Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

4 Julai 2012

Borong Asam @ ChowRosta

Tidak sah kalau pergi Penang tak beli asam jeruk yang best....
Asam kat Penang memang yang terbaiklah.
 Di Chowrosta....

 Farouk kecoh nak cari kereta hot wheels kat sini..
Alahai mana ada farouk oooiiii.....
Jenuh kami ronda-ronda sekitar CR...

 Kalau pergi ke sini memang ibu dan ayah biasanya terjah kedai Nasir Jeruk nie......
Layanannya memang terbaik....

 ibu sedang memilih asam sampai tak hinggat....Ceduk sana, ceduk sini......

Dan akhirnya budak ni kepenatan melayan si ibu yang hampir lupa diri......

Akhirnya asam ini jadi mangsa anak-anak dan ayah jelah kerana ibu memang alah dengan asam jeruk.
Sedih tau bila setiap kali buka petiais mata akan tergoda melihat asam yang menimbun2 kat dalam tu...hu.hu.hu...
Kalah membeli, kalah memakan....

Rumah P.Ramlee, Penang.

Destinasi ke 2 rombongan kanak-kanak riang ria ke Rumah P.Ramlee.
Jalan di PP memang sentiasa jem teruk yang melambatkan perjalanan kami.
Apapun anak-anak itu tetap sabar dan penuh dengan gelak ketawa.....

Dari Bukit Bendera kami menuju ke sini.....
Pintu masuk ke Rumah P.Ramlee....

Naurah .......

Farouk di pintu pagar.....
Rumah P.Ramlee....
Ibu pun tak sempat naik kerana di dalam tu dipenuhi anak-anak murid....
Depa suka suki buat macam rumah atok nenek diaorang je......
Siap lepak-lepak dan sembang-sembang kat dalam dan beranda tu...alahai...
Cikgu terpaksa mengalah......hu.hu.hu....

Alahai masing-masing melaram dengan spek hitam...ala2 60an la tu konon....
Entah kat mana la budak-budak ni beli spek tu.
Habis duit dok beli macam-macam.....
At last cikgunya kena belanja depa air cendol yang nyummy...
Memang sedap air cendol yang dijual berhadapan pintu masuk tu...
p/s: Dinas, kalau p situ jangan lupa pekena ayeq batu cendol no....sedap!!!!.

Naurah bersama cikgu Khudhairi dan Cikgu Hamdan.

Naurah bersama kawan-kawan...

Farouk yang malu-malu.........

dan lagi.....

Entah stail apa la farouk posing tu.....
Ni dibahagian hadapan galeri.
Kat dalam tak boleh snap gambar.
Di dalam tu banyak barang-barang kenangan kepunyaan P.Ramlee....
Di sini ibu sempat belikan FM dan keychain sebagai kenangan.....

Makanan tengahari kami ditaja oleh kerajaan negeri.
Lauk-lauk kt Penang ni memang terbaik lah....
Amat kena dengan selera ibu yang amat mengemari makanan ala-ala mamak......

Destinasi seterusnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........

3 Julai 2012

Bukit Bendera Pulau Pinang

4 hari menyepi dari dunia blog.
Rindu kalian semua.
.
Selesai sudah Program Lawatan Tahunan rutin dan memenatkan tetapi menyeronokan.
Budak-budak yang seronok sebenarnya....
Cikgu-cikgu kepenatan..
Saban tahun itulah sebahagian tugasan wqjib ibu dan rakan-rakan yang terlibat..
Bertindak pula sebagai duta....bukan duta produk ye...he.he.he....
Semasa di Penang kami pergi ke beberapa destinasi.
Membawa 88 orang murid + guru-guru dan beberapa orang wakil PIBG.
Bayangkan memegang amanah yang berat.
80 nyawa jadi tanggungjawab.

Destinasi pertama ibu dan rombongan ke Bukit Bendera.
Masa ibu pergi ke Penang bersama family tahun lepas,
kawasan Bukit Bendera ditutup kerana sedang dalam proses baik pulih.

Anak-anak di bawah tanggung jawab ibu dan rakan-rakan...
Syukur kerana mereka anak-anak yang mendengar kata.
Patuh pada arahan dan menepati waktu......

cikgu yang menyelit.
Bila tengok gambar-gambar yang diambil,
hanya ada 2 keping je gambar ibu yang terselit.
Itu pun anak-anak murid yang menawarkan diri untuk snap gambar cikgunya......

 BFF- Udin dan Farouk.
Mereka berdua ni memang rapat....
5 minit bergurau senda, 
5 minit bergaduh sakan, 
5 minit bertegang urat....
5 minit lena beradu.......
Alahai.....sabar jelah.

BFF.....

Menuju ke puncak......
riuh rendah suara anak2 ini di dalam train.
Nasib baik la 1 train tu hanya dimuatkan dengan anak-anak murid ibu.
Kalau ada orang lain mau kena kejutan budaya + sawan dengan kerenah kanak-kanak riang nie....

Farouk skodeng apa tu????????
Katanya dia nampak anak bulan Syawal...
Apa-apa ajalah farouk.

Bosku Bondaku...boleh ke macam tu...??????
Tapi bos ibu memang amat baik dan penyayang.
Terkadang bila berada disisi bonda, ibu rasa amat-amat rindukan mama di kampung....


 Lihatlah bertapa mesranya seorang guru besar sekolah ibu.
Memeluk Naurah dan Farouk umpama memeluk cucu.....

Posing dengan kakak dari sebuah kolej.
Macam mana hati si kakak2 tu tidak cair bila farouk memanggil mereka "kakak cantik"...walah....

Peti surat berusia lebih kurang 200 tahun....

Di sini ibu sempat beli souvineer FM, keychain dan t-shirt untuk anak-anak.
Harga barangan di sini murah juga, lebih kurang sama juga di Chowrosta.

Semalam pergi ke sekolah dalam kepenatan.
Rombongan kami tiba di sekolah pada 12.30 malam
dan paginya bersekolah macam biasa......

*Tunggu ke destinasi seterusnya........

About me