Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 September 2014

Husnuzon dan Farouk

Husnuzon=Bersangka baik.
Lama juga ibu tak buat n3 tentang bujang terhangat ibu nie.
Semakin hari semakin lemau ibu nak buat n3.

Farouk si bongsu tidak secemerlang 4Farahs dalam akademik.
Bukan kerana  tidak setanding IQ si kakak2nya tetapi
sikap dan lambakan penyakit "M" berleluasa menyebabkan
Farouk tergolong dalam kategori sederhana.
Cikgu-cikgu Farouk akui Farouk seorang yang bijak dan cepat faham
apa yang diajar namun seperti yang ibu kata dia lambat matang dan banyak main.
Dan yang paling sadis bila komen daripada cikgu-cikgunya yang menyatakan
Farouk ni kurang tumpuan dan terlebih 'bermain'.....Adeh....

Tahun ni   Alhamdulillah 2kali exam sekolah agama Farouk mampu
meraih tempat ke 2 dan pada bulan lepas dia dapat Nombor 1.
Keputusan di sekolah kebangsaan pun mula menunjukkan peningkatan.
Keputusan untuk sekolah kebangsaan belum memuaskan hati ibu.
Mungkin ibu terlalu taksub dengan 4Farahs yang sering meraih kedudukan
teratas keseluruhan tingkatan?????

Bak kata kakak-kakak Farouk....Ibu, "husnuzon" lah dengan Farouk...
Dia bijak cuma mungkin budak-budak lelaki lambat nak matang..
Kawan-kawan kami yang lelaki kebanyakan macam tu.
Masa sekolah rendah tak cemerlang tapi SPM mampu dapat straights A..
Si kakak sering membela adiknya dan menyejukkan hati ibu yang agak terkilan ni.
Adeh...mungkin ibu tidak sabar melihat perkembangan Farouk atau
sebelum ini ibu sentiasa di dalam zon selesa menyaksikan kecemerlangan
4Farahs dalam setiap peperiksaan???

Apapun TAHNIAH Farouk kerana mampu
mendapat Tempat PERTAMA dalam aliran agama.
Bertambah cerah harapan ibu dan ayah untuk menghantar Farouk
ke sekolah aliran agama 2 tahun dari sekarang....InsyaAllah.....

Tidak putus-putus ibu mendoakan kecemerlangan Farouk dunia dan akhirat...Amiin.



Iman muda ibu....

3 September 2014

Resepi Ringkas Shepherd Pie dan Angah

Secret resepi angah dah tak jadi rahsia.
Sejak bercuti panjang dah banyak kali Angah masakkan Shepherd Pai ni.
Memang jadi kegemaran 5F ni.
Seloyang tu akan habis tanpa pembaziran.
Meh kita intai resepi Angah...



Bahan-bahan:

Bahan A
10-15  biji kentang
4-5  sudu besar butter atau yang sewaktu dengannya
2 sudu besar lada hitam/Lada sulah
garam secukup rasa
1 tin susu cair/susu segar

Bahan B
1 paket  ayam cincang/daging
1 -2 biji bawang besar-kisar
5 ulas bawang putih-kisar
1 tin sos spaggethi original prego
1 tin cendawan butang-kalau ada
2 sudu sos cili
Garam dan kuib ayam

Cara-cara:
Bahan A
1. Kupas kulit kentang, belah kecik-kecik pastu rebus sampai betul-betul empuk.
2. Lenyek kentang dan tuangkan susu cair/segar sedikit demi sedikit.
3. Pastikan kentang yang dilenyek betul-betul sebati dan lembut ( bentuknya macam kentang putar tu)

Bahan B (inti)
1. Cairkan butter
2. Tumis bawang besar dan bawang putih
3. Masukkan daging/ayam cincang
4. Masukkan sos spagethi prego dan gaulkan sehingga sebati
5. Masukkan garam dan kuib ayam.

Cara-cara membentuk lapisan:
1.  Bahagikan kentang yang dilenyek kepada 2 bahagian.
2.  Letak lapisan kentang kat dasar loyang.
3.  Diikuti lapisan ke 2 dengan Bahan B (inti)
4.  Lapisan atas ditutup dengan baki kentang lenyek.
5.  Taburkan cheese mozarela dibahagian atas.

6.  Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150 drjah celcius dalam masa 20-30 min.

1 September 2014

Johor-Selangor-Perak

Salam rindu semua.
Dah beberapa hari ibu menyepi.
Alhamdulillah hari ni kita bersua kembali.

Cuti 3 hari ibu sekeluarga mengukur jalan.
Bermula dari petang Khamis hinggalah ke petang Ahad.
Destinasi pertama kami ke Rawang, Selangor.
Dari rumah ibu ke Rawang lebih kurang 3 jam lebih melalui
lebuh raya Utara Selatan.
Tersesat jugak beberapa kali walaupun dah guna GPS kereta dan Wase....

Lebih kurang pukul 6.30 petang kami tiba di sana.
Bermalam semalaman di rumah adik ibu.
Bukan main seronok lagi Farouk dapat jumpa sepupu kesayangannya Daniel dan Wafiq.

Semalaman di Rawang dan keesokan harinya kami bergerak ke Ayer Tawar,Perak.
Lebih kurang 4 jam perjalanan melalui lebuh raya Utara-Selatan.

Mengunjungi rumah peninggalan K.long dan Abg long.
Family ibu dan adik-adik dah rancang untuk berkumpul di sini.

Ya Allah...sayunya hati bila kedatangan kami sudah tidak ada yang menyambut..
Tiada lagi kedengaran gelak ketawa dan sapaan mesra arwah berdua.
Yang tinggal cuma suasana sunyi..sepi...suram.....

Tidak kuat hati untuk bermalam di rumah arwah.
Terlalu banyak kenangan yang tertinggal di situ.
Kami telah booking sebuah homestay 2 tingkat, 4 bilik.
Semalaman RM300 dan kami adik beradik menetap di situ selama 2 malam.
Memang selesa sangat sebab homestay ni baru siap.
Anak-anak ibu bersama Su-tie (adik bongsu ibu) dan sepupu sepapat........
Anak arwah bertudung oning kuning tu....

Esoknya seawal 11.00 pagi ibu bersama adik atie dan 2 orang adik ipar bergerak
ke rumah arwah untuk sesi mengemas.
Kanak-kanak rebina kami tinggalkan dulu di homestay bersama Along.
2 orang adik lelaki ibu dah bergerak ke pejabat peguam bagi urusan
harta-harta peninggalan arwah kak long.

Dah selesai sesi mengemas bahagian bawah, barulah kanak-kanak rebina
dibawa ke sini.

Punyalah penat kaum ibu mengemas...dan dengan riang ria kanak-kanak rebina
membuat sepah.....
Namun hati ibu tenang dan sejuk melihat keakraban mereka....
Bukan selalu mereka dapat berkumpul begini....

Inilah kerja anak-anak generasi Y.....

Seharian kami di rumah arwah.
Mengemas, memasak dan makan di rumah arwah......
Setiap saat kami pasti bercerita tentang arwah.
Kami rindu segala-galanya tentang arwah..
Setiap saat kami rasa arwah berada bersama kami......
Ya Allah......terlalu merindui k.long.......

Terpaku mata ibu memandang cenderahati yang abang long sediakan
untuk kak long untuk hari ulang tahun perkahwinan mereka yang tidak sempat mereka raikan.
Tertulis " Khas untuk kesayangan abang..my sweet heart...love you".
Ya Allah...begitu sayangnya A.long pada K.long.
Akhirnya mereka ditakdirkan sehidup semati bersama.......

3 hari 2 malam di Ayer Tawar, Perak.
Barang-barang peninggalan arwah terutama kain baju ibu dan adik-adik packing untuk
disedekahkan pada yang memerlukan.
Berat hati untuk meninggalkan rumah arwah.
Mungkin ini kali terakhir kami ke sana...
Ibu sempat berbisik :
"Kak Long, kakak balik dulu ye. 
Kakak dan adik-adik dah bersihkan rumah kak long.
Moga kak long tenang di sana bersama abang long....
Kami rindu kak long sangat-sangat....."

Hari terakhir kami mengambil kesempatan mengziarahi pusara arwah.
Perjalanan memakan masa 3 jam.
Ya Allah...sayunya hati.
Terlalu berat kaki untuk melangkah.

Tanah perkuburan yang baru dibuka.
Cuma ada 5 buah kubur saja.

Di antaranya kubur bapa abang long yang meninggal sehari sebelum k.long dan abang long meninggal.
Suram dan sunyi suasana di situ membuatkan hati ibu bertambah sayu.
Damailah dan tenanglah kak long dan abang long bersemadi di situ.
Al-FATIHAH

Throwback:
Gambar ni ibu snap semasa OTW balik dari Perak.
Sehari selepas k.long dan a.long meninggal.......

About me