Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

15 Jun 2014

Makanan Kegemaraan Ibu

Bersua kembali setelah tenggelam timbul..tenggelam timbul.
Kali ni streamyx pulak buat hal.
Janji "upgrade" tenet 24jam tapi punyalah tunggu 2 hari baru berfungsi...adeh...sabar jelah.

Hari ni nak tepek makanan yang 'wajib' ibu cari kalau balik Kelantan.

Nasi kerabu dan nasi berlauk untuk sarapan pagi......

Balik kampung hari tu meriah dengan buah laici...
Tak jemu makan buah tu.
Bersepah kat merata-rata tempat......seronok sangat...

Satey daging...eh betul ke panggilan tu......

Sosej pulut yang yummy....

Loching a.k.a satey ikan feveret sejak kecil sampai kini..

Mee celup yang tidak pernah jemu untuk ibu menghirup kuahnya...

Somtam yang pedas berapi tapi sedap sebagai pembuka selera.
Bahan utama betik muda.

"Sema" yang berasaskan gula dan tepung.....

Taraaaaaaaa....keropok losong yang sudah semestinya jadi kegemaran ramai.

Itu je cerita hari ni...
Kesibukan mula melanda..... hari pertama kembali ke sekolah.

13 Jun 2014

Best Friend Forever

Salam rakan-rakan blog ibu.
Kali ini bersiaran di rumah setelah bercuti selama 2 minggu di Kelate.
Maklumlah kalau cuti, malas ibu nak buka lappy.
Kalau menaip kat tab confirm typo punya.
Lagipun line tenet tak menentu.
Banyak kisah-kisah menarik sepanjang bercuti.
Insyaallah kalau ada "kerajinan" ibu akan buat n3......
Dan ibu akan lakukan siri jelajah seperti biasa jika berkesempatan.

Semasa dikampung ibu berkesempatan ber'dating' dengan rakan-rakan 
zaman persekolahan.
Selama ini kami sekadar berjumpa di FB dan kami mengambil kesempatan
bersua setelah berpisah sejak di bangku sekolah lagi.

Bayangkan sudah berapa lama kami terpisah dengan membawa
haluan masing-masing selepas tamat SPM.
Gembira mendengar kejayaan rakan-rakan sekelas yang
bergelar doktor pakar, peguam, profeser, bisnesman/women, engineer,
jutawaan....
Alhamdulillah semua rakan-rakan sekelas kami berjaya dan punyai kerjaya
yang hebat2......Cuma ibu dan beberapa orang je bergelar 'cikgu'......
Yang lebih mengembirakan bila berkongsi kisah lama.
Kisah keluarga masingmasing,
Kisah kejayaan anak-anak
Alhamdulillah, anak-anak kami menyambung deligasi ke menara gading..... 

Bff ibu. Kami menceburi profesion yang sama, bergelar guru.
Anak-anak kami pun hampir sebaya dan masing-masing menuntut di universiti.
Kami berdating di kepsi je.
Riuh rendah masing-masing bercerita dan bergelak ketawa.
Pertemuan hampir 4 jam seperti 10 minit je.
Masing-masing tetap dengan watak yang sama.....
Tak sedar sudah bergelar ibu....adeh....

Pertemuan ke 2 selang sehari di Captain T Restauran Kota Bharu.
Gempak dan riuh rendah.
Cepat sungguh masa berlalu.
Dulu masing-masing sibuk dengan kerjaya, kemudian sibuk dengan anak-anak kecil,
sekarang kami sudah mampu berdating setelah anak-anak dah meningkat dewasa....

Terima Kasih kerana menceriakan hari ibu walaupun seketika.
Kehadiran kalian dalam hidup ibu memberi seribu rahmat.
Semoga kita dipertemukan lagi jika berkesempatan.....

9 Jun 2014

Baby Baru dan Along.

Dah beberapa hari ibu menyepi.
Dah bersawang rumah ibu.
Sekarang ni pun ibu masih bercuti dan line tenet macam siput.
Ni pun n3 dalam draf yang dah nak basi..huhuhu...

Kisah hadiah birthday Along.
Segalanya tak dirancang.
Kebetulan ada sedikit rezeki lebih.
Rezeki Along.
Sempena hadiah hari lahir yang ke 20.
Kebetulan pangkal no kereta tercatat tahun
kelahiran along 94.
Semoga ianya mampu berkhidmat untuk
Along sepanjang pengajiannya di universiti.

P/s:
Maaf ye ibu tidak mampu jejalan ke rumah rakan2 blog sebab sekarang ibu sedang bercuti dan line tenet macam siput sedut.

About me