Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

27 Mei 2015

Hutan Bandar Bistro Telok Cempedak

Kisah weekend yang lepas.
Ibu anak beranak ke Kuantan untuk jemput Beby.
Selesai urusan di kolej Beby kami singgah ke Telok Cempedak.
Tujuan utama nak pergi makan chicken chop yang femes emos di Hutan Bandar Bistro

Restaurant di buka area 5 petang.
Kami sampai lebih kurang pukul 5.20 petang.
Dah panjang beratur rupanya.......

Kami order chicken chop 5 set dan 1 set fish n chip dan air cola-float.
Murah sangat-sangat.
Sepinggan cuma RM5 tanpa gst.
Kos makan untuk 6 hidangan beserta air cuma RM40+.
Murahkan.

Cuba lihat dalam pinggan.
Ada 3 ketul dada ayam + fun fries + choslow + sos black pepper beserta mayonis.
Rasa boleh tahan sedap dan kalau makan memang kenyang la.
Kami semua tak dapat habiskan sebab kuantiti makanannya banyak.

Sementara menunggu ibu beratur, 2 orang kanak-kanak rebina ni pergi posing tepi pantai.
Dapat pegang pasir pantai pun jadilah.
Ombak memang kuat masa tu.
Kami tidak lama kat sini sebab kena terus balik ke Muar.
InsyaAllah, kalau berkesempatan kami akan singgah lagi ke sini......

23 Mei 2015

Selamat Ulang Tahun Mama

Hari ni genaplah usia mama 68 tahun.
Cinta hati yang paling ibu sayang di dunia dan akhirat.
Tiada galang gantinya di dunia ini bertapa berharganya mama buat ibu.
Yang paling sedih dah 1 minggu mama terlantar tidak sihat......

Ya Allah...
Aku bermohon padaMu...
Sembuhkanlah Mamaku , Bonda Hanisah Bt Abdullah....
Kurniakan kesihatan yang baik buat mama..
Panjangkan lah usia  mama agar aku terus mendapat keberkatan daripada
doa2 tulus dan ikhlas daripada mama.
Murahkan lah rezeki mama...
Lindungilah mama dengan limpahan kasih sayang dan rahmatMu..YaAllah.
Sesungguhlah tiada insan yang dapat mengantikan tempat mama dalam hidup ini.....


19 Mei 2015

Camping

Kisah Angah ber'camping' di sebuah pusat reakriasi di Melaka
pada weekend lepas.
Kalau tak silap ibu ini kali 2@3 Angah menyertai camping.  sejak bergelar pelajar U.
Bagus jugak U Angah anjurkan aktiviti luar.
Sekurang2nya mahasiswi di dedahkan pada cabaran seperti membina rakit, berkayak, berdikari dll.
Semua ni mampu membina jati diri dalam jiwa mereka yang akan melangkah ke alam pekerjaan yang lebih mencabar.....


About me