Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 Ogos 2009

Kota Kinabalu Sabah (1)

Salam semua..Ibu dh kembali. Rindu betul kat kekwn alam maya nih...miss u so much. Rasa mcm berbulan2 ibu tinggalkan kalian..padahal br bbrapa hari......
Sebenarnya pada 5.8.09 (Rabu) ibu dan ayah terbang ke Kota Kinabalu Sabah..
kerana (nnti ibu ceritakan pada siri ke 2 ye knpa ibu n ayah g sana...)
Ibu dan ayah bertolak dari rumah pada pkul 4.00 pg n singah jemput kawan di Tangkak..
7.30 pagi ibu dan ayah sampai di KLIA. Terus ke kaunter pendaftaran utk check in...

Sempat lagi ibu posing seblm ke balai menunggu.......

8.00 pg check in di balai berlepas. 
Bergambar dgn kak Syidah dari SMK Tun Mamat, Tangkak
Berlepas 10.05 pagi (sepatutnya 8.50 pg) krn ada masalah 4 org penumpang xcheck in ttp bagasi dh trlepas masuk ke dlm pesawat.
 So pihak airport trpaksa selongkar selama 30 min utk cr blk bagasi tuh..boring lama dok tunggu dlm pesawat.....
Penerbangan mengambil masa 2 jam 35 min.

12.30 tengahari -Tiba di International Kota Kinabalu Airport

Baru lepas ambil bagasi n msh di dlm balai ketibaan..tgh dok selongkar cari hp, nk call ank2 kt umah..
Ayah yg snap gmbr tuhhh.....pic candid le....

di luar balai ketibaan ...sedang tunggu bas dr pihak hotell....

Bas yang membawa ibu dan ayah ke Daya Hotel Kota Kinabalu...

Nilh bandar Kota Kinabalu......2.00 ptg br tiba kt Hotel Daya (10 min dr airport)

ps: siri ke 2 akan bersambung lg..tungguuuuuu....

3 Ogos 2009

Selamat Tinggal Semua.......



Salam buat semua,
Ibu terpaksa pergi membawa diri buat seketika...
Insyallah kita akan ketemu lagi......
" Selamat tinggal semua "
Doakan kesejahteraankuu.......

1 Ogos 2009

Perpisahan ini amat menyakitkan.....

Terlalu lama kita lalui liku2 hidup ini bersama. Susah senang kita tetap bersama. Dell kawan setia ibu dikala ibu kesunyian, kesedihan dan kegmbiraan . Dell tempat ibu mencurahkan rintihan hati,meluahkan kesedihan, meraikan kegembiraan dan kejayaan. Dell terlalu setia, tidak pernah sesaat meninggalkan ibu dikala ibu memerlukanmu.. Pendengar yang paling setia, peneman yang paling dekat..Dell tak pernah merunggut, terlalu patuh,baik, setia dan kau segala-galanya buat ibu...kekdg ayah cemburu melihat kemesraan kita.....

Namun hari ini ibu kehilanganmu dlm sekelip mata..kerana kesilapan dan kecuaian ibu. Kerana kesilapan ibu!!!!!!..Kenapa ibu begitu cuai, kenapa selama ini ibu tidak pernah menghargaimu, tidak pernah perduli kepenatanmu..Mungkinkah kau merajuk kerana ibu sering merunggut utk mencari penggantimu yg baru n lebih baik. Ah.....Ibu tidak pernah brsyukur dgn apa yg ibu miliki..

Sayu sungguh hati ini, jiwa ibu tertekan, kecewa dan sedih..Setelah sekian lama kita harungi hidup bersama..Berkongsi segala kisah suka duka kini kau telah pergi buat selama2nya. Kau tidak mungkin ibu miliki kembali...Di mana akan ibu cari ganti teman seperti dirimu...Terima kasih Dell kerana selama ini kau begitu setia pada ibu...Selamat tinggal laptop kesayanganku...AKU KEHILANGANMU!!!!!!!!!!!!!!

Catatan saat akhir ibu bersamamu:

6.30 pagi - ibu bersamamu utk brbicara n meluahkan sunyi (ayah out-station kt Perak 3hr)
8.00 pagi - along masak nasi goreng special utk ibu (TQ along krn msk nasi goreng yg sesgt sedap buat ibu..uummuah!- tah mimpi apa????).
8.15 pagi - Naurah lak buat air carot + susu pekat buat ibu (so sweet..)
8.30 pagi - ibu brsarapan smbil minum dn masih tetap setia disisimu..
8.40 pagi - ibu ingin menghabiskan air carot lalu mencapainya n tetiba air trtumpah melimpah ke atas keyboardmu...
8.50 pagi - along brlari mdapatkan hairdryer utk mengeringknmu.....namun satu prsatu gigimu tanggal krn kepanasan....
9.00 pagi - ibu trmenung kebingungan.....
4.00 ptg - ibu mengadap Acer (laptop) ayah...ttp dia xsama spertimu Dell.Ibu benar2 kehilanganmu.....

p/s : pic akn dimasukkan kemudian krn ibu msh tdk sanggup menatapmu...huk,huk,huk!!!!!!

About me