Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Jun 2013

Pendaftaran Angah.

Pendaftaran Angah sebagai pelajar Asasi Law di UiTM Jengka
 telah selesai dengan jayanya pada 2.6.2013.

Ada kisah sedih disebaliknya.
Sebenarnya tarikh pendaftaran angah adalah sama dengan tarikh ibu berada di Bandung.
Serba salah saat ibu rasa saat  itu.
Kalau ikutkan hati ibu, ingin saja ibu batalkan pemergian ibu ke Bandung.
Tapi kesian pulak pada Along sebab pemergian ibu ke sana bersama Along.

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala-galanya.
Ayah dan Angah sepakat untuk memberi ibu dan  along peluang.
Ayah terpaksa menarik diri dari menghadiri seminar dan menguruskan pendaftaran Angah......
Jauh di sudut hari ibu terselit rasa terkilan kerana tidak dapat bersama
Angah saat itu.....huhuhu......

 Ayah, Angah, Beby, Naurah dan Farouk bertolak seawal 7 pagi ke Jengka.
Mereka pergi sehari awal daripada tarikh pendaftaran dan menginap di sebuah hotel di sana.

Perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam.
Setiap 1 jam mereka menghubungi ibu.
Maklumlah, selama ini kami sentiasa bersama dalam menguruskan anak-anak.

3 Farah di UiTM Jengka.

Mengisi borang....

 Beratur untuk proses pendaftaran.
Ayah merangkap jurukamera pada hari itu....
Ayah lakukan semua tu di atas pesanan ibu...
Maklumlah, setiap aktiviti pasti ada catatan kenangan berserta gambar...hehehe....
Bersedia ke asrama. 
Ini sebahagian barang yang dibawa.

InshaAllah esok kami sekeluarga akan ke UiTM Kuantan.
Selesai minggu orientasi pelajar
Asasi Law dan Asasi TESL akan dipindahkan ke kampus cawangan Kuantan pada hari esok.

Ibu tak sabar nak jumpa Angah.
RIndu angah sangat-sangat.

p/s:
Juga ucapan tahniah buat Along yang memperolehi keputusan yang
mengembirakan ibu dan keluarga dalam peperiksaan matrikulasi yang diumumkan semalam.
InshaAllah, bulan 9 nanti Along akan menyambung pelajarannya
peringkat degree di IPTA.....Syukur Alhamdulillah......


6 Jun 2013

Bandung...Kami Datang

Selamat bersua kembali.
Alhamdulillah akhirnya ibu selamat menjejak kaki semula di bumi tercinta.
Rindu Malaysia.
Penerbangan memakan masa selama 2 jam yang tidak begitu menyeronokan dari kebiasaan.
Mungkin anak2 kapal yang tidak begitu mesra alam.....

 Budget kali ini kurang sikit daripada bershopping di Vietnam.
Tapi tetap bergelar jutawaan.
Ibu cuma habiskan RM2K+  untuk bershopping.
Kalau ikutkan hati parah tapi belajar menjadi seorang yang kuat iman...hehehe...
Itu pun beli kain sulam 3 pasang seorang untuk 4Farah + ibu.
T-shirt untuk Farouk dan 4Farah.
Sedikit souvineer untuk family dan rakan.

Pemandangan bandar Bandung dari atas.....

 Sentiasa sesak.

 Tanpa polis trafik.


 Highway menghala ke Jakarta.
Perjalanan lebih kurang 2-3 jam.

 Jarang nak jumpa trafik-light.....


 Rumah sakit.

Sekolah yang amat berbeza dengan Malaysia.......



 Agaknya kalau ikut drive kat sini mau kena serangan jantung....


 Peniaga jalanan pun di mana-mana sehingga ibu rasa rimas....

 Yang jadi pengemis jalanan tak terkira.
Dari seawal usia hingga ke tua.
Kesian melihat kedaifan mereka.
Tapi yang kaya raya pun ramai.
Terlalu tinggi jurangnya antara mereka.....

Dalam hati rasa bersyukur kerana masih ramai lagi orang hidup
merempat dan menderita berbanding kita....

1 Jun 2013

Selamat Tinggal Malaysia.

Macam la ibu nak terbang jauh....bak kata orang Kelantan "koya"....hehehe....
Ibu bercuti dekat je.
Minggu pertama cuti ibu sibuk menguruskan persiapan Angah ke U.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Moga Angah terus cemerlang di sana.....InshaAllah.

Minggu ke dua baru ibu berkesempatan untuk rihatkan minda nie.....
Kali ini ibu terbang bersama Along pulak....
Motif: tak puas bershopping masa pergi Vietnam awal tahun nie.

Ibu dan Along berada di sana dari 1-5hb Jun...
Dasar spesis nak habiskan duit.
Kalau lah duit tu berkepuk2 bestkan...huhuhu....
Tapi kali ini budget tak sebesar masa pergi Vietnam sebab ibu ada projek yang
lebih besar akhir tahun nanti....

Doakan perjalanan kami selamat.
InshaAllah, kita akan berjumpa lagi.......
TQSM ayah kerana sentiasa memahami.....

1 jam lebih nak bertolak baru terheggeh2 packing barang.
Moga tak ada yang tertinggal.....

Masa n3 ni keluar, kami dah berada di atas kayangan.........

About me