Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

4 Disember 2013

4 FARAH Yang Membahagiakan.

4FARAH...Anak dara ibu yang dah semakin hari semakin membesar.
Malah mereka dah bergelar anak-anak dara.
Kemana mereka pergi pasti akan ada pertanyaan yang dah sinonim dengan ibu:
"Wah anak-anak dara akak ke nie....4 orang?
Sukanya tengok mereka tu...
Hampir sebaya......Semua perempuan ke????..

Kemana saja ibu pergi pasti ada saja yang menyapa...
Dan semasa ibu di rawat di hospital hari tu pun mata-mata akan tertumpu kepada mereka.
Mengelilingi ibu....penuh satu katil hospital.....
Sorang suapkan air,sorang suapkan buah, sorang memicit-micit kaki ibu, dan sorang mengemas
kain baju kotor untuk dibawa pulang..
Dan akan keluarlah pertanyaan dari pesakit-pesakit di situ :
Anak2 akak ke? Wah semua dah anak dara..
Suka saya tengok..sopan je semuanya.......

Nurse pun tak ketinggalan mengorek rahsia siapa 4 orang anak-anak dara nie.
"Anak-anak akak ke semua tu......sukanya saya tengok mereka.
Rapat sangat.....sopan pulak tu...Mesra sangat dengan akak....
setiap kali datang ziarah akak kami masing-masing dok meneka siapa mereka berempat...
macam kembar pulak .."
ingatkan kawan2 anak-anak akak.....

Ibu hanya mampu tersenyum bahagia.
Bertuah memiliki mereka walaupun agak sukar mengurus anak-anak
kecil yang hampir sebaya.
Alhamdulillah, ayah banyak membantu sewaktu mereka masih kecil....
 Along , Angah, Beby dan Naurah.

 Candid....

 Ibu dikelilingi anak-anak dara......


Syukur Alhamdulillah, walaupun semasa 3Farah kecik ibu dikutuk kerana beranak tanpa henti terutama
Along, Angah dan Beby dengan jarak setahun seorang kecuali Naurah yang agak jauh beza umur dengan Beby (4Tahun) 
namun sekarang ibu mampu tersenyum melihat mereka membesar depan mata ibu.
Malah merekalah peneman dan BFF ibu kerana masa ayah untuk bersama
kami agak terhad.
Sekarang Ayah dah tak perlu risau kerana anak-anak sudah mampu berdikari menguruskan
adik-adik sepanjang ketiadaan ayah.

Dan saat ini ibu dan ayah terpaksa menerima kenyataan yang mereka
satu persatu meninggalkan kami demi mengejar impian dan cita-cita.

Sesugguhnya ibu rasa amat-amat bertuah kerana memiliki mereka
walaupun pernah suatu ketika dulu ibu sering disindir kerana mengandung tanpa henti....he3x.

Terima kasih anak-anak ibu kerana menjadi anak yang hebat dan terbaik
untuk ibu dan ayah.....
Terima Kasih Allah diatas nikmat dan kurniaan permata yang indah buat kami.....
Alhamdulillah..

p/s:
Tak de cerita tentang Farouk ye sebab ini untuk 4FARAH.
Farouk pun anak ibu yang terhebat......


3 Disember 2013

Majlis Khatan ...Potong..Potong...

Kisah terperam sekian lama dalam draf ibu.
Kebetulan selepas program ni ibu diserang demam denggi...
Baru hari ni rasa agak sihat untuk jengah draf2 kat blog.

Hari pertama cuti sekolah ibu masih ada program besar.
Seawal pagi ibu dah memecut ke sekolah.
Program Khatan Perdana diadakan dengan begitu meriah.

p/s: TQSM En Hai Rozzaman kerana banyak menyumbang gambar-gambar yang amat menarik ni.
Beliau adalah seorang wartawan.


Ni keratan berita ada tersiar di Berita harian.

Majlis bermula dengan memberi sarapan kepada peserta khatan nie.
Peserta ni terdiri daripada beberapa buah sekolah
berhampiran dan sk ibu sebagai penganjurnya.

 Peserta diarak bermula dari pintu pagar sekolah dengan paluan kompang dan bunga manggar.

 Acara kemuncak.....Jom mandi.
Peserta-peserta di"mandi"kan oleh pihak bomba...
Ibu pun teringin gak nak join......ekekeke......
Tab ibu pun kena tempias semburan air tu.....
p/s: pic ni pun ibu ambil drp En Hai Rozzaman...TQSM Wak.
.

 Cikgu cikgi yang bukan main bersuka ria sedangkan anak-anak murid
berdebar untuk di khatankan......

Kami sempat bergambar kenangan dengan peserta khatan dan YB Datuk Ir Hamim Samuri -
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Ibu terselit diantara kumbang.
Terasa diri ini begitu tinggi diantara mereka.....wakaka......
Selepas bergambar, peserta2 khatan dibawa ke klinik berhampiran untuk di"potong"....

2 Disember 2013

Along dan Berkayak

Salam Isnin yang dingin.....
Lama dah tak bercerita tentang anak-anak.
Sejak masuk u Along mula meminati aktiviti berkayak.
Kalau ada masa lapang dia akan habiskan masa berkayak bersama rakan-rakan.
Ibu pun tak pasti bila minat berkayak mula
sebati dengan jiwa along.
Tak kisahlah kan asalkan along habiskan masa dengan aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan setelah seharian mengadap komputer di bilik kuliah..
Mungkin cara ini along dan rakan-rakannya dapat release tension.

Seronok pulak ibu tengok gambar along dikelilingi air yang tenang.
Gambar-gambar ni along kirimkan melalui whatsaaps.

P/s:
Rindu along dan angah sangat2 sampai terbawa2 ke dalam mimpi...hukhukhuk..

About me