Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

31 Mac 2015

Kisah Farouk

Bersua kembali setelah chips more menyepi.
Terima kasih diucapkan pada semua yang bagi ucapan
  Tahniah di atas kecemerlangan Angah.
Bulan Februari yang lepas banyak program berjalan di sekolah.
Farouk pun tak ketinggalan mengambil bahagian.
Ibu kumpulkan di sini akibat terlalu banyak kisah tertunggak.

Sambutan Maulidur-Rasul 4.2.2015
Farouk selaku 'pak pacak' dan mamat bunga.

Majlis Pelancaran Nilam
8.2.2015
Farouk mengambil bahagian dalam kumpulan Koir.
Tajuk lagu NILAM.
1 minggu berlatih selepas waktu sekolah dah weekend.
Farouk juga menerima 'button NILAM' daripada Guru Besar.

Kursus Kepimpinan
Ibu pun dah lupa tarikh kursus ni diadakan.
Biasanya pihak sekolah anjurkan di luar sekolah tapi memandangkan kos makin
meningkat jadi kami jalankan di sekolah saja.

Sesi 1-Ceramah daripada penceramah jemputan.

Sesi ke 2 Farouk dan rakan-rakan ikuti bengkel.

Pelancaran Program mento-Menti 6.3.2015
Program mento-menti @ program anak angkat.
Farouk jadi anak angkat pada cikgu R.


19 Mac 2015

Penawar Batuk dan Sakit Tekak.

Bersua lagi setelah ibu jadi "chip more".....
Kebelakangan ni agak liat nak buka blog.
Buka sekejap lepas tu termenung panjang......
Mungkin faktor kesihatan ibu pun tak begitu baik dah lebih 3 minggu ni.

Semasa ibu diserang batuk dan sakit tekak yang teruk,
banyak petua-petua yang ibu dapat daripada rakan-rakan dan saudara mara..
Alhamdulillah...ibu kumpulkan dan simpan di sini untuk kegunaan bersama.
Ibu akan kongsikan di sini.
Manalah tahu salah satu penawar tu sesuai.
Semua tu ikut keserasian...

1. Bawang Putih Bakar.
bakar bawang putih bersama kulit.
Ibu guna kuali ajaib je.....senang sgt.
*kredit untuk adik atie.

2. Jus Buah Lai
Kisar 2 biji buah lai guna slow juicer.
Minum sebelum tidur.
*Kredit untuk Kak Melorwatie

3. Kicap + asam limau nipis/kasturi
Sesudu kicap diperah air asam limau ke dalamnya dan minum.

4. Limau Nipis + Kapur makan
Sebiji limau nipis dibelah dua.
Sapukapur makan dan bakar pada dapur.
Perah air dan minum suam2.
*Kredit untuk Kelmawati

5. Lemon + madu sidir + serbuk cili
Perah 1/2 lemon + 1 sudu madu sidir + secubit serbuk cili.
Selawat keatas Rasul dan Nabi Ibrahim (macam baca dalam tahiyyat)-3X
Minum 3X sehari..
Diakhiri dengan doa2.
*kredit untuk Auntie Zah

6. Rumpai Laut
*kredit untuk Mayana

7. Madu + Limau Nipis
Perah limau nipis bersama sesudu madu.

8. Rawatan Hospital.
Sudah semestinya jika tidaksihat tempat pertamayang dituju ialah klinik dan hospital.
Rasanya dalam 3 minggu ni dah 3x ibu ke klinik dan akhirnya dirujuk
ke hospital untuk ujian x-tray.
Itupun disebabkan hari terakhir persekolahan ibu pitam dan hampir jatuh di sekolah.
Dapat mc 2 hari pun tetap hadir ke sekolahan.
Akibat kedegilan ibu so hari Khamis tu  doktor suruh ibu terus pulang ke rumah
untuk berehat.
Ayah yang OTW ke JB terpaksa berpatah balik ke rumah bila terima w.apps ibu.
Alhamdulillah kesihatan ibu bertambah baik.
Sedikit ujian Allah buat hambaNya.....


13 Mac 2015

Alhamdulillah...Tahniah Angah #AnugerahDekanUiTM

Bersua kembali dengan n3 ringkas.
Alhamdulillah, syukur sangat.
Tahniah Angah kerana mengekalkan
kecemerlangan hingga ke menara gading.


Tersenyum puas di atas kejayaan yang dikecapi.
Syabas Angah mampu memperolehi pointer
yang cemerlang dan mampu dapat Anugerah Dekan.

Moga Angah mampu meraih Anugerah Dekan sehingga ke tahun akhir nanti.
Ibu, Ayah dan Family sangat-sangat bersyukur.
Terima Kasih Allah......

About me