Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 September 2011

Perjumpaan Anak Perantau-Raya ke 2

Malam ke 2 ibu dan kaum kerabat yang bekerja di luar Kelantan hadir ke
Majlis Perjumpaan Anak-anak Perantau di Kota Bharu.
Dah 3 tahun berturut-turut kami hadir.
Memang meriah walaupun majlis tamat agak lewat.
Majlis bermula 8.30 malam dan berakhir hampir pukul 12.00 malam..

 Ada acara dikir barat, nasyid dan bacaan Al-Quran.
Hati ibu tersentuh bila mendengar alunan bacaan Al-Quran 
dari seorang OKU (cacat penglihatan)
berusia 13 tahun.
Alunan merdu suaranya membuat ibu jadi sayu.
Bayangkan seorang yang cacat mampu 
menghafal Al-Quran dan 
beliau merupakan Johan Peringkat Kebangsaan Tilawah Al_Quran 
untuk sekolah rendah tahun lepas.

 Beby sedang menjamu selera.

 Budak sorang ni langsung tak nak makan, tetapi sempat tibai 3 mangkuk ais krim........

makanan yang disediakan semua sedap.
Ada macam-macam jenis sampai tak terambil.
Ibu makan nasi dagang dan satey....
Sedap sangaty-sangat.

 posing-posing....

Dan akhirnya...kedua-dua budak ni................zzzzzzzzzzzzzzzzz......
Ibu terpaksa kejutkan budak berdua ini kerana ada pemberian duit raya untuk kanak-kanak
dari isteri MB dan YAB......

5 September 2011

Kenangan Raya di Kampung

26.8.2011 (Sabtu) seawal 6.00 pagi kami bertolak pulang ke kampung.
Kami tiba ke kampung lebih kurang pukul 6.00 petang.
Penat memang penat tetapi kepenatan hilang bila menatap
wajah insan2 tersayang terutama mama dan abah.

Ni sekadar nak tepek beberapa keping gambar raya.
Keluarga besar kami....

 bersama mama dan abah.

 Mak dara bersama anak2 dara.
Baju kami sama cuma warna berbeza.....

Insan yang paling ibu sayang di dunia ini.
Hampir 1 tahun peristiwa mama sakit tenant dan masuk ICU.
Kisah mama tenat, klik sini.
Saat cemas kami yang hampir kehilangan mama.
Syukur, kesihatan mama bertambah baik walaupun mama sudah tidak mampu berjalan lagi....
Dan amat bersyukur kerana masih mampu memeluk mama di pagi Syawal...

Ayah dan Naurah dah tidak dapat dikesan......
So kami yang ada je posing dengan abah n mama.

Saat yang terindah bila dikelilingi sebuah keluarga besar yang bahagia.
Keluarga besar ibu walaupun belum cukup ahli.
Bersama mama, abah, anak-anak, kakak, abang, adik, ipar dan anak-anak saudara.

Ibu dan anak-anak...Naurah dan ayah je tak ada.....

Mak dara dan anak-anak dara....

3 September 2011

1 Minggu Blog Bersawang.

RINDU...RINDU..RINDU...
Rindu pada semua.
Dah hampir 1 minggu blog ibu bersawang + berhabuk.
Maklumlah tuan rumah sibuk beraya kat kampung...
Hari ni baru balik dari kampung setelah menempuh 12 jam perjalanan yang amat memenatkan.
Menempuhi 'jam' dan menyaksikan kemalangan ngeri.
Cukup membuat ibu rasa amat stress....

Belum sempat nak update n3
dan belum sempat nak jengah blog kawan-kawan.
N3 ini sekadar melepaskan rindu semata-mata......

About me