Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 April 2012

Tewas Juga Akhirnya...

Semalam ibu pergi sekolah dengan mata yang bengkak dan merah.
Kepala berdenyut-denyut.
Macam yang ibu cakap,
ibu jarang sakit tetapi bila kena memang teruk....
Masih berdegil.

Dah 2 malam Ayah jadi mangsa ibu...
Semalaman tangan Ayah memicit-micit kepala dan tengkok ibu.
Pantang tangan Ayah berhenti, ibu cubit2 kejutkan Ayah...ngee.....

Balik sekolah petang semalam ibu terus ke klinik.
Dapat cuti 2 hari, hari ni dan esok.
Terpaksa akur.....
Hari ini dan esok ibu terpaksa terlantar di rumah...hu.hu.hu......

p/s:
Hari ni Angah ke SMK Sri Menanti kerana sertai pertandingan
Pantun Peringkat Daerah Muar/Ledang.
Good Luck Angah.........

2 April 2012

Projek Jahitan Manik Pink

Petang semalam kepala ibu dah ok.
Terima kasih semua di atas doa-doa.

Bila dah ok, mulalah ibu tercari-cari sesuatu untuk dikerjakan.
Semasa menyelongkar almari terjumpa sepasang baju kurung.
Dah lama ibu jahit baju ni tetapi belum berkesempatan nak pakai.
Baju ni kosong tanpa ada apa-apa aksesori.
Stok manik masih ada.
Maka bermulalah projek ibu.........
entah bunga apa ibu pun tak tahu.
Main jahit je.
Kelopaknya masih tidak kemas sangat.
Ada yang kembang, dan ada yang macam nak gugur....he.he.he......

1 April 2012

Akibat Keletihan + Kepenatan.

Pagi semalam rasa berat je kepala.
Lama dah ibu tidak diserang migrin.
3 hari lepas pun ibu dah rasa rongga mata dan kepala berdenyut-denyut.
Kawan-kawan pun dah tegur mata ibu nampak merah dan tidak bermaya.

Akibat kesibukan yang teramat, ibu abaikan semua itu.
Sibuk memunggah hadiah, siapkan apa yang patut.
Ibu memang jarang demam dan sakit.
Syukur dengan kurniaan Ilahi.
Tapi bila sesekali terkena memang teruk juga......

Dan weekend berlalu begitu saja.
Kesian anak-anak ibu.
Dah la ayah asyik sibuk, begitu juga ibu.
So, ibu minta tolong Along bawa adik-adik outing.
Along , Angah dan Naurah ke Muar.
Beby pula awal-awal pagi dah pergi lawatan ke Johor Bharu....
Ayah pula ke MSSJ di Matrikulasi Cawangan Johor....
Tinggal ibu bersama Farouk di rumah....

Petang baru 3F muncul.
Ini yang 3 Farah belikan untuk ibu.
Nasi Ayam blackpeper Rasa Mas.
Akibat tak sihat, terus hilang selera nak makan.
Ibu sekadar menjamah sedikit dan selebihnya ibu suapkan ke mulut anak-anak....
Moga esok ibu mampu ke sekolah seperti biasa.........

About me