Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Mac 2012

Ketagih Sushi...

Tak tahu la nak cakap apa dengan ibu dan  4 farah nie.
Kalau tak pekena sushi 2X sebulan memang tak sempurna hidup kami..
Kalau boleh hari-hari nak makan sushi..Hayaaaaa.....
Mau bangkrap tu....
Nasib baik 2 orang bujang senang dan bujang lapok kat rumah ni tak minat sushi.
Selamat!!!!!!!

 Ni Kakak Naurah punya....Makan sampai licin..
Nanti kalau dah besar, kakak Naurah kawin dengan mamat Jepun jelah ye.....he.he.he...

 Campuran Melayu + Pakistan + Siam + Jawa tetapi nak jadi orang Jepun.

Tak sempat sampai rumah dah budak nie....
Makan sesuka hati....

Tapau untuk 3 farah yang kat rumah......
Tinggal bekas sebagai sisa.......

1 Mac 2012

Bila Dah Terjebak!!!!

Bahaya betul kalau diri dah terjebak dan terpengaruh.
Tapi setakat ni takdelah ditahap yang membimbingkan.
Sekadar release tension.
Itupun sekejap je.
Ibu cepat rasa bosan.

Bila ibu main game ni selalunya ada pemantau a.k.a penyibuk, si Farouk.
Mulalah dia sibuk ajar ibu tekan sana sini....
Hish!!!!  memang nak kena cepuk je budak ni...

Sebenarnya Farouk yang banyak mempengaruhi ibu.
Pantang tengok ibu nak rebahkan belakang dan lepak-lepak, 
cepat-cepat dia hulurkan samsung tab ni kat ibu.....
Alahai Farouk...Farouk..Kenapalah goda ibu dengan "Angry Birds".....

Dalam kereta pun layan.
Sambil-sambil tunggu Ayah pergi beli lauk pauk, ibu layan Angry Birds....
Psssstttt!!!! jangan hairan ye, sejak kawin ayah yang selalu beli lauk pauk dan barangan dapur.
Ibu cuma tunggu dalam kereta...berlagak macam puan besar....he.he.he....

Kawan Yang Peramah -Januari dan Februari

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Mac.
Cepatnya masa berlalu.
Dalam kesibukan, ibu sering ditemani rakan-rakan maya.
Rakan-rakan yang teramat baik dan memahami.
Terima kasih yang tidak terhingga untuk rakan-rakan ibu
yang tidak pernah jemu-jemu bertandang dan menemani ibu di sini.
Sentiasa menemani ibu dikala gembira, sedih, stress dan bahagia.
Siapalah ibu tanpa kalian.

Kawan Yang Peramah- Januari

Kawan Yang Peramah- Februari

Bagi yang tidak tersenarai, kalian juga teman yang hebat.....
Terima kasih semua.........

Yang pastinya setiap masa terluang,
disinilah tempat ibu bertapa dan mencurah rasa serta berkongsi ilmu..........

About me