Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

26 Februari 2016

Gambang Water Park

Salam kerinduan semua.
Bersua kembali setelah rumah ibu sunyi sepi tanpa berita lebih sebulan yang lalu...
Fuh....makin lama ibu makin lenyap dari dunia blog.
Masih adakah kawan-kawan kat sini mengingati ibu????
huk..huk..huk......

Banyak kisah berlaku sepanjang ibu menyepi.
Kisah percutian...kisah suka duka......alahai..sampai memori ibu dah loding
untuk mengingati tarikh-tarikh itu.....

Ibu akan catatkan dulu di sini kisah berlapuk yang berlaku
bulan Januari....ye bulan Januari....
Kalau tak silap ibu 12.1.2016.....
Fuh.....

Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 7 pagi.
Sampai ke Kuantan 3 jam kemudian.
Tersesak lebih kurang 25km gara-gara guna wase......

Akhirnya pukul 11 pagi baru tiba kat Water Park Gambang.
Tak ramai orang sebab masa kami datang hari Jumaat.
Hari bekerja di Pahang tapi cuti hujung minggu bagi warga Johor....

Meh kita layan gambar.
Pintu masuk ke Resort...


Mesti bergambar kat pintu masuk kan......
Kalau tak silap ibu tiket masuk untuk dewasa RM32 dan kanak2 RM22.

 4F....Beby tak dapat ikut serta sebab dia ada program di kolej.

Rasanya kat sini cuma ada 2 pot tempat mandi..1 tempat dewasa dan 1 kanak2.
Ada 1 tempat macam tali air.....

 Area sini air lebih cetek dan ada teduhan...So kanak-kanak memang sesuai mandi manda kat sini sebab lebih redup.
Kat sini disediakan gelongsur.....
Budak yang paling seronok bila dapat jumpa air.....

Area sini lebih lapang dan dalam.....

Ni je yang kami beli untuk alas perut.
Cheese wedges.....

Tak lama kami kat sini.
Pukul 2 petang kami dah keluar.
Singgah kejap kat kolej Beby dan terus bertolak balik.

6 Januari 2016

2F Back To School 2016

Bersua kembali di hari ke 5 tahun 2016.
Dah hampir seminggu ibu dan 2F memulakan sesi persekolahan.
Hari ni baru ibu sempat update n3.

3.1.2016 kami kembali ke sekolah setelah lama bercuti.
Tahun 2F dah makin meningkat ke alam remaja.
Kakak Naurah Tingkatan 4 dan Farouk ke Tingkatan 1.
Misi ibu berjaya untuk melihat anak-anak dan untuk 2F meneruskan persekolahan
berhampiran rumah.

Naurah juga dengan rela hati tidak menduduki ujian kelayakan ke MRSM.
Dan Ayah juga akhirnya akur dengan permintaan ibu untuk
menempatkan Farouk di sekolah tempat kakaks belajar dulu.
Entahlah...hati ibu tak sekuat ibu lain untuk melepaskan anak-anak
diawal usia remaja...huhuhu.....

Bagi ibu biarlah anak-anak habiskan alam persekolahan  di sekolah
berhampiran.
Ibu ingin melihat perkembangan mereka di depan mata.
Dan setelah SPM "terbang"lah mereka mengejar impian mereka
seperti yang dilalui oleh 3Farahs.....
Setiap impian kita berbezakan.
Tapi itulah pendirian ibu dan ayah.
Dan setiap ibu bapa ada pendapat dan pandangan masing2.
Moga Allah permudahakan urusan kami sekeluarga.....

Adik dan kakak dan lebih kurang saiz...
Naurah memang kecil comel je orangnya.....
Walaupun dah melangkah ke tingkatan 4 tapi masih nampak comel....
Tak sangka Baby Boy ibu dah melangkah ke alam remaja.
Terlalu cepat masa berlalu...huhuhu



Ibu doakan agar anak-anak ibu terus cemerlang dalam akademik dan
juga dalam ilmu akhirat....Aminn.

Mulai tahun ni ibu sendiri ke sekolah.
Sayu pulak rasa hati setelah 14 tahun lalu datang ke sekolah
sentiasa ditemani anak-anak.

Tahun ni juga membuka lembaran baru dalam kerjaya ibu.
Setelah permohonan entah kali ke berapa...
akhirnya impian ibu untuk melepaskan jawatan sebagai 
GPM(Guru Perpustakaan Media) diluluskan.
Dah lebih 10thn bergelar GPM.
Banyak ppahit manis yang telah ibu lalui.
Banyak juga kejayaan yang telah tercipta.
Rasa dah penat dan lelah.
Ibu ingin mencuba sesuatu yang baru.
Ibu tak ingin berada dalam zon selesa.

Tahun ini juga ibu bergelar guru BM setelah lebih 14tahun tidak mengajar subjek itu
Tahun ini juga ibu bergelar guru kelas setelah 14thn juga tidak memegang jawatan itu.
Moga Allah permudahkan urusan ibu dan anak-anak...InsyaAllah



2 Januari 2016

Kenangan Nov dan Dis 2015

Bersua kembali di Tahun 2016.
Banyak kenangan pahit manis yang menjadi catatan sejarah dalam hidup ibu sekeluarga.
Syukur Alhamdulillah 2015 banyak mencatatkan kemanisan dalam hidup ibu.
Banyak impian ibu Allah makbulkan...Syukur Alhamdulillah

Semua sedia maklum tahun 2015 blog ibu semakin sepi dan suram.
Nak kata sibuk memang itu bukan alasan.
Tapi tulah...makin hari ibu makin kaku menaip di sini.
Banyak kisah 2015 terbangkalai begitu saja.
Sayang rasanya sebab detik-detik indah tak dapat dicoretkan di sini.
Ni pun ibu cuba ringkaskan dan biarlah gambar yang berbicara.......

November

 bawa kanak-kanak rebina ke "Lawatan Sambil Belajar"....he3x
Tengok mumia...piramid...unta.........bla..bla..bla..

Result UPSR keluar.
Ibu redha dengan keupayaan Farouk.
Dia tidak mampu pertahankan deligasi kecemerlangan kakaks yang dapat result tip-top.
Namun ibu redha terimanya....
Ibu tetap bangga dengan pencapaian farouk...
Sayu hati ibu melihat airmata kecewa Farouk...
Dalam hati ibu berkata2.."Alahai nak nangis pulak bagai.....belajar suam-suam kuku dan
penuh vitamin M...mana nak dapat straight A.....kejam tak ibu!!!!!.
Mungkin selama ini ibu dan ayah berada dalam ZOn Selesa dengan kecemerlangan
4Farahs.....
Balik dari P.Langkawi Ayah terbang ke Vietnam pulak selama 1 minggu.
Souvineer daripada Ayah buat ibu dan anak-anak....Alhamdulillah

Disember
Ho.ho.ho.....balik kampung...
 Bercanda sambil JJCM kat Pantai Cahaya Bulan KBharu.

 Kalau balik kampung di kelantan wajib datang JJCM kat sini sebab feveret mama -sotong celup tepung.

hantar adik berkursus sebelum memulakan kerjaya sebagai seorang doktor muda.
Doktor ke 2 dalam family ibu.
Alhamdulillah adik Yu posting di tempat abangnya bekerja dahulu.
Dekat dengan rumah abah/mama.
Lagipun kalau tak silap ibu hospital tu ada lebih 6@7 orang sepupu sepapat ibu bekerja
sebagai doktor.
Jangan terperanjat ye sebab family ibu sebelah abah memang ramai bergelar doktor...he3x
Good luck Yu...tempuhi cabaran dengan semangat yang kuat.

 Pot yang sering ibu pergi bila berada di kg iaitu RTC.
Bila pergi sini ibu akan lupa segala2nya.
Tengok pelbagai lauk pauk segar..makanan tradisional dan macam-macam...fuh....

 Alhamdulillah...2Farahs mengubat hati ibu dengan hadiah kecemerlangan.
14.12.2015 Serentak mereka mendapat result exam.
Syabas beby kerana mampu kekalkan Anugerah Dekan dalam exam Sem 3.
Dan Syabas Kakak Naurah kerana mampu kekalkan kecemerlangan.
Maaf ye Kakak sebab tak dapat hadir di hari pengumuman di dewan sekolah sebab masih berada di kampung.
Katanya berkali-kali nama kakak Naurah diumumkan di pentas namun tuan badan tak hadir...huhuhu....


Beby jugak telah menduduki upgrading black belt 2nd Degree .
Alhamdulillah Beby berjaya dengan cemerlang.
Satu2nya calon perempuan tunggal dan termuda....
Dan sekarang Beby dah layak menjadi tenaga pengajar di Kolej2 dan politeknik.
Tak sia-sia pelaburan ayah selama ini.....
Apapun Ibu sangat-sangat bangga dengan kalian.....

Januari
Ibu dah mula sibuk dengan meeting..
Menguruskan pendaftaran Farouk dan Naurah.
Juga syabas untuk Ayah di atas kenaikan pangkat.
Permulaan yang baik untuk 2016.
Moga rezeki kami sekeluarga bertambah murah.

Juga saat ini Along(UTEM) dan Angah(UiTM) sedang berjuang dengan exam Sem.
Good luck anak-anak ibu.
Ibu percaya anak-anak ibu mampu lakukan yang terbaik.
Doa sentiasa mengiringi kalian disetiap saat.......




About me