Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Mei 2013

Melawat Kawasan....Catatan Peristiwa PRU13.

Salam rindu semua.
Ibu dah kembali dari bertapa..
Maklumlah ibu sibuk "melawat kawasan" sempena PRU13 baru-baru ni....
Sila jangan percaya.....hehehe...

Kisahnya elepas waktu persekolahan hari Jumaat,
ibu bersama 5F bertolak balik ke Kelantan.
Ayah terpaksa kami tinggalkan di BG sendirian memandangkan
pusat pengundian kami berbeza.
Seorang di selatan dan seorang di timur...
Apa nak buatkan...tanggungjawab perlu kami tunaikan......

Perjalanan yang jauh dan keadaan jalan raya yang lain dari kebiasaan
agak menganggu emosi....
Syukur kerana sekarang ibu dah ada 2 orang driver...Along dan Angah.
Terasa bahagia bila bergelar seorang "mak datin".
Sekadar bersandar ditempat duduk belakang
sambil snap gambar di kiri kanan sewaktu
dalam perjalanan yang memakan masa lebih kurang 12 jam......

Jom cuci-cuci mata dengan gambar ibu snap di 4 buah negeri
iaitu Johor...Pahang...Terengganu dan Kelantan OTW balik kampung.
Kemeriahan makin terasa bila ibu tiba di bandar Kuantan dan lebih meriah
bila memasuki Terengganu dan Kelantan......

Jumaat-3.5.2013
Macam-macam replika dibina.
Kreatif sungguh...

Kuning....biru....hijau.....menggoda sungguh.

Dan lagi.....

biruuuuuu......

hijauuuuu......

kuninggggg.....

meriah sangat-sangat...

hilang mengantuk.....

lupa seketika keletihan....



Sabtu 4.5.2013
Keesokan harinya, mama ajak ibu keluar untuk tengok bendera.
Maklumlah mama sakit dan tidak boleh berjalan.
Abah sentiasa sibuk dengan urusan menjelang PRU13.
Untuk tidak menghampakan mama, ibu dan anak-anak bawa mama
ronda sekitar Pasir Mas dan Kota Bharu.


Ibu singgah di RTC untuk membeli buah-buahan.

Kesesakan yang makin memuncak menjelang PRU13 di Kota Bharu.


Teringin nak singgah di Bazar Tok Guru ni tapi jalan terlalu sesak.
Sekadar snap pic dari dalam kereta...

Dan KB Mall biasanya tempat feveret anak-anak ibu bila balik Kelantan.
Ini pun kami tak sempat singgah akibat kesesakan.

Ahad 5.5.2013
Hari mengundi menjelma.....
Seronok pula.
Rasa macam suasana hari raya.
Mungkin kebetulan adik-beradik kami berkumpul.
Adik beradik yang bekerja di Sabah, KL, Negeri 9 pun ada bersama.
Meriah sungguh.......
Pukul 8.30 pagi,  ibu telah tunaikan tanggung jawab ibu
sebagai seorang warganegara Malaysia.

Tahniah kepada yang telah memenangi  PRU13. 
Jalankanlah tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan ikhlas kerana Allah dan
bagi yang tidak berjaya jangan kecewa dan berdendam.

Isnin 6.5.2013
Pagi Isnin ibu perlu bertolak pulang sebagai anak perantau ( ada kisah sedih..nanti ibu buat n3).
Perjalanan bermula pukul 8.00 pagi dah tiba lebih kurang 7.30 malam.
Dalam perjalanan kami tempuhi kemalangan, ribut + hujan yang lebat.
Alhamdulillah, kami tiba dengan selamatnya.

Selasa 7.5.2013-Bersekolah seperti biasa.
Rindu anak2 didik...rindu rakan-rakan seperjuangan.
Terima kasih kawan kerana membantu relief kelas ibu semasa ibu bercuti
pada hari Isnin.......


2 Mei 2013

Sepetang @Ayer Hitam, Kluang.

Kisah basi lagi dan lagi.
Kisah berlaku semasa weekend yang lepas nie....

Lama dah ibu tak singgah kat Ayer Hitam, Kluang.
Dulu masa tinggal kat Mersing, mesti singgah sini OTW balik kampung ayah di Muar.
Antara Muar ke Ayer Hitam dalam lebih kurang 2 jam jugaklah kalau melalui lebuh raya.

Kami singgah sini dah petang.
Itu pun ayah singgah diatas prmintaan ibu.
Kebetulan hujan renyai2 dan makin lama makin bertambah lebat.
Kalau dulu kegilaan ibu membeli pasu seramik untuk dibuat koleksi.
Sekarang hobi itu seolah-olah berkubur........

Jom layan gambar 2 anak dara ibu di sebuah kedai di Ayer Hitam.....
 Gadis bungaaaaa.....

 Angah dan Naurah sekadar menemankan ibu cuci-cuci mata.....

Ayah dan Farouk sempat beli cenderahati sempena hari guru nanti.

p/s:
Mungkin blog ibu bercuti seketika kerana esok ibu bertolak
balik ke Kelantan untuk mengundi.
Selamat mengundi semua.
Pilihlah calon yang terbaik .........
Undi ditangan kita...................


1 Mei 2013

KMM Dalam Kenangan.

Setelah genap setahun along belajar di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) akhirnya along
kembali ke pangkuan ibu dan keluarga.
Masih terbayang lagi semasa kami sekeluarga hantar along
untuk mendaftar di sana... Klik SINI .
Mungkin 1 tahun tidak lama tapi bagi ibu ianya begitu lama....

Akhirnya 5F berkumpul kembali untuk seketika kerana
bulan depan Angah pula akan melangkah pergi meninggalkan
ibu dan keluarga untuk mendaftar sebagai salah seorang pelajar matrik .
Angah di tawarkan ke Matrikulasi di Gopeng Perak.
Itulah pilihan Angah dan family.
Walaupun keputusan UPU belum keluar
tapi bagi ibu Matriklah tempat terbaik bagi pelajar aliran sains yang dapat keputusan cemerlang
menyambung pelajaran sebelum anak-anak ibu
menyambung degree nanti.....InsyaAllah.
Pengalaman adik-adik ibu menguatkan lagi semangat untuk melihat
kejayaan anak-anak.

Terperanjat dan tersentak ibu bila melihat barangan yang along angkut dari kolej.
Mak aiiiii....macam orang pindah rumah.
Sebahagian kotak-kotak berisi buku belum dikeluarkan dari kereta...Fuh!!!!
Dasyat sungguh.
Rasanya masa pergi hantar 1 tahun yang lepas along bawa 2 buah beg besar tapi bila balik
penuh 1 MPV dengan barang-barang yang entah dari mana.
Patutlah malam sebelum bertolak ayah tak benarkan kami ikut.
Rupanya ayah dah dapat agak anak daranya angkut barang 1 lori.....aduyai..anak manja ayah.


 Gambar kenangan Along bersama pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tenaga pengajar yang banyak mencurahkan ilmu
buat along.
Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Harapan ibu, ayah dan family agar Along mampu memperolehi keputusan cemerlang
sebelum melangkah ke university pada bulan 9 kelak.
InsyaAllah, along akan bersaing dengan kakak2 dan abang2 seniornya di sekolah dulu
nanti kerana along 1 tahun lebih awal melangkah ke universiti........

p/s:
Selamat Hari Pekerja.
Hari ni jom kita bekerja kat dapur pulak......

About me