Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 Februari 2014

Universal Studio Singapore (USS) -Part 1

Bersua kembali.
Dua n3 yang lepas tu adalah auto publish sebab masa tu ibu cuti-cuti
Malaysia..
Terima kasih di atas ucapan hari lahir untuk Naurah.
Juga mohon maaf kerana masih tidak berkesempatan menjengah ke rumah rakan-rakan.

Hari ni ibu nak sambung kisah percutian singkat ke Singapore.
N3 yang lepas ibu dah bagi cara-cara nak terjah ke USS ala-ala explore race ye.
Hari ni kita pergi melancong dan sama-sama tengok apa yang menarik kat sana.
Manalah tahu ada rakan-rakan blog yang berminat nak habiskan cuti di Singapore....

Pertama sekali ibu amat-amat terharu dengan sikap orang-orang
sana yang baru ibu kenali.
Sangat baik dan friendly.
Tidak sombong dan banyak membantu......TQSM....

Ok jom kita jelajah ke USS
Pot wajib tangkap gambar di sini.
Bukti kita dah jejak kaki ke sini.
Trade mark USS......

Ada  7 tempat yang akan kita jejaki.
Antaranya ialah: 
Hollywood,
New York,
Sci-Fi City,
Madagascar,
Far Far Away,
The Lost World
dan
Ancient Egypt......

Ibu rasa saiz USS tidak sebesar Disneyland Hong Kong tapi
kecanggihan teknologinya setanding malah lebih maju.

Hollywood
Hollywood ni berada di pintu masuk.
Tak banyak yang menarik di sini.
Sekadar bergambar dengan "super star" jadian...hehehe....
Ada jugak terjumpa "Marilyn More" yang comel dan seksi.
Masa OTW keluar ada persembahan nyanyian ala-ala bintang Hollywood.
Bila tengok map ada tertulis Monster Rock.
Ibu tak pasti apakah benda ada kat situ.....
Papan tanda Hollywood.
Tiba-tiba berangan berada di sana.....

New York
Lights, Camera, Action pun best.
Mula-mula masuk terasa kebosanan sebab kami cuma diberi penerangan.
Masa tu rasa rugi je beratur lama.
Bila dibawa masuk ke studio baru rasa kecanggihan teknologinya....
Kita ditunjukkan bagaimana berlakunya ribut taufan dan kebakaran.
Melopong mulut ibu.
Memang nampak real sangat.
Tiba-tiba rasa tak rugi beratur lama-lama.....

Sesame Street Spaghetti Space Chase
Mula-mula tengok kat sini ingatkan restaurant jual spaggethi...muhaha...
Aduyai, rupanya tempat permainan yang best jugak.
Memang rugi rasanya tak masuk ke situ.
Sempat bergambar kat gerai kecik depan je....huhuhu.....

Jom layan gambar bangunan yang ada di sekitar New York.

Reka bentuk klasik...

Ni dah penghujung jalan.

Berlatar belakangkan bangunan berseni bina Eropah.....

Kereta klasik.

Sci-Fi City
Accelerator ni roller coster yang sangat mengerunkan.
Tapi semasa ibu beli tiket, pekerja disitu dah maklumkan RS ni ditutup
untuk sementara kerana sedang diselenggarakan......

Transformers The Ride
 yang sangat best.
Perjalanan meneroka ke alam transformers.
Ibu yang dah tua ni pun seronok, apatah lagi anak-anak.
Penerokaan dalam dunia 4D yang membuat kita berasa seolah-olah berada
di dunia transformers yang realiti...
Ibu begitu kagum dengan kecanggihan teknologi yang digunakan.
Along tersangat teruja sebab dia sedang belajar dalam bidang teknologi ICT nie....

Kat sini pun ibu tak masuk.
Tak tahu apa kebenda kat dalam tu.....

Nanti ibu bawakan ke part 2 di zone 
Madagascar,
Far Far Away,
The Lost World
dan
Ancient Egypt......
yang lebih best.....

4 Februari 2014

Sweet 14th-Farah Naurah

Selamat Ulang Tahun yang ke 14 buat Baby Girl ibu.
Maaf ye sebab ibu buat n3 lewat sehari sebab sibuk cuti-cuti Malaysia.
Sekejap je Farah Naurah membesar menjadi seorang remaja.
Rasa baru semalam ibu lahirkan kakak.

Ibu, ayah dan family doakan agar kakak membesar
menjadi anak yang cemerlang dunia akhirat.

Ibu amat bersyukur kerana dihadiahkan sebutir permata yang amat berharga.
Juga terima kasih kerana menjadi seorang anak yang baik dan cemerlang.
Sentiasa hadiahkan ibu dan ayah kecemerlangan sejak di tadika lagi hingga sekarang.
Ibu doakan agar kakak terus cemerlang dan menjadi anak
kebanggaan semua.....
InsyaAllah...amin.


3 Februari 2014

Berita Harian la Pulak

Saja tepek2 buat kenangan koleksi keratan akhbar ke 17 kot
yang ada muka family kami.....
Kecoh je ibu nie....aduyai.....
Keratan akhbar ni masa Majlis Tautan Kasih/Persaraan Tn Haji Mohamad (GPK 1).
Ceteka mana ibu????????

About me