Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label LUAHAN HATI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LUAHAN HATI. Papar semua catatan

15 Julai 2011

Risau...

Petang tadi ibu bergegas ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar.
Pergi kerana terpaksa dan dipaksa.
Kes Akta paksaan.


Ingat lagi tak pada hari Rabu ibu teramat sibuk berkejar
menghadiri 2 program serentak.
 Hari itu ibu terlewat makan kerana kesibukkan tahap maksimum.
Lepas makan tiba-tiba ibu muntah-muntah.
Mula-mula muntah biasa aje.
Lepas tu membuak-buak keluar darah.
Banyak pula tu.
Adalah lebih kurang 200ml.
Ngeri pula ibu tengok.

Risau juga rasa hati.
Nak kata sakit perut, tak ada la pula.
Dada dan tekak pun ok je.
Terus ibu sms ayah.
Masa tu ayah bermesyuarat kat JB.
Balik je terus ayah bawa ibu ke klinik  Swasta.
Belakang rumah je..

Dr Jelita terus scan.
Katanya "hati" ibu ok.
Paru-paru pun ok.
Cuma doktor risau kalau-kalau ada pendarahan dalaman.
Sebabnya ibu memang tidak rasa sakit pun.

Doktor suggest ibu refer ke hospital besar secepat mungkin.
Tapi itulah, tangguh-tanguh.
Hari ini baru pergi.

Pergi tu pun dah petang.
Tunggu Ayah balik dari Solat Jumaat.
Jumpa doktor terus bagi surat dari Dr Jelita.
Terus doktor tu suruh ibu buat ujian darah.
Bila dapat result, semuanya ok.
Tidak ada masalah!!!!
Pelikkan.
Cuma doktor suspect ibu mungkin ada
masalah dalaman.
Mungkin ulser atau mungkin penyakit lain.
So ibu diarah jumpa doktor pakar bedah pada 16.8.2011 ni.
Mungkin kena buat OGDS.
Entahlah.
Moga-moga tidak ada yang serius.

26 Mei 2011

Buntu!!!!!

Cuti SK tinggal 2 hari lagi.
First day cuti Ayah ada seminar n bercadang nk bawa kami bercuti sekali.
Bila ayah suarakan cadangan 3 Farah diam jerrr.
Xde respond apa2.
Ibu tengok poyo je muka 3 minah tu.

So bila ibu tanya mrk mcm xberminat jerrr.
Macam2 alasan depa bagi.
Ada tuisyen la...
Ada xtvt kt SK la...
Nk study la...
Penat la....
Lagi best blk kg la....
(mmg la minggu ke 2 ibu bercadang blk Kelate..InsyaAllah!!!)

Hu.hu.hu....sedih tau.
Bila anak dah besar2 mrk mcm dh xminat p cuti2 ni.
Ibu bukan apa, kasihan kt Naurah n Farouk.
Excited sangat nk ikut Ayah cuti2.

Tiba2 ibu jadi serba salah.
3 Farah tu ckp:
Xpelh, ibu pergi je dgn adik2...
Kitaorg xkisah...Kami dh besar la.....Ibu jgn risau!!!
BUNTU pulak ibu!!!!!!


21 Mei 2011

Kehilangan

Dah hampir 1 minggu ibu kehilangan..
Awal kehilangan ibu xendahkan
2-3 hari ni baru sibuk nk cari......
Dah puas cari..
Dah puas geledah..
Dah puas fikir...
Dah puas termenung..
Dah puas cari clue....
Dah puas recall balik....

Sampai saat ni nampaknya pencarian ibu sia2...
Ibu xsalahkan sesiapa...
Ibu xtuduh sesiapa....
Semua tu kesilapan ibu...
Akibat kecuaian ibu...

Dah ramai kawan2 ingatkan ibu..
"Y, hangbag ko tu selalu terngangga...."
"Y, hangbag ko tu jangan ditinggalkan kt bilik kerja, bahaya..."
"Y, ko xsayang harta ek......"
"Yelh, org BERUANG.....!!!!!"
Tapi ibu cuma balas ingatan n gurauan kawan2 dgn senyuman.
Xambil endah.
Buat xkisah..
Dan bukan sekali ni ibu kehilangan...
Dah beberapa kali...
Nilainya lebih kurang sama dan tmpt yg lebih kurg sama...

Tapi ibu diamkan kerana kesilapan diri...
Risau nk beritahu kekawan..
Nanti xtahan mendengar  
kutukan2 manja + ayat2 power.
Pedih telinga nanti mengdengar leteran syg mereka...
hu..hu.hu......

Dan kali ni kehilangan lagi..
Dan dihujung bulan pula tu..
Nk kata byk xleh byk ttp bagi ibu yg dh 
hujung bulan memang terasa sesak......
Adalah dlm RM500+++
Nk tunggu gaji???????....4-5 hari lagi.
Nk bodek ayah, malu kekononnya....

Nak salahkan siapa.
Kesilapan diri sendiri.
Xpernah serik2...
Dengan kecuaian n kelalaian ibu....

14 Mei 2011

Blog xboleh "Sign In" la.....

Sejak tengahari tadi blog problem..
Tak boleh nk "sign in".
TENSION!!!!!
Ibu xpasti ibu sorg ke yang alami masalah ni.
Bila jejalan rumah kekwn pn xleh tinggalkan jejak.
Petang ni baru boleh "sign in" n  update blog.
Nasib baik pagi tadi ibu sempat update blog PSS dan blog Panitia PSV.
Kebetulan n3 dh siap buat kat rumah cuma set masa utk terbitkan sebelah pagi.
Tapi perlu disemak juga sebelum loceng berbunyi...

Blog family xkisah sangat ttp kedua2 blog PSS n PSV perlu 
di update kerana sumber rujukkan warga sk ibu.
Alhamdulillah baru jap boleh sign in ttp dh nk Maghrib....

29 April 2011

Entah Bila ???????????

Entah bila agaknya hajat ibu tercapai.
Hajat yg ibu pendam hampir 12 tahun.
Ingin menduduki rumah pertama yg dibina 12 thn lepas.
Sejak rumah itu terbina mmg kami langsung xbrpeluang utk tinggal di sana.
Sedihkan!!!!!!

Setelah siap dibina 12 thn lepas, hampir 3 thn rumah ni xberpenghuni.
Sesekali masa holiday rumah ni jadi umpama rumah persinggahan.
2 pun jarang sgt ibu tidur kt sana cz bila balik cuti mesti
mama nakkan ibu n anak2 sentiasa disisinya.

Ibu terpaksa mengambil keputusan utk disewakan...
Adat rumah yg disewakan.
Banyak kerosakkn berlaku.
Pernah dipecah masuk dan habis lampu2, candeliar n kipas2 dicuri.

 gambar yg disnap 12 thn  lepas.....!!!!!

  Dan akhirnya adik ibu jadi penyelamat.
Rumah ibu ni diduduki oleh adik ibu Dr Ahmad Zakimi n family..
Sekurg2nya kami berpeluang utk menjejak kaki ke rumah ini...
Tapi rumah baru  mrk dh siap n mungkin rumah ibu ni
akan trbiar kosong utk kesekian kalinya.

Mmg terkilan rasa hati ttp apakan daya.
tempat isteri disisi suami.
Tapi sejak akhir2 ni mcm2 bisikan2 dtg menganggu.
Seolah2 mendesak dan terus mendesak ibu utk kembali ke kg.
Makin ibu melawan makin kuat ujian ini dtg.

Dan Ayah..
Utk masa ni mmg xboleh kluar dr Negeri Johor.
Ayah xboleh lepaskan jawatan2 pnting dlm NGO.
Dan bila fikir2kan, 
Camne kesudahannya???????
Adakah ibu perlu terus menghuni di rumah skrg
sedangkan hati ini seolah2 memberontak n merontar2 ingin menetap di sana...
ENTAHLAH!!!!!!
Hanya takdir yg akan menentukan.......

25 April 2011

Hish!!!!! sakit hati....

Kenapalah line tenet hari ni teruk benor.
Kat SK after pukul 11.00 pagi dh putus terus.
Balik rumah pun sama.
Macam siput sedutttttttttt!!!!!
Jap 'off' jap 'on'....
Xpasal2 lappy jadi mangsa kena baling nnti....
Tensi...tensi.....

6 April 2011

Apakah Ini??????...

Mood xde + idea melayang + bosan.
Itulah perasaan ibu kebelakangan nie.
Semua yang ada disekeliling rasa mcm xde yg menarik.
Kalu boleh nak pejam je mata sampai bila2.
Rasa xnk bangun2 lagi....

Sebelum ni ibu dikategori workerholic oleh kawan2 n keluarga.
Kerja..kerja..kerja...
W.pun bersembang dgn kawan2 pn tangan ibu bergerak2...
Ada je kerja yang akan ibu lakukan....
Tapi kebelakangan nie rasa mcm nk letak jawatan.
Tiba2 rasa nk berhenti kerja.
Setiap pagi celek je mata ibu akan cakap kat ayah
"BANG, Y NAK BERHENTI KERJA!!!!!"
Rasa nak pergi jauh..jauh dari kenyataan...
Ingin memencil diri dari orang ramai.
Rasa ingin menyendiri.....
Biarpun diri ini kuat melawan.....
APAKAH INI??????????



23 Mac 2011

Alhamdulillah....

Hari ini ibu rasa ok sikit dari hari2 semalam.
Keadaan emosi dh agak tenang cikit.
Mungkin keadaan ibu agak bertambah stabil.
Sebenarnya last week ibu berpeluang berubat dengan 
Darul Syifa.
Dan masih mengamalkan apa yg dibekalkan....
Dan setiap kali ibu pergi berubat,
yang pastinya sakit ibu akan makin teruk.
Badan ibu akan jadi lemah,
Xbermaya,
Semangat pudar..
Setiap sendi ibu seakan2 dicucuk jarum2 yg tajam..
Seolah2 macam sesuatu sedang melawan...
Semasa proses berubat dijalankan,
sakitnya xboleh nk ibu ceritakan.
Bagai dicucuk dgn paku yg tajam disetiap sendi2, mata n telinga....

2 yg membuat ibu hampir berputus asa utk pergi berubat w.pun 
ayah xjemu2 membawa ibu ke mana saja yg kawan2 syorkan...
ibu dh xdaya melawan kesakitan demi kesakitan.
Malah kesakitan tu makin xtrtanggung setiap kembalinya ibu dr berubat.
Dan menurut tempat2 yg ibu pergi berubat, kesakitan 
yang ibu alami tu akibat dilawan balik oleh seseorg yg " menghantar" pd kami.

Seminggu ibu cuba melawan dan rasanya hampir tewas.
Dan semalam ibu pergi lagi berjumpa dgn seorg Ustaz.
Sebelum melangkah keluar bnyak halangan yg mendatang.
Ibu kuatkan juga melangkah...
Sedih bila mendengar kata2nya..
"Mungkin Benda yg dituju tu dh sebati dlm diri ayah n ibu".
Sedih memikirkan ttp kami akan tetap berikhtiar.
Sokongan dr keluarga n kawan2 menguatkan kembali semangat ibu yg hampir berkubur.
Dan segalanya ibu berserah pada takdir yg Maha Esa.

20 Mac 2011

Terus diuji.........

Terima kasih teman krn memberi kata2 semangat.
Disaat diri dalam tekanan n kekusutan.
Bertahun2  menanggung penderitaan ini.
Diberi kekuatan n semangat oleh tersayang.
Tapi trkdg kami sama2 hampir tewas....

Tidak tahu bagaimana ingin menyatakan kekusutan ini.
Bertahun2 melawan kesakitan n kesengsaraan kerana perbuatan orang.
Namun, terpaksa tempuhi juga dengan tabah demi insan2 tersayang.
Terkadang diri ini rasa hampir rebah trsungkur.
Terkdg rasanya sudah tidak ada daya dan upaya.
Terkdg rasa  ingin pergi jauh....
Diri ini xpasti kenapa ada insan yg xsenang di atas kebahgiaan kami.
Ada insan yg ingin memisahkan kami.
Ada insan ingin merampas semua ini....

Sudah puas kami brikhtiar..
Sudah puas kami berubat...
Sudah puas kami lakukan yg trdaya...
Sudah puas airmata ini tumpah...
Namun terkadang diri ini rasa sudah tewas.
Sudah xdaya melawan...
Seolah2 ingin rasanya menyerah kalah dan berundur..
Rasanya hampir tersungkur....
Dan skrg  hanya berserah pada takdirNya..

Tidak jemu2 berdoa...
Xjemu2 berzikir..
Ayat2 suci dijadikan amalan harian..
Namun Allah masih terus menguji.
Menguji dan menguji....
Dan skrg hanya mampu berserah....
Biar masa yg akan menentukan segalanya....
Doakan Kebahgiaan kami!!!!!

18 Mac 2011

Menyepi Seketika....

Menyepi seketika.
Untuk mencari kekuatan diri.
Dikala hadapi kesukaran ini.
Ya Allah berikan Aku ketabahan.
Berikanlah Aku kekuatan dalam menempuhi ujianMu.
Berilh Aku petunjuk utk memilih yg terbaik....
Kerana sesungguhnya Kau tidak pernah sedetik pn melupakan Aku...

Terima kasih ayah,
Kerana tidak jemu2..
Memberi kata2 semangat..
Menyapu airmata yg xhenti2 menitis...
Memeluk diri ini dikala sudah hampir hilang kekuatan....

Buat teman2..
Maaf krn buat seketika..
Ibu trpaksa menyepi..
Untuk mencari kembali..
kekuatan diri yg hampir hilang....

16 Mac 2011

Pasrah!!!!!!

Xtau nk tulis apa pagi ni.
Gembira, sedih, terkilan, pasrah, redha....
Ibu terima segala takdir hidup ini.
Biarpun di depan, ibu harus tempuhi liku2 hidup.
PAHIT dan MANIS !!!!
Ibu hanya insan lemah yg serba kekurangan.
Ibu xmampu membahgiakan semua orang.
Walaupun selama ini ibu telah byk brkorban demi kebahagiaan org lain.
Namun disebalik pengorbanan ibu,
tanpa ibu sedari, ada hati yg terluka n rasa dirinya terpinggir.
Maafkan ibu, kerana ibu hanyalh insan lemah yg serba kekurangan..
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan utk hadapi semua ini!!!!
Amin!!!!

11 Mac 2011

Fobia dengan Cuti...

Dulu ibulh orang yg paling bahagia bila datangnya cuti.
Saban waktu menghitung hari...
Dan ayahlah yg juga menyibuk nk balik kg ibu.
2 kisah  bbrapa tahun lepas.
Tapi segalanya berubah kini.
Ibulh orang yg paling sedih setiap kali dtgnya cuti.

Tapi apakan daya keadaan berubah n ibu terpaksa redha dgn perubahan berlaku.
Banyak faktor yg menghalang kami utk brcuti seperti dulu.
1. Anak2 ibu dh makin membesar n mereka perlu menumpukan sepenuh perhatian pd pelajaran.
dan perlu hadiri tuisyen yg cikgu2 mrk anjurkan sewaktu cuti.
Dan anak2 ibu hnya brgantung kpd tuisyen yg cikgu mrk anjurkan semata2...
2. Ayah dh xmcm dulu.
Masa ayah dh banyak dihabiskan dgn tugas2 yg padat.
Masa bersama kami pn dh agak terbatas.
Setiap kali cuti ayah harus terbang ke sana sini.
Apakan daya...ibu trpaksa redha.

Tinggallah ibu sendiri menguruskan anak2.
Sedih mmg sedih ttp apa boleh ibu buat.
Ibu bukan jenis yang tahu merungut...
Ibu xpandai meluahkan kesedihan hati dgn brkata2.
Ibu bukan jenis seorang yg suka memberontak.
Bukan ibu nk menunjukkan kebaikan ibu.
Tapi itulh realiti...
Ibu suka memendam rasa n sukar utk brkongsi kesedihan
w.pn dh org2 trdekat.
Ibu suka bawa hati n kesedihan dgn brdiam diri.

Terkadang hanya airmata yg mampu ibu curahkan.
Bila kerinduan kpd mama n abah membuak2...
Terkdg rasa begitu sedih krn xmampu brbakti utk mrk.
Di saat mrk tramat memerlukan ibu, ibu xmampu brada disisi...
Dan ibu masih ingat pesan mama,
Mama ingin melihat ketiga2 anak perempuanya
 menjadi cikgu.
Kata mama, senang cz kami boleh sentiasa berada di sisinya.....

Dan utk kesekian kalinya cuti dtg lagi.
Dan utk kesekian kalinya ayah terbang lagi.
Tinggallah ibu bersama anak2 di sini.
Menjalani rutin yg entah bila ada kesudahannya....
Maaf, n3 sedikit emo!!!!!!

10 Mac 2011

Alahai Kesian.....

Bila abis je peperiksaan sesuatu subjek...
dengan gigihnya cikgu2 menyemak kertas2 jawapan.

Seperti yang ibu cakap..
Ada berbagai2 situasi yang melanda:
1. situasi yg positif:
hepi, gembira, bahagia, kagum, bangga

2. Situasi negetif: 
tersentap, sedih, sengsara, terkedu, bercelaru, kasihan, terkilan,simpati....

Itulh realiti naluri seorang guru.
Bahagia jika anak2 didiknya berjaya n cemerlang.
Kecewa bila apa yg disampaikan xsepenuhnya menusuk ke hati anak2 didik.
Anak sendiri pn xmendapat perhatian seperti yg diberikan kepada anak2 didik.

Dan yang paling sedih n amat2 terkilan bila
soalan2 yang diperolehi dr pihak2 tertentu xsetanding dgn pemikiran murid2
dari segi umur dan kematangan mrk......
Dan saat inilh bila kami sedang menjamu selera dikantin akan terkeluarkan luahan2 hati..
Nada2 kecewa n sedih...
Bila seolah2 soalan2 tu "Syok sndiri..."
Bukan utk membantu memperkembangan kemahiran ttp cenderung ke arah menguji semata2.....
Tapi apakan daya n siapalh kita yg kecil ini utk menyalak gunung.
Sekadar meluahkan sesama insan yg memahami dan mengalami.
Seolah2 apa yg diberi kpd anak2 didik tu xsetimpal dgn tenaga..

Wahai anak2 muridku:
Sesungguhnya cikgu bersimpati dgn kalian ttp apakan daya........
Siapalah cikgu2 kalian ini.........
Atau mungkin cikgu xpandai mendidik kamu sebaik mungkin.
Apa yg cikgu sampaikan xsepenuhnya melekat di minda...
Dan cikgu memahami keadaaan kalian.
Kalian jauh berbeza dan bergantung semata2 kpd cikgu2 di sekolah.
Tapi kalian tetap cemerlang sebagai mana org2 yg di luar sana....
.
Yang pasti hanya Allah saja yg tahu jauh di sudut hati cikgu,
kalianlh yg utama n permata yg amat2 berharga...........

sesi menanda kertas murid2 bermula......

9 Mac 2011

Exam Bermula....

Smlm UPPM 1 (Ujian Pengesanan Prestasi Murid) brmula.
So aman la sekolah cz xde la suara jerit pekik seketika
kecuali waktu rehat.
Dan cikgu2nya lapang la ckit cz juz jadi "jaga" je kt kelas.
Utk seketika xde la cikgu-cikgu dok uji suara kt kelas.

After selesai UPPM ni brmula la tugas cikgu2.
Mula la masing2 duduk dgn kusyuk.
Leka mengerakkan pen2 merah.
Menari2 di atas kertas2 jawapan.

Time tulh mula cikgu2 menunjukkan mcm2 jenis muka.
muka serius,
muka seronok,
muka stress,
muka frust,
senyum sorg2,
ckp sorg2
bebel sorg2,
puji, marah, terkilan, sedih, gembira........
Ada yg diserang migrin, 
Ada yg rasa nk makan org..
Ada yg nk jadi pontianak..

Dan anak2 murid:
Langsung macam org xde perasaan!!!!!
 

8 Mac 2011

Berita Sedih + Berita Gembira.....

Kisah sedih sebalik Outing!!!!!!


BERITA SEDIH:
Kamera kesayangan ibu  
HILANG!!!!!!!
Angkara Ayah.

Kisahnya:
Masa Naurah n Farouk nk kluar ke Tjg Emas
ibu suruh Naurah bawa kamera ibu.
Masa kt Tanjung Emas, ayah dok sibuk guna DRLR n trlupa letak
kamera ibu kt mana.
mentang2 la kamera ibu kecik n murah...
Puas cari merata2 ttp xjumpa.....

BERITA GEMBIRA
Bila kamera ibu hilang ayah terus je ke
PC Fair kt Dewan Jubli Intan Muar.
Terus beli kamera baru ganti kamera ibu yg hilang.
Menurut kata Naurah,
seboleh2nya ayah mencari kamera yg spesis sama ttp xjumpa.

Mmg ibu xtau cerita pn ttg kehilangan kamera kesayangan ibu tu.
Balik2 Naurah meluru dapatkan ibu.
Mula2 mmg ibu sedih sgt2..
Rasa nk nangis....
SEDIH cz byk gambar2 kenangan kt dlm tu.
Ada sebahagian besar masih xsmpt ibu masukkn kt lappy.
hu.hu.hu...sedih sgt2....
Bila Naurah keluarkan kamera baru tiba2 ibu senggeh sorg2.

Tapi dijauh sudut hati ibu mmg rasa sgt2 trkilan.
W.pn ayah dh gantikan yg baru ttp yg lama masih menghantaui...
Sedih cz byk gmbar kenangan hilang begitu saja..
nilh kamera baru yg ayah belikan...
Beli kt PC Fair dpt disc 40%
So dptlh dlm RM520 ....
Lebih ringan dr cik hitam ibu......
Tapi hati ttp sedih meratapi kehilanganmu.......
cik hitam!!!!

p/s:
Ibu dengar cerita,
nyonya yg kemalangan smlm (klik sini)meninggal ditempat kejadian...
Terbayang2 lagi wajah dia semasa diangkat pemandu lori.
Masa tu dia masih sedar.xde pndarahan langsung.
Mayb cedera dlman.

23 Februari 2011

Alahai Fail...Fail....

Last week g bengkel, Hari Isnin berbengkel lagi.
Biasa la, tugas seorg guru.
Mmg xboleh lari dr hadiri kursus..bengkel..mesyuarat..
yang xpernah putus.

Dan balik dr bengkel, 
seperti biasa kami dibekalkan dengan buah tangan...
Bukan buah tangan mcm g jemputan ye ttp buah tangan
dalam bentuk tugasan yang perlu dilangsaikan.
 Kat kelas, trpaksa kejar P&P yg tertangguh.

So balik dr berbengkel semalam, 
ibu adakan perintah berkurung + betapa lagi.
Tugasan bengkel yg minggu lepas pn belum siap dan
tambah lagi tugasan yg baru.....

So hari ni bermula lagi operasi sepah menyepah, 
selongkar menyelongkar apa yg patut.
Dan paling ibu nk gelak guling2 (yelh tu...)
.Sistem fail PSS lak kena rombak lagi...
(Agak2nya org2 nun xde kerja ekkk?????..)




Seronok sgt2..Hanya Allah yg tahu camne perasaan ini.

Sabarlh wahai hati.
Jangan cepat melatah.
Xpasal2 nnti kena heart attack...
Sapa yg susah?????
Think positif.

Jangan byk merungut.
Xde guna  naik hangin.
Yang kelakar, baru 2 thn lepas minta 15 buah Fail....
Pagi petang..siang... mlm ibu dok p sekolah siapkan semua tu.
Xcukup kt sekolah, angkut bawa balik rumah....
Tup..tup..tup...nk 6 buah lak.
Kelakarkan....
Xpelh, sabarlh hati....!!!!!!
"SAYA MENURUT PERINTAH"

11 Februari 2011

Bilik ke Stor nie???????

Tuan2...Puan2....
Jangan terperanjat lak ye.
Meh tengok sini...




v


v

v

v

v

v
Tara......
Ini ibu BILIK KERJA kt sekolah..

Cantikkan...kan...kan...
Hu.hu.hu.hu.....
Mengalahkan sarang tikus.
Sama la dgn kepala otak ibu yg tengah berserabut nie.
Xmenang tangan nk kerjakan tu.
So ibu biarkan berselerakan.
Dan mmg berselerak pnnnn......

Kawan2 yg masuk pn terperanjat beruk.
"Apasal ni Y...ko ngamuk ek???"
Ibu jz senyum2 sumbing + kambing....
Buat muka seposen + slamber...
Ah...perdulikan!!!!

Gitulh kerja cikgu2 nie.
Mmg xglemer cam org lain.
Kat mana ada kertas + fail + buku.....

Kalulh cikgu ni diberi pembantu
utk buat kerja2 sampingan tu...
Alangkah bestnya...
Beban tugas sampingan mengalahkan kerja2 mengajar....
Dah xabis2 berangan ibu nie....
Mmg ibu dh nekad n bertekad jadi cikgu.
So jangan byk songeh.....


2 kotak majalah langganan Naurah n farouk ibu sedekahkan utk PSS.
Ibu masukkan dlm kotak limau mandarin.
Pagi2 berebut2 anak2 murid nk ambil kotak2 tu.
Agaknya mrk ingatkan cikgunya nie nk bagi buah limau kot..
Wakaka.....kesian anak2 murid cikgu yg tertipah tertipu.....
Ibu biarkan berselerak cz belum siap dicop n diproses lg.....

ni lagi satu....
Sistem fail..
Arahan pihak atasan:
Jap nk 5 buah....dh siapkan!!!!!
Jap nk 10 buah...ok bos dh siap..!!!!.
TIBA2.......
Keluar arahan terkini nk 7 buah lak makcik....
Nk kurangkan tugas n beban Pengerusi panitia n cikgu cikgi..
Byklh kurang....
Maunya kurang cz fail tu kena rombak balik....
Ok ibu....redha..ikhlas...terima seadanya...hu.hu.hu....



lesson note utk next week belum siappppppppppppppp!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sabo ye...jap lagi!!!!!

buku2 PSS dok tunggu nk diproses Automasi...
Sabar ye...sabar.....

Camni rasa nk je pindah dok sekolah...
Senang, xpyh angkut kerja2 tu balik rumah...
Agak2 ada lg ke bilik kosong kt sekolah nie......?????

1 Februari 2011

Akibat banjir kami terpaksa akur.......

After Zohor Along n Angah selamat pulang ke rumah setelah 3 hari 2 mlm
menghadiri program PKS di SK n Taman herba Nasuha.
Terus kami bertolak utk pulang ke kg.
Ibu mmg rasa xsedap dr smlm.

Kesian tengokkan farouk n Naurah yg beria2 nk blk kg,
ibu trpaksa mengalah.
Kami meneruskan juga perjalanan dlm hujan.
Sepanjang perjalanan parit2 dilimpahi air.
Hujan turun xhenti-henti.....

Kami melintasi Gunung Ledang menuju ke Jementah
dalam hujan yang agak lebat..
Lebik kurang 1 jam perjalanan,

Setibanya kami di Lubuk Badan.....
Kami lihat byk kereta yg mula terperangkap ditengah2 jalan raya.
Semua kereta2 tu terpaksa berhenti ditengah jalan
akibat air mula melimpah dgn cepatnya.
Banyak diantaranya berpatah balik ke jementah.

Xsatu pn kereta yang berani meredah air
kerana arusnya yg deras n dalam.
Boleh tahan juga ke dalaman air tu,
memandangkan sebuah lori dh tersangkut di dalam air.
Redha dgn keadaan, kami terpaksa akur n berpatah balik.

Xpelh, mungkin ada rahmat disebalik kesukaran ini.

pic yg sempat ibu snap dlm kereta.
Kereta2 tersadai akibat air melimpah di atas jalan raya.
Lebih kurg 13 km menghala ke Segamat.

seorang budak yg frust.....
Berjurai2 airmata Farouk
bila hajat nk jumpa atuk mama n atuk ayah xtrcapai....



kakak pn sedih ttp sempat control ayu...
Kesian anak2 ibu.
Xpelh nak, Insyallah jika diberi kesempatan
kita akan pulang ke kampung.
Apa nk buatkan ,
keadaaan tidak mengizinkan kita meneruskan perjalanan.


Dan akhirnya kami melencong ke suatu tempat utk redakan kekecewaan hati......
n3 bersambung...tunggu!!!!!!!!

p/s:
Buat 2 org cousin ibu yg akan berkahwin esok n lusa di
Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan.
Maafkan akak kerana xsempat meraikan hari bahagia Muni n Jaja.
Akak doakan moga kalian bahagia selamanya.

Update Muhd Khairul di Mesir:
Ptg smlm Khairul smpt menghubungi abah dlm talian yg trputus2..
Katanya dia selamat dan hanya brkurung di dlm bilik.
Bekalan makanan dh melambung berganda2..

31 Januari 2011

Dalam Dilema.....

Sampai saat ibu menaip n3 nie hujan turun xhenti2.
Seingat ibu dh 3-4 hari hujan berterusan.
Rasanya seluruh Johor dilanda hujan.
Ada beberapa kawasan telah dilanda banjir.
Yang paling ibu risau area Segamat.

Niat hari after Zohor nk berangkat pulang ke kg.
Dah siap packing semua brg.
Dah beli brg2 yg mama n adik pesan.
Hati berbelah bagi.
Antara ingin teruskan niat hati atau
batalkan rancangan disaat akhir.

Hati terlalu ingin pulang.
Ingin menjenguk mama yg xsihat.
Tapi hati rasa xsedap jerrr.
Mcm2 yg ibu fikirkan.
Tentang adik nun jauh di Mesir
dan ttg kesihatan mama.
Sekurang2nya kalu ibu pulang ,
Ibu boleh legakan ckit hati mama n abah.

Perjalanan bukan dekat.
Paling cepat 10 jam baru sampai.
Perlu lalui daerah Segamat.

Entahlah...tinggal bbrapa jam lagi.
Ibu hanya berserah n pasrah.
Terpaksa mengikut gerak hati..
Ya Allah...berilah aku petunjuk.......


keadaan banjir di Labis-Segamat

p/s:
Adik ibu Muhammad Khairul Anuar smpat call abah bbrapa saat dr Mesir.
Terpaksa memanjat meja utk mendapat line tel.
Katanya nk beli mknan pn dh susah.
Situasi mkn kucar kacir.
Seorg cousin ibu ( pompuan) dh kehabisan stok duit utk membeli makanan.
Bank dh xberoperasi..
Moga mereka dilindungi Allah.....

27 Januari 2011

Xsihat ke??????

Dalam 3-4 hari nie ibu rasa lappy ibu mcm xsihat jerrr....
Mcm org demam.
Asyik hang je manjang.
Risau gak ibu, cz nilh teman terbaik ibu.
Nyawa ibu.
Segala khazanah ada kt sini.
Sambil wat kerja smbil layan tenet.
Byk lg kerja2 yg perlu diedit.

Bila ibu fikir2 baru ibu teringat.
Puncanya sorg kwn ibu nie pinjam pen-drive ibu.
Xbagi salah, dh bagi lg rasa bersalah....

Entah kt mana dia cucuk bnde alah tu.
Dh pinjam xtau nk pulang2.
Bila ibu masuk makmal komputer kt Sk
tgk pen-drive ibu terbuai2 kt PC.
Entah dh brapa lama la dok bertapa kt situ.
Nasib baik xhilang.
Kt dlm tu mcm2 bahan yg trsimpan.
Tapi yg geram tu bawa byk penyakit berjangkit lak.

Sekali buka,
Mak oiiiiiii...membiak mcm2 virus + bakteria + kuman.
Dan anti-virus lappy ibu lak dh hampir nk nazak.
Apa lg, sronok la sang virus dok bermaharaja lela.
Bersuka ria la kt lappy ibu.
Siap bina pasukan pon-pon girls lg....

Dan xpasal2 hari nie terpaksa la lappy ibu kena reformat.
Habis program yg ibu install...
TENSION sungguh!!!!!!

baru sembuh......

hilangkan stress dgn bnde alah nie......
sedar2 dh abis 3 biji skali ibu tibai.......

About me