Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 September 2014

UiTM Seremban 3 dan Angah

6.9.2014 (Sabtu) 
Seawal pagi kami bertolak ke Seremban
bagi pendaftaran Angah di UiTM Seremban 3.
Alhamdulillah Angah tidak perlu jalani minggu orientasi kerana
Angah adalah bekas pelajar asasi penerapan UiTM.
Maksudnya Angah and the geng diberi keistimewaan untuk terus lapor diri tanpa perlu
jalani orientasi.
Geng Angah pun lapor diri lewat seminggu berbanding pelajar-pelajar degree yang lain..
Bukan main seronok dia.

Pintu masuk menyambut kehadiran kami.....
Selama 3 tahun Angah akan menyambung degree di sini dan menjadi warga Seremban.

Kolej kediaman lelaki 8 tingkat dan perempuan 12 tingkat..........
Syukur alhamdulillah, banyak kemudahan disediakan.
Ada kemudahan lif.
Tandas pun dalam bilik.
Teringat ibu masa dikolej terpaksa berkongsi tandas dengan rakan-rakan searas.


Macam biasa Ayah yang terlalu menepati masa.
Kami antara yang terawal tiba di sini.
Orang pun tak ramai.


Selesai sesi pendaftaran dan dengan rasminya Angah menjadi warga UiTM Seremban.
Tahniah Angah kerana menyambung degree diusia 19thn seperti Along jugak....

Dalam kegembiraan terselit kesedihan.
Ibu mana yang tak sedih bila terpaksa berpisah dengan anak.
Dah lebih 3 bulan Angah bercuti di rumah sejak tamat Asasi di UiTM Kuantan dan
tiba masanya untuk berpisah.......
Maunya si ibu tak sedih....huhuhuhu.....

Along dan Angah...siblings merangkap BFF.
Terpisah demi mengejar impian dan cita-cita.
Along di Melaka dan Angah di Negeri Sembilan.

Kusyuknya Angah mengisi borang.
Syukur Alhamdulillah Angah ditempatkan di aras 2.
Kalau dapat aras 12 nun di atas puncak kayangan gayat jugak.
Tapi tak ada masalah sebab lif disediakan dan keadaan di situ sangat selesa...

Drama sedih bermula bila ibu dan ayah terpaksa meninggalkan Angah....
Monyok je muka Angah.....

Selamat tinggal Angah.
Ibu dan family doakan agar Angah terus cemerlang dunia dan akhirat.
Harapan ibu dan ayah agar Angah mampu mengengam segulug ijazah
dengan keputusan yang cemerlang....Amin.....

p/s:
Risau pulak ibu bila semalam Along tiba-tiba demam panas dan migrin.
Sepatutnya semalam Along dah daftar di UTeM dan hari ni Along 
dah mula kuliah pertama  di Tahun 2.
Terpaksa ditangguhkan untuk sehari dua ni.
Doakan agar Along cepat sembuh......

6 September 2014

Husnuzon dan Farouk

Husnuzon=Bersangka baik.
Lama juga ibu tak buat n3 tentang bujang terhangat ibu nie.
Semakin hari semakin lemau ibu nak buat n3.

Farouk si bongsu tidak secemerlang 4Farahs dalam akademik.
Bukan kerana  tidak setanding IQ si kakak2nya tetapi
sikap dan lambakan penyakit "M" berleluasa menyebabkan
Farouk tergolong dalam kategori sederhana.
Cikgu-cikgu Farouk akui Farouk seorang yang bijak dan cepat faham
apa yang diajar namun seperti yang ibu kata dia lambat matang dan banyak main.
Dan yang paling sadis bila komen daripada cikgu-cikgunya yang menyatakan
Farouk ni kurang tumpuan dan terlebih 'bermain'.....Adeh....

Tahun ni   Alhamdulillah 2kali exam sekolah agama Farouk mampu
meraih tempat ke 2 dan pada bulan lepas dia dapat Nombor 1.
Keputusan di sekolah kebangsaan pun mula menunjukkan peningkatan.
Keputusan untuk sekolah kebangsaan belum memuaskan hati ibu.
Mungkin ibu terlalu taksub dengan 4Farahs yang sering meraih kedudukan
teratas keseluruhan tingkatan?????

Bak kata kakak-kakak Farouk....Ibu, "husnuzon" lah dengan Farouk...
Dia bijak cuma mungkin budak-budak lelaki lambat nak matang..
Kawan-kawan kami yang lelaki kebanyakan macam tu.
Masa sekolah rendah tak cemerlang tapi SPM mampu dapat straights A..
Si kakak sering membela adiknya dan menyejukkan hati ibu yang agak terkilan ni.
Adeh...mungkin ibu tidak sabar melihat perkembangan Farouk atau
sebelum ini ibu sentiasa di dalam zon selesa menyaksikan kecemerlangan
4Farahs dalam setiap peperiksaan???

Apapun TAHNIAH Farouk kerana mampu
mendapat Tempat PERTAMA dalam aliran agama.
Bertambah cerah harapan ibu dan ayah untuk menghantar Farouk
ke sekolah aliran agama 2 tahun dari sekarang....InsyaAllah.....

Tidak putus-putus ibu mendoakan kecemerlangan Farouk dunia dan akhirat...Amiin.



Iman muda ibu....

3 September 2014

Resepi Ringkas Shepherd Pie dan Angah

Secret resepi angah dah tak jadi rahsia.
Sejak bercuti panjang dah banyak kali Angah masakkan Shepherd Pai ni.
Memang jadi kegemaran 5F ni.
Seloyang tu akan habis tanpa pembaziran.
Meh kita intai resepi Angah...



Bahan-bahan:

Bahan A
10-15  biji kentang
4-5  sudu besar butter atau yang sewaktu dengannya
2 sudu besar lada hitam/Lada sulah
garam secukup rasa
1 tin susu cair/susu segar

Bahan B
1 paket  ayam cincang/daging
1 -2 biji bawang besar-kisar
5 ulas bawang putih-kisar
1 tin sos spaggethi original prego
1 tin cendawan butang-kalau ada
2 sudu sos cili
Garam dan kuib ayam

Cara-cara:
Bahan A
1. Kupas kulit kentang, belah kecik-kecik pastu rebus sampai betul-betul empuk.
2. Lenyek kentang dan tuangkan susu cair/segar sedikit demi sedikit.
3. Pastikan kentang yang dilenyek betul-betul sebati dan lembut ( bentuknya macam kentang putar tu)

Bahan B (inti)
1. Cairkan butter
2. Tumis bawang besar dan bawang putih
3. Masukkan daging/ayam cincang
4. Masukkan sos spagethi prego dan gaulkan sehingga sebati
5. Masukkan garam dan kuib ayam.

Cara-cara membentuk lapisan:
1.  Bahagikan kentang yang dilenyek kepada 2 bahagian.
2.  Letak lapisan kentang kat dasar loyang.
3.  Diikuti lapisan ke 2 dengan Bahan B (inti)
4.  Lapisan atas ditutup dengan baki kentang lenyek.
5.  Taburkan cheese mozarela dibahagian atas.

6.  Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150 drjah celcius dalam masa 20-30 min.

About me