Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label MAKAN-MAKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAKAN-MAKAN. Papar semua catatan

27 Disember 2012

Annual Dinner @Marina Bay, Muar.

Malam tadi sekolah ibu anjurkan annual  Dinner @family day di Marina Bay Muar.
Acara bermula pada 8.00 malam dan tamat pada 11malam.
Banyak juga acara yang dijalankan untuk anak-anak kecil, anak-anak remaja,
cikgu2 lelaki/perempuan....

Ibu tak sempat nak snap gambar...
Cari gambar kat en google jerrrr....
Marina Bay terletak di tepi muara sungai Muar di Tanjung Emas.
Dekorasi dah macam berada kat i-city pulak.
Banyak pokok2 lampu di dirikan dihalaman......

 Bermacam-macam menu dihidangkan seperti BBQ kambing, kerang, kupang, ikan cencaru dan ayam.
Makanan lain seperti nasi goreng, meehoon goreng, telur sweet sour dan macam-macam.
1 kepala dewasa RM35 dan kanak2 RM20.

 Ibu dan Ayah angkut semua anak-anak kecuali Along....huhuhu...
Rindu Along...esok Along balik....yes!!!!!!
Ni gambar yang ibu kidnap dari  FB sekolah.
Cuma ada gambar ayah ( baju putih) , Beby, Farouk dan Naurah je.
Gambar ibu dan angah takde akibat terlindung......huhuhu...

 Ada terselit pic ibu bertudung biru sedang memangku 
Baby tecik berbaju merah tu dan Angah bertudung coklat.......
Masing-masing sedang menanti acara bermula....

Naurah yang suka posing....

Budak yang tidak suka makan.
Padhal dah seharian dia tak makan....
Membazir je ibu bayar untuk dia...
Sekadar minum air jer....huhuhu.....

p/s:
Kesibukan dah mula melanda......
Kerja dah datang menimbung seperti sedia kala.
Rindu nak cuti lagi dan lagi....huhuhu.....

21 November 2012

Terpengaruh......Crepe Durian.

Terima kasih ibu ucapkan kepada semua rakan-rakan blog dan FB
yang memberi ucapan tahniah di atas kejayaan Naurah dalam UPSR......
Terima kasih semua........

N3 hari ini berkisar pada makanan yang sedang hangat dipasaran.
Crepe durian.
Bila orang sibuk memperkatakan tentang crepe durian,
ibu langsung tak kisah.
Ibu bukan peminat durian.
Kalau durian ada depan mata pun ibu tak kisah.

Tapi sejak kebelakangan ni, rata-rata orang sibuk dok bercerita dan tayang gambar crepe durian.
Anak-anak ibu mula tergoda...
Kesian pulak dengan 4Farah tu.
Untuk tidak menghampakan anak-anak,
 maka ibu order crepe durian ni dari pembantu pra sekolah ibu, Miss Mizah.

Cantik je bentuknya dan gebu.
Bila anak-anak buka bekas tu, hidung ibu mula dah tak tahan..
Sabar jelah demi anak-anak tercinta.

Anak-anak kata sedap + nyummy + enak.....
Ibu cuba gigit sedikit.
Sampai malam rasa durian tersekat dikerongkong.
Alahai ibu nie...
Membazir je abah di kampung ada dusun durian..si anak tak layan durian.

Ibu suggest kat miss Mizah suruh buat perisa buah-buahan lain.
Miss Mizah setuju...
Yepiiiiii......tak sabar nak tunggu crepe buah mangga@pisang@strawberry@apa-apa jelah selain buah durian........hehehe...
P/s: peminat buah durian jangan marah ibu ye..ampunnnnnn!!!!!!

Sama-sama kita berdoa untuk rakyat Palastin:
Ya ALLAH!!!!!!
Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung2 ababil untuk menghancurkan tentera gajah Musyrikin,maka kami memohon kepadamu Ya ALLAH..
turunkan lah bantuan Mu kali ini kepada orang-orang Islam di Palestin.
Hancurkan lah rejim Zionis.....amin..amin..aminn...




1 Oktober 2012

Weekend Kami dan Kenangan

Salam rindu semua.
Maaf ye mood berblog  ibu masih ke laut....huhuhu....

Weekend kali ini kami tak kemana-mana.
Ayah beria-ia ajak berjalan memandangkan kebelakangan ni ayah asyik sibuk.
Farouk beria-ia ajak ayah  ke Toys Museum kat Melaka.
Ibu pun tak pernah tahu wujudnya tempat tu di Melaka.
Pada bulan Julai lepas farouk dah ke Toys Museum kat Penang.
Tak puas-puas la mamat nie nak tilik mainan tu.....

Yang kelakarnya GPS ayah tak dapat kesan tempat tu kat mana.
Yahooo......lega ibu rasa sebab ayah terpaksa postpone ke sana
untuk  dapatkan maklumat daripada rakan-rakan....hehehe.....
Ibu sebenarnya nak habiskan masa di rumah sebab dah 2 minggu ibu bekerja hari Sabtu.

Layan jelah gambar di bawah nie.
 Muka budak kecewa + geram sebab hajat nak ke Toys Museum tak kesampaian.
Petangnya ibu bawa budak yang tak suka makan nasi ke restaurant fast food.....

Berselera pula Farouk makan fish n chips bila ayah janji nak bawa dia ke sana minggu depan.

 Ibu sempat snap gambar bangunan yang dalam pembinaan di tengah-tengah bandar ni
selepas makan kat MB..
Tapak asal tanah tu adalah milik  arwah atuk kepada Ayah, Tn Haji Ridzuan.
Nama kawasan itu pun sempena nama arwah atuk Ayah, Jalan Ridzuan...
Nilai tanah tu dalam jutaan ringgit.
Tanahnya memang luas.
Yang paling ibu sedih, akhirnya tapak tanah itu beralih tangan kerana pembangunan.
Kalau dulu di belakang bangunan itulah terletak rumah MIL ibu.......
Semuanya tinggal kenangan dan sejarah.

18 September 2012

Akhirnya....

Salam rindu semua.
100 jam ibu menyepi bukan bermakna ibu telah lupakan rakan-rakan semua...
Kalian semua tetap dalam ingatan.
Ibu tetap wujud cuma ke"lemau"an makin melanda diri ibu......

Hari ni dah 2 hari Syawal berlalu tetapi jemputan open house masih ada.
Selagi kudrat masih ada, ibu cuba penuhi jemputan rakan-rakan
walaupun rasanya diri ini semakin berat dan mengembang....hukhukhuk.....

Hari ni saja nak tepek makanan semalam..
Bukan makanan basi ye tapi makanan yang ibu masak semalam..
Sejak bulan Syawal, ibu boleh kita berapa kali saja ibu makan nasi di rumah
terutama hujung minggu.
Tekak dah mengidam nak makan petai + bilis goreng bersama ikan
kembung yang kecil digoreng bercili....
Tekak orang yang makin meningkat usia........
Dan akhirnya hajat ibu tercapai semalam.
Betapa nikmatnya melayan tekak yang dah 1 bulan asyik melayan daging + ayam.....

Dan anak-anak request nak makan takoyaki ketam.
Kebetulan Along balik bercuti dan dengan gembiranya ibu boleh bersantai-santai di rumah.
Along lah mengambil alih tugas ibu sebagai driver dan melayan keinginan adik-adiknya...
Malamnya kami dinner dengan membedal takoyaki ketam ni dengan jayanya.......

3 Ogos 2012

Jalan-jalan Cari Makan


Ni cerita basi sebenarnya.
Cerita 2 hari lepas.
Biasalah ibu ni suka perap-memerap kan.....

Kelmarin ibu dan anak-anak mengidam nak makan nasi kerabu.
Nak masak sendiri memang ibu tak pandai.
Kalau tanya mama memamg katanya senang je nak masak nasi kerabu ni 
tetapi ibu risau rasanya tak sesedap yang biasa ibu beli.
So kali pertama ibu keluar dan jejak PARAM untuk puasa kali ini.


  Inilah PARAM yang beberapa langkah je dari rumah ibu.
Dari rumah ibu pun dah dengar kemeriahan PARAM yang terbesar di BG ni..
Macam-macam ada dijual di sini..
Tapi ibu memang jenis yang ala-ala dara pinggitankan .....cit!!!!perasan.
Tahun lepas pun 2X je ibu ke sana.

Kebetulan pula hari ibu keluar untuk edisi mencari
nasi kerabu, kat PARAM ini di kunjungi
 DYMM TUANKU SULTAN JOHOR.
Masa tu DYMM Tuanku baru tiba.
Memang sesak sangat-sangat.

Ibu terpaksa mengubah hala menuju ke satu lagi PARAM
yang tidak jauh dari situ.......


Nilah yang ibu cari..
Maaflah ye pagi-pagi dah tayang makanan.....
Ibu rasa masing-masing masih segar bugar lagikan...hehehe.....

Syukur Alhamdulillah, tak ramai orang di PARAM ke 2.
Pencarian ibu berbaloi2 kerana nasi kerabunya sangat-sangat sedap.
Sebungkus cuma RM4.
Banyak pulak tu
Kebetulan peniaganya rakan ibu, seorang guru juga..
Pandai dia cari duit lebih untuk raya.....
....
Entah bila lagi la agaknya ibu akan jejak ke PARAM lagi
di puasa kali ini........


p/s:
Tahniah Kakak a.k.a Farah Naurah kerana terus kekalkan
prestasi straight A dalam trial UPSR.tempohari.
Kali ini kakak dah sahut cabaran ibu untuk dapat A+ dalam subjek
yang kakak terkucil masa ujian 2. yang mana kakak sekadar dapat A.
Walaupun kakak sekadar meraih TOP 2 keseluruhan Tahun 6, 
ibu tetap bangga dengan kakak.......
Moga kakak teruskan kekalkan prestasi cemerlang kakak hingga ke UPSR yang sebenarnya.
Ameen.....

30 Julai 2012

Selera Mereka AMat Berbeza.

Maaf ye kerana n3 hari ni ibu tayang makanan.
Bukan niat ye tetapi ada cerita sebaliknya.
Tahun ni ibu dah berjanji untuk elakkan untuk tepek makanan sepanjang puasa.
Yelah, risau juga bila Ustaz Azhar Idrus (UAI) kata jika kita tayang makanan ke FB atau blog
hukumnya makruh.......

 Selera anak dan ayah amat-amat berbeza.
5F amat mengemari western food tetapi ayah minat makanan Melayu/Jawa.
Mungkin 5F tu  lahir dari darah bercampur  macam rojak tapi ayah
adalah keturunan Jawa tulen.........
Yang pening adalah si ibu yang tersepit diantara 2 benua.
Ayah memang tak kisah pun tetapi sebagai isteri Mithali ( yelah tu....)
ibu perlu bersikap adil....kan..kan..kan

 Petang semalam, ibu dah takde mood dah nak masak menu sampingan.
KFC jadi penyelamat.
Lagipun rumah ibu ni berhampiran dengan restaurant KFC dan Marrybrown....
Pukul 6 petang ibu minta angah dan Beby ke sana untuk beli KFC.
Tapi KFC BG ni tak begitu sedap.

KFC flaming crunch.
Angah beli 3 set dinner plate.
Dapat la 9 ketul ayam.
Konon2nya seorang nak makan 2 ketul tetapi semua mengeluh tak habis.....huhuhu....
Masa lapar memang la rasa macam tak cukup....

Menu untuk berbuka ibu dah masak 1 periuk kari ketam.....
Terpaksalah ibu KIV untuk buat bersahur.....

p/s:
Selamat berbuka semua.
Hari ni bersiaran agak lewat.
Seharian ibu mengulit mimpi kat tilam....ngee...

26 Julai 2012

Memori Indah Bersama Mama

Bukan niat nak tayang makanan..
Jangan salah sangka ye..
Ampun ye bukkkk!!!!!


Gambar makanan ni ada kaitan dengan tajuk n3 tu.
Sebab tu ibu tepek gambar makanan ni kat blog....

Petang semalam Beby request nak makan lempeng + kacang panggang bersos.
Tiba-tiba ibu rindukan mama.
Rindu yang teramat sangat.
Terkenang zaman persekolahan ( sk rendah hingga sk menengah).
Inilah menu kegemaran ibu untuk bersarapan sebelum pergi sekolah.
Menu inilah yang selalu mama sediakan untuk  ibu.
Saat ini rasanya tak tertanggung menanggung rindu pada mama.
Hu.hu.hu.......

17 Julai 2012

1 Minggu Mengadap Western Food.

Dah seminggu kami anak beranak dok makan western food.
Lama-lama tekak ibu dah rasa lain macam je.
ibu rindukan sesuatu.
Rindu dengan makanan tempatan...hu.hu.hu....

 Sejak malam ibu dah terfikir menu nie...masak lemak cili padi yang pekat + pedas.
Hajat tercapai juga akhirnya.....
Baru puas ibu makan nasi....

Dan Angah belikan nasi kerabu ni untuk ibu sekembalinya dari tuisyen.
Nasi kerabu ni angah beli kat restauran milik ibu kawan sekelasnya.
Memang sedap sangat...sangat...dan sangat.
Rasa tak puas makan 1 bungkus...
Alahai ibu, sabar jelah........
Cukup tak cukup, makan tak boleh lebih ye.......
Bukan nak jaga badan tetapi jaga kesihatan.....

Dan ibu mengidam nak makan takoyaki nie.
Baru minggu lepas ibu makan dengan anak-anak semasa outing.
Tiba-tiba terliur lak pulak.
1st time makan tak begitu sedap tetapi kali ke dua yang ibu
makan sedap sangat...Isi ketam melimpah ruah di dalamnya.
Sempat ke nak makan takoyaki sebelum puasa menjelma.....????
RINDU LAMBAIAN RAMADHAN.....

p/s (update terkini ):
Semalam mendapat perkhabaran gembira, adik ibu Dr Ahmad Zakimi dan isteri, Rohaita kerana mendapat Baby baru tetapi malam tadi mendapat khabar  sedih kerana BB dalam keadaan kritikal dan terpaksa meggunakan bantuan pernafasan...
Mohon doa daripada semua.....
Ya Allah, selamatkan BB.....
Mood : Sedih......


15 Julai 2012

Minggu Western Food.

1 minggu ni entah angin apa melanda.
Kami anak beranak dah jadi mat saleh.
Bukan anak En Saleh ye tetapi macam orang putih.
Sejak hari Rabu ibu dengan gigihnya masak spaggheti bersos tomato.
Sos tomato ayah beli yang dah siap dalam tin....
Sekadar panaskan dan tambah daging kisar.
Hari Khamis seawal 5 pagi dah bersilat kat dapur.
Kawan-kawan angah teringin nak makan makaroni bersos lada hitam.
 pula.

Makaroni bersos lada hitam buatan sendiri.....

 Di ganti pula dengan spaggeti...

Pagi ni bersarapan dengan spaggeti bersos tomato....

Malam kelmarin tiba-tiba teringin nak makan pizza.
Akibat BW dan terpandang pizza kat blog wahida.
Malamnya ibu siapkan dohnya.
Pagi-pagi sekadar siapkan intinya.....

Inilah pizzanya..Ibu masak 2 biji..Licin dikerjakan anak-anak...

Tengahari semalam pula ibu masak chicken chop untuk lunch.
Resepi klik sini...
Lagi pun ayah outstation selama 2 hari.
Anak-anak pun tak selera nak makan nasi so ibu masakan 
4F chicken chop.......

Jemput makan semua...
Tiba-tiba rindukan along....huhuhu....

13 Julai 2012

N3 Ringkas, Sepantas Kilat.

Maaf ye 2 hari ni ibu berkursus.
Tak sempat nak BW dan membalas komen2 semua....
Petang baru balik.......
Rindu semua.

Sebelum berkejar ke tempat kursus (26 km dari rumah), 
ibu teruskan rutin utama memasak b.fast untuk anak-anak dan hidangan tengahari....
Pagi ni ibu masak makroni bersos lada hitam di atas permintaan angah.
Katanya kawan-kawannya dah rindu nak makan masakan ibu nie....
Selamat menjamu selera untuk semua.

10 Julai 2012

Outing Tanpa Along-Janggal

Sejak Along tiada, kami sudah jarang outing.
Entahlah, ibu rasa macam ada sesuatu kekurangan.
Terutama bila ke restaurant fast food.
Bila order makanan untuk 4F mesti ibu akan order 5 pinggan.
Mesti mata ibu akan tertumpu di suatu sudut untuk mencari sesuatu yang kurang.
RIndu along sangat-sangat.....

Rasanya sejak along ke kolej, inilah kali pertama kami masuk KFC.
 Kami sanggup ke KFC di K-Mall sejauh 24 km kerana KFC BG yang jaraknya cuma 0.1 km
dari rumah menyediakan ayam yang tidak segar dan terkadang berbau.........
Setiap kali makan KFC di BG mesti Farouk akan muntah.....
Dan terpaksalah kami pergi ke KFC K-Mall untuk mencuba flaming crunch.....

KFC Flaming crunch yang memang sedap...Rangup dan pedas......

 Naurah...

 Biasanya angah akan duduk bersebelahan dengan along.
Bila lihat gambar ni, ibu rasa janggal.....

 Kesian tengok Farouk makan.
Macam orang kebulur....
Selama ni kalau makan di KFC BG, awal-awal farouk tak nak makan ayam.
Kali ini siap habis 2 ketul ayam di makannya.....

Bersandar kekenyangan. Siap order 1 set lagi snack plate combo untuk di tapau....

 Sampai bengkak dan merah bibir farouk kepedasan makan ayam flaming crunch..tapi memang sedap.

 Melayan 3F membeli bedak dan minyak wangi...

Kami naik ke tingkat dua K-Mall.
Kat sini banyak dijual baju kurung dan jubah yang dah siap.
Cantik dan murah harganya.
Ibu sekadar meninjau untuk membuat persiapan raya nanti.
Macam tahun lepas, baju 4F dan  ibu dibeli yang dah siap di sebuah butik.
Malas dah ibu nak jahit sendiri...PENAT!!!!!!

23 Jun 2012

JJCM di Pasar Malam.

Beberapa hari ni n3 ibu agak kurang.
Entahlah ye.
Nak kata sibuk memang sibuk sokmo.
Tetapi ibu rasa kebelakangan ni ibu tidak begitu mampu menguruskan masa sebaik mungkin.
Masa ibu banyak dihabiskan dengan melayan badan yang tak begitu sihat.
Ibu lebih suka lepak2 + baring2 dan malas nak fikir apa-apa.
Mood nak mengadap lappy pun melayang......Entahlah....

Petang  semalam tergerak hati nak ke pasar malam kat Serom 3.
Teringin sangat nak makan nasi kerabu.
Nasi kerabu kat situ memang terbaik kerana dimasak oleh orang Kelantan ori.
Slang bercakap pun pekat sangat-sangat...he.he.he...

Kalau ikutkan hati malas nak drive ke sana.
Ayah pula outstation kat Putra Jaya.
Tinggal la kami berlima kat rumah.
Saat macam ni ibu akan rindukan Along.
Kalau along ada bolehlah dia drive.......hu.hu.hu....

 Peneman setia ibu, Beby....
Angah dan Naurah tunggu dalam kereta je.

Farouk dah botak dan kurus......
Kebelakangan ni pun farouk tak sihat.
Kena athma attack.
Masa raptai perbarisan hari tu Farouk hampir pengsan kat tengah padang.
Pucat lesi mukanya...
Kesian farouk....

 Kami cuba beli pizza yang dibakar segar di situ.
Dah beberapa kali kami ke sana tetapi asyik tak jadi nak beli sebab ramai orang.
Harganya cuma RM14 dan bersaiz XXL.
Tak sangka, sedapnya pizza tu mengalahkan pizza hut.
Memang terbaiklah...dengan isinya dan keju melimpah ruah.
Patutlah ibu lihat ramai orang beratur digerai tu.
Lagipun pembuat pizza ni terdiri daripada 2 orang jejaka hendsom....he.he.he....
Sekelip mata pizza ni dah habis.....
Bayangkan!!!!!

 Lepas makan pizza, kami lumba-lumba acara makan nasi kerabu pulak.
Nasi kerabu terbaik.
Sedap.
Makan sampai licin...
Cuma farouk sorang yang makan ayam goreng...

Perut ibu dah sendat dan mengetat dengan makanan.
Tengok kebab ni dah lain macam.
Tulah, tamak sangat.
Kalau tengok makanan semua nak beli.
Tapi alhamdulillah, Angah, Beby dan Naurah yang habiskan.
Anak-anak ibu ni nampak je kurus tetap kalau makanan kegemaran mereka,
memang makan tak hinggat.......

Dalam pukul 1 pagi tiba-tiba ayah muncul kat rumah.
Alahai ayah ni pun.
Kalau outstation selalu macam tu.
Seboleh-boleh berkejar balik juga rumah walaupun jauh.
Sanggup berulang alik.......
Masa ayah balik ibu dah.............zzzzzzzz........

10 Jun 2012

Peminat Sushi

Family ibu ni memang peminat xtrem sushi tau.
Bukan setakat ibu anak beranak tetapi abah dan mama ibu pun peminat sushi....

Beginilah keadaannya bila kami borong sushi.
Macam orang buat kenduri-kendara.
Kalau tak habis RM100+++ mmg tak sah.

 ni pulak "takoyaki".
Kali pertama ibu cuba makan.
Rasanya tekak ibu tak boleh terima makanan nie tetapi anak-anak suka....
Alahai macam anak orang Jepun pulak budak-budak nie...

 Tak cukup makan sushi yang diborong,
dengan gigihnya Beby mencubanya di rumah dengan menggunakan takashi seaweed....
Sekali tengok macam tak lalu je nak makan tapi ok jugaklah rasanya.....

Kalau ginilah gayanya,
rasanya baik kami buka restaurant makanan Jepun kot....
he.he.he...berangan!!!!

p/s:
Esok dah mula sekolah.
Tak sabar2 nak ke sekolah...emmm boleh caya ke ayat tu!!!!


Lepaskan Kempunan

Misi pertama ibu di Kelantan ialah untuk merasai keenakan 
nasi kerabu ori tercapai jugak.
Dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan,
pergerakan ibu amat terbatas.
Keinginan tetap dipenuhi oleh ahli keluarga....

 Kali ini ibu mencuba keenakan nasi kerabu dari Wakaf Baharu, Tumpat.
Memang sedap sangat-sangat.

Teringin juga nak menikmati keenakan buah berangan.
1 kg=RM22.
Ibu cuma beli 1/2 kg je.
Itu pun ibu dan Beby je yang layan.
Yang lain tak suka......
Puas kami berdua makan.....

p/s:
Terima kasih semua di atas ucapan salam takziah untuk arwah "ma"(ibu saudara).
Hari ini genap 10 hari ibu menanggung kesakitan ini..
Moga ibu mampu melangkah ke sekolah dalam keadaan sihat....
Terima kasih ayah kerana sentiasa mengambil berat.
Maaf  ye kerana ibu terpaksa merahsiakan sakit yang ibu tanggung.
Terima kasih di atas doa2 kalian..

31 Mei 2012

Saja Nak Tayang makanan akibat kerinduan....

Abaikan tajuk di atas.
Sekadar merawat hati yang sedang merindu dan bersedih.

 Gulai kambing kegemaran keluarga kami terutama along.

 Setiap kali ibu masak akan kedengaran suara along menyapa.
"Sedapnya bau...ibu masak apa???"
Setiap kali ibu makan, pasti along akan mendekati.
Bertepek sebelah ibu... meminta ibu suapkan untuk dia semulut dua.
Along anak yang manja.

Betapa ibu terlalu rindukan along saat ini.
Pagi tadi semasa memasak udang kegemaran Along, hampir menitis airmata ibu.
Tiada lagi kedengaran suara along menyapa ibu.........

Dan ikan celup tepung, juga kegemaran along.
Apa saja yang ibu masak, sedap ditekaknya.
Makan penuh berselera sambil memuji keenakan masakan ibu.
Alahai sedihnya hati ibu....

Setiap kali ibu sms along mesti ibu tanyakan pasal makan.
Yang paling sedih , along hanya sempat makan nasi 1x sehari.
Ibu akui along bukan seorang anak yang lasak,
along anak yang manja, amat penyabar, tuturkata dan perlakuannya penuh kelembutan.
Along bukan tahu bersesak-sesak.
Hati ibu jadi risau.....
Ah, ibu yang terlebih risau sebenarnya......

Moga Along mampu menyesuaikan diri ditempat baru.
Sabar menjalani minggu orientasi.
Ibu amat-amat rindukan along.......

p/s:
Semasa n3 ni terpapar,
ibu OTW untuk bercuti.
Mungkin ibu akan menyepi untuk seketika.....
Doakan perjalanan kami sekeluarga..

About me