oyen baca buku setiap malam....

Bila abang Farouk ke surau..sedap je oyen berdengkur atas buku.....

Ginilah muka bila kena bebel dengan ibu...
macam mana hati ibu tak cair tengok muka oyen....

Manja sangat dengan abang farouk

Suka juga teman ibu tengok TV.....

Gaya tidur oyen....Suka peluk bebear...

Bilik Kakak Naurah pot yang paling oyen suka....

Juga di ruang rehat......tempat lepak Oyen...

Kembalilah oyen....Ibu sangat merindui Oyen.....

29 Februari 2016

Kelantan dan Keretapi

Bersua lagi dengan kisah #terobek lagi dan lagi.
Kisah semasa CNY...
Kami balik bercuti di kampung ibu.
 Alhamdulillah perjalanan di LPT 2 lancar tanpa ada kesesakan....

Rutin biasa bila ibu balik kampung.....
Pagi-pagi pergi ke RTC..
Dan ke WCH dan Rantau Panjang.
Tak banyak gambar sebenarnya.
Sekarang ni nak snap gambar pun dah malas....
Layan 4Farahs bershopping....Fuh....berpeluh ibu.

Aiskerim Baba yang hanya ada di Rantau Panjang.....

Aktiviti yang paling seronok buat kanak-kanak rebina masa cuti kali ni dapat naik keretapi.
Rasanya tahun terakhir ibu bawa 5F naik keretapi 9 tahun lepas.
Itu pun kami pergi ke KL dari Kota Bharu naik flight dan OTW balik
5F nak naik keretapi.....Buka main seronok mereka...
Cuti kali ni Ibu bawa Farouk dan anak saudara naik KTM.
Perjalanan dari Pasir Mas ke Tumpat..Tumpat ke Pasir Mas.
Tambang untuk 2 hala cuma RM2 seorang.
Sangat murah..dan selesa.
Ada aircond.....
Kalau naik kereta..Jarak antara Pasir Mas ke Tumpat lebih kurang 25KM kot.

 Perjalanan tak sampai 15 minit dan kami berhenti di 3 buah station.

Station terakhir di Tumpat.
Kami menunggu dalam 15 minit sahaja untuk berpatah balik ke pasir Mas.

Seminggu kami di Kelantan.
OTW balik Johor singgah di Jertih untuk beli keropok lekor......

26 Februari 2016

Gambang Water Park

Salam kerinduan semua.
Bersua kembali setelah rumah ibu sunyi sepi tanpa berita lebih sebulan yang lalu...
Fuh....makin lama ibu makin lenyap dari dunia blog.
Masih adakah kawan-kawan kat sini mengingati ibu????
huk..huk..huk......

Banyak kisah berlaku sepanjang ibu menyepi.
Kisah percutian...kisah suka duka......alahai..sampai memori ibu dah loding
untuk mengingati tarikh-tarikh itu.....

Ibu akan catatkan dulu di sini kisah berlapuk yang berlaku
bulan Januari....ye bulan Januari....
Kalau tak silap ibu 12.1.2016.....
Fuh.....

Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 7 pagi.
Sampai ke Kuantan 3 jam kemudian.
Tersesak lebih kurang 25km gara-gara guna wase......

Akhirnya pukul 11 pagi baru tiba kat Water Park Gambang.
Tak ramai orang sebab masa kami datang hari Jumaat.
Hari bekerja di Pahang tapi cuti hujung minggu bagi warga Johor....

Meh kita layan gambar.
Pintu masuk ke Resort...


Mesti bergambar kat pintu masuk kan......
Kalau tak silap ibu tiket masuk untuk dewasa RM32 dan kanak2 RM22.

 4F....Beby tak dapat ikut serta sebab dia ada program di kolej.

Rasanya kat sini cuma ada 2 pot tempat mandi..1 tempat dewasa dan 1 kanak2.
Ada 1 tempat macam tali air.....

 Area sini air lebih cetek dan ada teduhan...So kanak-kanak memang sesuai mandi manda kat sini sebab lebih redup.
Kat sini disediakan gelongsur.....
Budak yang paling seronok bila dapat jumpa air.....

Area sini lebih lapang dan dalam.....

Ni je yang kami beli untuk alas perut.
Cheese wedges.....

Tak lama kami kat sini.
Pukul 2 petang kami dah keluar.
Singgah kejap kat kolej Beby dan terus bertolak balik.

About me