Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Januari 2013

Hotel Kurus dan Tinggi di Ho Chi Minh.

Salam sayang semua.
Maaf ye sejak kebelakangan ni ibu agak lemau meng"update" blog akibat masalah kesihatan.
Dah seminggu ibu di serang demam + athma attack + selsema + batuk......

N3 ini pun di atas permintaan rakan blog yang akan ke Vietnam cuti nanti.
Ibu dah buat n3 tentang restauran halal. di sana (atas permintaan rakan blog juga).
Harga penginapan tak semahal makanan di sana.
Sekali makan kita akan habis dalam RM100++ tapi sewa hotel
agak murah berbanding Malaysia.
Ibu menginap di hotel 3 bintang je..
Semalam dalam RM 115- RM 120 seorang.
Inilah hotel yang paling slim yang pernah ibu tengok.
Rupanya kat Vietnam ni, selain dari orang2nya yang kecil + slim,
reka bentuk rumah dan bangunannya pun lebih kurang sama jugak.
Kebanyakannya slim je dan bentuk kotak-kotak tapi kemas...
Walaupun kawasan pendalaman, rumah penduduknya tidak ada rumah yang uzur.
Semua dalam rekabentuk moden walaupun kecil.....

Memang ada hotel besar + mewah di sana tapi non mampu la ibu nak menginap di sana.
Sekadar untuk merehatkan diri setelah penat bershopping.....
Hotel 3 bintang pun dah cukup selesa untuk ibu....

Di kad ni tertera alamat dan no telefonnya.
Bila kita chek in, tak perlu susah-susah nak angkut beg bagai.
Semuanya pekerja hotel uruskan.
Bagilah tips sedikit untuk mereka.
Di sini juga terus diberi pw internet tanpa perlu kita minta...

Pemandangan depan hotel..
Ce tengok...slim jekan hotel tu tapi tinggi la jugak....
Area sini je ada 3-4 buah hotel dengan rekabentuk yang sama tapi harga berbeza.
Setiap hotel yang ibu jumpa memang tidak disediakan parking kereta.
Yang ada cuma parking motorsikal di bawah bangunan hotel.
Yellah, kat sana pengangkutan mereka kebanyakan menggunakan motosikal....


Ok, ibu zoom sikit gambar nie.
Inilah bahagian dalamnya.
Memang selesa......

Masa untuk check out....
Datang dengan 1 beg, balik dengan3 buah beg yang besar + sarat dengan kain + baju...

 Di airport Ho Chi Minh.
Sabar menanti check in.
Amat-amat lambat dan agak lembab pengurusannya...
Kawalan amat ketat di aiport Ho Chi Minh.
Nak bawa naik sebotol air mineral pun tak dibenarkan....huhuhu.....

Selamat tinggal Ho Chi Minh..InsyaAllah tahun depan ibu akan kembali lagi.....

Tiba di LCCT hari dah lewat petang.

p/s:
Akhir tahun ni ibu agak lapang sikit.
Tidak lagi terikat dengan peperiksaan awam setelah ibu kena lalui selama
beberapa tahun lepas.
Bermula along  dan angah dan Beby UPSR----->PMR----->SPM setiap tahun
tanpa henti.....
Fuh!!!!Minda ibu amat penat.....sudah lama ibu tidak mampu bercuti ke luar.....
InsyaAllah selepas Beby SPM hujung tahun nie, 
ibu dah tak terlalu terikat lagi dengan tuisyen dan program sekolah yang padat...

InsyaAllah akhir tahun ni  ibu dan anak-anak akan terbang ke 
Pulau Macau, Hong Kong (disneyland) , Shenzen dan Ghounzou.....
Tiket dah siap booking awal-awal.......
Cuma menghitung hari untuk ke sana.....InsyaAllah......

17 Januari 2013

Restauran Halal di Ho Chi Minh, Vietnam.

Salam semua.
Ibu masih dalam mood yang kurang sihat.
Apapun ibu nak sambung cerita cuti-cuti di Vietnam...

Cerita pasal shopping sampai muflis sudah, 
cerita pasal jalan-jalan jejak kesan sejarah di CuChi Tunner pun sudah.
Program nak ke sungai Mekong dibatalkan di atas persetujuan bersama.
Maklumlah yang pergi semuanya kaki shopping.
Kalau boleh nak makan tidur kat kedai jerr....ehehe.....

Kali ini ibu nak cerita pasal restauran halal di atas permintaan rakan-rakan
yang nak berkunjung ke sana........
Makanan di sini sangat mahal bagi ibu.
Segelas air sirap berharga RM5-8 dan untuk sarapan pagi saja
sepinggan meehoon berharga RM14-15.

A. Restauran Sri Penang
Sesampainya kami ke Saigon, kami di bawa lunch kat restauran Sri Penang.
Jangan terperanjat kerana di Saigon tak ada tempat parking kereta.
Nak melintas jalan kami dibantu oleh pekerja restauran.
Motosikal tak heran kita bawa baby ke, orang tua ke...mereka main redah je.
Kalau nak nyawa selamat kena melintas sepantas kilat....huhuhuhu......

 Pintu masuk ke Restauran Sri Penang.

 Muka orang kelaparan.
Semasa di LCCT, ibu dan angah cuma sempat sarapan dengan dunkin donut jer...
Laparrrrrrr.................huhuhu.....

 Tengok tu, ibu dah fokus kat ikan siakap yang ala-ala patah pinggang....
Masa kat restauran ni, ibu tak sempat nak snap gambar makanan
sebab kelaparan telah menguasai diri.
Banyak sangat menu yang dihidangkan.
Ada ikan siakap digoreng bersama tepung, kari ayam (langsung ibu tak sentuh),
ada telur dadar, sotong, udang galah bersalut tepung, popiah berlauk, tomyam, sup dan pelbagai jenis sayuran yang ibu tak tahu apa nama masakan tu.
Memang banyak betul menu.
Tak terlayan nak makan semua tu......
Semua menu sedap dan menepati selera kami cuma angah
yang agak memilih.
Sikit je angah makan......Anak-anak ibu memang macam tu.....

B. Restauran Kg Melayu
Malamnya kami di bawa ke restauran Kg Melayu.
Setiap restauran mesti ada dihidangkan ikan siakap.
Ibu pun tak tahu apa motifnya.
Yang penting ibu makan sampai kenyang......
 Ikan siakap bersama sos mangga.
Sedap...masam-masam manis...

 Sup pekat ala-ala yong tau foo.......

Yang satu ni ibu pun tak pasti sayur apa.
Nak kata sengkuang, rasanya macam rebung...nak kata rebung rasanya lemak-lemak masam.
Ibu tak suka sangat sebab rasanya masam-masam....

 Sotong yang digoreng bersama batang serai.
Ada lagi menu yang tak sempat ini nak snap.
Banyak sangat.
Nanti kang sibuk dok snap, makanan habis dikerjakan orang....hehehe......

Ok3X....jemput makan.......
Kat Vietnam, setiap kali makan kita dibekalkan dengan sebotol air mineral.
Kalau nak minum sirap ke, kopi ke kena order lain......

 Malam tu birthday adi ipar ibu ,Marzuki (anak-anak ibu panggil uncle).
Pengurus restauran membuat suprise dengan menghadiahkan sebiji kek yang sedap......
Kek tu sedap sangat-sangat tetapi akibat dah kenyang makanya ibu rasa sesudu je......

Kie nilah bos yang menguruskan kami ke Vietnam.....
Dialah orang kuat Al-Quds Travel.
Kerjanya terbang sana sini serata dunia......

 Sarapan pagi hari ke 2.
Nasi lemak versi Vietnam.
Nak kata makan nasi lemak, rasa macam makan nasi dagang....
nak kata nasi dagang rasa macam makan pulut.
Lauknya kari ayam + sambal tumis kering + telur rebus.
Apa-apa jelah...Yang penting perut kenyang.
Sepinggan nasi lemak versi Vietnam RM15.

C. Restauran Banana Leaf
 Selesai pengembaraan ke Cuchi Tunner,
Kami di bawa makan di Banana Leaf.
Masa ni dah pukul 3 petang waktu Malaysia ( pukul 2 petang Vietnam).

 Makanan kat sini pun sedap jugak.
Lauk pauk pun sama dengan restauran pertama tadi.
Banyak melimpah ruah.
Confirm kalau makan tak habis....

 Kerabu kobis + mangga + macam-macam......

 Lala yang dipanggang dan ditabur dengan kacang tanah.....

 Ayam celup tepung di goreng rangup.

 Ikan siakap masak sweet sour....Ada menu sampingan lain seperti tomyam, sup sayur dan sup ayam.

Untuk makan malam hari ke dua kami di bawa sekali lagi ke
restauran Sri Penang untuk merasai makanan tradisional Saigon.
 Ibu cuma sempat snapcendawan goreng rangup ni je sebab sibuk melihat demo mengulung makanan
dalam paper rice(ala-ala popiah).

 Gigih menyulung makanan tradisional.
Dalam tu di isi dengan sayuran, meehoo Saigon, cendawan goreng, isi ikan siakap dan macam-macam.

 Inilah hasilnya.
Pelayan restauran senyum-senyum tengok hasil gulungan yang ibu buat.
Fail la tu agaknya.....
Tak sekemas di gulung oleh pekerja restauran tadi.
Belasah jelah....
Itu pun tak tahu nak cakap rasa apa sebab dah macam-macam dicampur kat dalam tu.
Makan bersama sos sweet sour.....
Kami juga dihidangkan dengan kuehtiew goreng.
Ada lagi yang ibu tak sempat snap terutama popiah yang memang sedap.
Semua popiah berintikan ikan dan sayur-sayuran....
Sedap sangat.....

Hari ke 3 kami bersarapan di Restauran kg Melayu.
 Sepinggan meehoon + 2 ekor udang = RM15.
Harga tidak termasuk air nescafe.....

 Belasah jelah...
Tapi rasanya boleh tahan sedap.

 Posing dulu.....

Posing di depan kedai Kg Melayu........
Inilah group kami semasa disana.

Itu jelah edisi makan-makan di Saigon.
Rasanya cukup dulu kisah tentang makan di sana....
Kang tak pasal-pasal ibu lapar pulak..........

15 Januari 2013

Jejak Kesan Sejarah di CuChi Tunnel, Vietnam

Salam semua.
Maaf ye sebab ibu belum berkesempatan nak bw.
Nak buat n3 pun memakan masa.
Ibu kurang sihat dan dengan kerja melambak perlu disiapkan.
Walaupun hari ini ibu dapat mc namun ibu tetap gagahkan jua kaki melangkah
ke sekolah.....

Ibu nak sambung kisah hari ke 2 di Vietnam.
Hari ke 2 di Ho Chi Minh, kami dibawa ke CuChi Tunnel.
Kesan peninggalan komunis di Vietnam.
Jarak perjalanan 70km mengambil masa lebih dari 1 jam 30 minit.
Fuh!!!! penat + letih berganda-ganda kerana terpaksa melalui kawasan pendalaman dan ladang getah.

Bertambah penat bila ibu nie bukan seorang peminat sejarah, 
walaupun abah ibu seorang pakar sejarah.
Alang-alang dah ke Vietnam, rugi kalau kita tak jejak ke tempat yang famos amos nie.
Lagipun termasuk ke dalam pakcage travel kami......redha jelah.....
Kalaulah ibu bawa abah ke sini mesti abah seronok......

Dipintu masuk 

Lagi seorang anak dara yang juga tidak minat sejarah.
Nak senyum pun tak de mood...

 Sebelum berjalan melalui terowong....
Terowong pejalan kaki menuju ke tempat bersejarah....


Pemandangan pertama yang kami jumpa.....

30 minit menonton movie berkaitan dengan tempat tersebut...

2 beranak yang dah mula bosannnnnnnnn............

Baby Balqis yang sporting....gud girl....

Lubang tempat persembunyian.....
Kalau badan besar jangan cuba-cuba masuk ke dalam lubang nie ye...
Tak pasal-asal tersangkut nanti....

Perangkap samar....Bahaya sebab kat dalam tu ada besi tajam terpacak....

Beria-ia si Ellan memberi penerangan tapi ibu tak begitu beri tumpuan...
Faham-faham jelah....
Kalau anak murid buat macam tu confirm dah kena piat telinga....

Posing entah apa-apa.
Ramai sangat pelancongan dari seluruh dunia datang sini.
Nak posing pun kena ikut giliran so kami main belasah jelah....hehehe....

Layan jelah gambar-gambar kat bawah nie.
Ibu nak tulis pun risau nanti tersalah penerangan.
Al-maklumlah si Ellan sibuk dok beri penerangan, ibu sibuk lepak sambil borak-borak......
Bak kata orang aktiviti bebas.......




Demontrasi membuat paper rice. Lebih kurang macam kulit popia dan merupakan makanan tradisi
orang-orang Vietnam.

Sebelum keluar kami di jamu dengan ubi rebus + kacang digaul dengan gula + air teh bunga....
Bukan main beria-ia si Iman tu makan....berlakon je tu....hihihi.....

Beberapa jam di sana begitu menyiksakan jiwa raga ibu.
Lega teramat bila melihat terowong untuk kami keluar dari sini....
Fuh!!!!!Lega........
Bye..bye..Cuchi Tunnel..
Rasanya inilah kali pertama dan terakhir ibu ke sini........

About me