Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label KAUM KERABAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KAUM KERABAT. Papar semua catatan

26 Julai 2013

Ramadhan 16 dan 17-Kami diuji

Semalam ibu diuji dengan berita yang kurang baik.
Ayah tiba-tiba sesak nafas dan sakit dada ditempat kerja.
Dan akhirnya ayah ditahan di wad.

Bergegas ibu ke sana kerana sebelum ini ayah
seorang yang sihat.
Ayah juga amat menjaga pemakanan berbanding ibu yang
tibai apa saja didepan mata.
Bila ayah maklumkan penyakit yang dihidapinya ibu terkedu.
Mungkin ayah penat dan stress dengan kerja.
Memang sejak akhir-akhir ini ayah terlalu sibuk dengan urusan kerja.

Yang paling sedih bila setiap kali ibu ke hospital macam-macam ayah pesan.
Ayah buat hati ibu risau.
Katanya bila keluar wad nanti ayah teringin sangat nak bawa
kami shopping baju raya kat KL.
Sebak pulak ibu tiba-tiba.
Doakan moga ayah cepat sembuh dan dapat kembali ke pangkuan
kami dengan sihat........

23 Mei 2013

Baby Baru Ayah.

Wah tergugat ibu dengan tajuk tu...
Tak delah, sebenarnya ayah beli benda alah ni.
Dah seminggu pun.

Ibu pun tak tahu, Baby yang entah ke berapa.
Kamera digital dah ada 4 bijik, DSLR dah jadi gajah putih dan beli pulak en canon nie. 
Ayah ni kalau dah beli sesuatu memang leka.
Sweet pulak ibu tengok dok tilik2 benda alah tu.
Macam kanak-kanak ribena yang baru dapat mainan gitu.

Dan model kat rumah dah makin pupus.
Kalau dulu Naurah dah Farouk la jadi model tapi sekarang model dah tak bagi kerjasama.
So sekarang kami kena berhati-hati sebab ada je orang curi-curi candid gambar kami....huhuhu....

p/s:
Aduyai...ayah OT lagi....huhuhu....

1 April 2013

Mohon Doa Dari Kalian....

Ibu terpanggil untuk membuat n3 untuk adik kesayangan ibu di seberang lautan.
Terlalu banyak ujian dan dugaan yang telah dilalui oleh adik Yu.
Adik Yu merupakan salah seorang pelajar cemerlang di universiti perubatannya.
Adik Yu tiada masalah dalam pelajaran kerana setiap kali dia duduki peperiksaan
dia sentiasa hadiahkan kami dengan khabar gembira.
Sekarang adik Yu berada ditahun akhir dan InsyaAllah tidak berapa lama
lagi akan bergelar doktor.....

Cuma adik Yu sering diuji dengan masalah kesihatan dan masalah sampingan.
Saat ini keadaan kesihatannya banyak menganggu kehidupan sehari-harinya.
Hati seorang kakak, sering resah, sedih, sayu, gelisah dan perit bila memikirkan
keadaan adik Yu yang jauh beribu batu.

Tiada apa yang mampu ibu lakukan selain berdoa dan berdoa.
Kalau diikutkan hati ingin ibu terbang ke sana untuk bersama-samanya.
Terlalu berat ujian dan dugaan yang adik Yu perlu harungi.
Allah menguji kerana Allah tahu dia mampu hadapi semua itu.
Tapi terkadang dia tewas juga bila hidup sendirian diperantauan.


Cuma satu permintaan ibu.
Mohon sama-sama berdoa secara tulus dan ikhlas buat adik Yu.
Semoga sedikit sebanyak doa-doa ini mampu mengurangkan penderitaan yang ditanggungnya.

Al-Fatihah untuk Muhammad Khairul Anuar B Abdullah
Ya Allah..Aku mohon padaMu,
Kau lindungilah Muhammad Khairul Anuar,
Kau lindungilah Muhanmmad Khairul Anuar dari segala perasaan hasad dengki,
Kau lindungilah Muhanmmad Khairul Anuar dari orang yang busuk hati,
Kau lindungilah Muhanmmad Khairul Anuar dari segala kesukaran, kesulitan dan kesusahan,
Kau sembuhkanlah Muhanmmad Khairul Anuar dari segala penyakit yang ditanggungnya,
Kau permudahkanlah segala urusan Muhammad Khairul Anuar di sana,
Kau limpahilah kasih sayangMu kepada Muhammad Khairul Anuar.
Kau kuatkan hatinya, semangatnya dan ketabahannya melalui setiap ujian dariMu Ya Allah.
semoga Muhammad Khairul Anuar terus dikuatkan iman dan semangatnya.
Ya Allah........semoga Muhammad Khairul Anuar sentiasa dibawah limpahan kasih sayangMu.
Amin..amin..amin..Ya RabilAlamin....

p/s:
Tak dapat nak ibu luahkan bagaimana perasaan ibu saat ini...............


28 Januari 2013

Wajah Ini Sumber Kekuatan Ibu...

2 wajah comel ini sering ibu rindui.
Mereka alami nasib yang sama suatu ketika dulu.
Pernah bertarung nyawa untuk hidup.
Walaupun harapan untuk hidup 50% namum mereka tetap melawan
bersama iringi doa ahli  keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan.

Kagum ibu dengan ketabahan dan kekuatan yang mereka  berdua lalui.
Mereka berdua alami nasib yang sama.
Mereka berdua lahir pada tahun yang sama.
Mereka berdua anak buah kesayangan ibu.
Dan mereka berdua jadi inspirasi ibu untuk berjuang dalam sebuah kehidupn yang penuh ranjau.

 Wajah ceria ini amat membahagiakan ibu.
Siapa sangka, anak kecil ini yang suatu ketika dulu bertarung untuk hidup di ICU 
kini mampu ketawa riang....
Kisah Qaisara Balqis... Klik sini.

Baby Affan sebaya dengan Baby Balqis cuma berbeza bulan.
Ibu hanya mampu bersua dengan Affan hanya seketika ketika menjemputnya
di airport tempohari.
Rindu untuk memeluk dan mengucup pipi Affan yang gebu......
Baby Affan juga pernah terlantar di ICU kerana alami masalah paru-paru.
 Kisah Baby Affan bertarung nyawa...Klik SINI
Ibu kagum dengan semangat Affan yang begitu kuat......

Gambar terkini semasa kami di balai berlepas menunggu penerbangan ke Vietnam pada 3 minggu lepas....

Selamat ulang tahun pertama sayangku Balqis....24.1.2013.

Ibu doakan agar Balqis dan Affan terus sihat dan membesar dengan sihat.....Amin.
Kalian berdua sumber kekuatan ibu.......

28 November 2012

Cepatnya "Dia" Pergi...

Petang semalam ibu dikejutkan dengan panggilan telefon dari abah di kampung.
Abah maklumkan besannya yang tinggal di Kluang meninggal.
Tersentap ibu...Tak sangka secepat itu Achik Mashitah pergi di usia menjangkau 54 tahun.
Lebih kurang pukul 6 petang ayah balik dan suruh kami bersiap.

Perjalanan dari BG ke Kluang memakan masa lebih kurang  1jam 45 minit.
Itu pun kami ikut highway.
Lagipun sekarang musim cuti sekolah dan highway agak sesak...
Kami singgah solat Maghrib dan sampai di sana dah dekat Isyak.

Sempatlah kami bertahlil.
Sedih melihatkan Pakcik Baha yang seolah-olah tidak  
dapat menerima berita pemergian isteri tercinta.
Dia bersandar di tepi dinding dan menangis........
Adik ipar ibu (anak arwah) memeluk ibu erat dan menangis.....
Ibu pun rasa amat sedih kerana tak sangka Achik Mashitah pergi secepat ini......

Selesai tahlil lebih kurang pukul 10 malam kami meminta diri untuk pulang
kerana ayah ada urusan awal pagi esoknya.
Sampai rumah dah dekat pukul 12 malam.....

Al-Fatihah, semoga keluarga Pakcik Baha tabah dan redha dengan
ketentuan ini.
Dan semoga Achik Mashitah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....
Aminn.....
Hingga saat ini masih terbayang wajah tenang Achik Mashitah.....huhuhu....

p/s: 
Perhatian kpd  "nrina". Akak dah pergi terjah
blog nrina tapi tak boleh masuk sebab ada virus malvare tadi.....mohon maaf
di atas kesukaran.....

31 Ogos 2012

Sepupu dan Anak Saudara..

Semasa cuti Hari Raya ada 2 majlis besar dalam family ibu dan ayah.
Raya ke 3 sepupu sebelah ibu kawin di Rantau Panjang.
Kebetulan rumah mama dan abah ada open house pada hari yang sama.
Kaum kerabat yang datang beraya melebihi 200 orang.
2 belum lagi di kira raya pertama, ke 2 dan seterusnya.
BAYANGkan!!!!
Maklum la abah bergelar "tok guru" setelah bersara dari gomen.....

Nasib baik kami tempah je lauk pauk berupa 
nasi beriyani + gulai kambing + percik ayam dan makanan sampingan lain.
Setiap kali raya memang ibu dan adik beradik tak masak.
Sejak raya pertama lagi kami tempah satey untuk di jamu kepada tetamu....
Ibu dan adik sekadar rebus ketupat dan masak lodeh + sambal goreng + rendang ayam
DASAR PEM*L*S....HEHEHE.......
Tapi masak la juga tu kanzzzz......

Lebih kurang lepas Asar baru kami bergerak ke Rantau Panjang.
Jarak rumah ibu ke Rantau Panjang lebih kurang 20 km je tetapi kami terperangkap
dalam kesesakan lalu lintas yang teruk...huhuhu....

 Cousin ibu, pengantin perempuan.
Bakal bergelar seorang cikgu....
Suaminya tu adalah rakan ayah semasa di UKM dulu....

 Moga adik Siti dan suami bahagia hingga ke syurga.....
Gambar ni ibu kidnap daripada FB rakan adik Siti.
Raya ni mood nak tangkap gambar ke laut.

Raya ke 5 kami dah terpaksa balik ke Johor.
Anak-anak sedih kerana kali ni tak puas beraya di kampung.
Apa nak buatkan, sebab raya ke 6 anak saudara sebelah ayah pula kawin.
Perjalanan selama 12 jam amat memenatkan.
Sampai  Johor dah lewat petang.
Itu pun jalan belum jem lagi.
Semasa tiba rewang dah bermula di rumah SIL  yang terletak selang sebuah rumah je
dari rumah ibu.

 Raya ke 7 majlis bertandang rumah pengantin lelaki.
Posing jap.
Badan ibu dah mula mengembang akibat makan sampai lupa diri.....
Muka ibu yang tidak pandai senyum bila bergambar.
Sebab tu orang yang tak kenal ibu kata ibu sombong...huhuhu.....

Naurah dan Farouk sempat bergambar dengan cousinnya Kak Diana.

Penganting lama vs pengantin baru.
Ada sekeping je gambar kami semasa di majlis tu.
Gambar ni pun ibu kidnap daripada blog biras ibu, Mayana....
TQSM Yana....

 Kakak Naurah semasa acara tabur2 gula-gula dan duit syilling.
Aduh aiiii....sakit juga bila duit2 silling tu terkena pipi tembam ibu nie.....hahaha...

 Posing sebelum bertolak ke majlis bertandang....
Model sorang ni kuat melaram.....

 Dua orang ni la yang sering ikut ibu dan ayah ke majlis-majlis yang diadakan.
3F dah susah nak pujuk.....

 Sabar menanti rombongan yang sedang kecoh menyiapkan keperluan sebelum berangkat....

SELAMAT PENGANTIN BARU.
MOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA.
INGATLAH SETIAP IKATAN PERKAHWINAN DIPENUHI
RANJAU DAN UJIAN.
ADA KALA BAHAGIA..ADA KALA DUKA.
YANG PASTI HANYA PADA ALLAH TEMPAT KITA 
MENGADU DAN MENGUCAP BERSYUKUR.

29 Ogos 2012

Mangsa Salah Sangka.

Ce cuba lihat anak-anak dara ibu ni.
Keluar berdating dengan 2 orang jejaka terhangat.
Adakah ibu dan ayah biarkan aje mereka begitu?

  Itulah yang sering terjadi.
Berlaku salah sangka.
Mereka dianggap pasangan bercinta.
Keluar berpasang-pasangan.
Pernah kena tegur oleh cikgu dan rakan-rakan.
Pernah dihentam oleh rakan-rakan bila melihat gambar2 mereka di FB.

Ibu tak salahkan sesiapa.
Mereka keluar dengan "Bapa Saudara" mereka sendiri.
Darah daging mereka.
2 orang jejaka terhangat itu adik ibu.
Mungkin umur mereka tidak jauh beza.
Selisih umur antara 2-3-4 tahun sahaja.
Maklum la si kakaknya (ibu) gatal kawin muda.....huhuhu....
Mama menerima menantu diawal usia 40 tahun.....

Keakraban antara mereka tersimpul sejak kecil.
Bila ayah bawa 3F berjalan pasti ayah akan bawa sekali Ayah Yu dan Ayah Su.
Orang sekeliling menyangka Ayah Yu dan Ayah Su anak-anak kami jugak.

Kemesraan mereka bukan di buat-buat.
Pertalian darah mereka cukup akrab walaupun mereka terpisah jauh antara benua.
FB jadi penghubung antara mereka setiap hari.....
Hanya cuti raya mereka dapat bersama.

Raya ke 2 mereka  ada program tersendiri.
Kereta Atok Ayah jadi mangsa.
Biarlah sesekali mereka luangkan masa bersama-sama.
Keluar makan-makan, shopping2 dan jalan-jalan beraya rumah kawan2.....
Ibu tak perlu risau kerana mereka bersama darah daging sendiri.....

Dan saksikan gambar-gambar kenangan mereka.
Penuh kasih sayang, penuh keikhlasan, penuh kebahagiaan dan keceriaan.

 Dan mereka akan habiskan masa-masa yang terhad bersama-sama.
Berkongsi kisah hidup masing-masing....
Ayah Yu jauh di seberang lautan.
Ayah Su jauh di Perak,
Along di Melaka
Angah dan Beby sedang mengatur langkah untuk mengikut jejak mereka bertiga....InsyaAllah.

Ibu suka tengok gambar ini.
Wajah-wajah penuh kegembiraan dan keceriaan......
Semoga keakraban mereka terus terjalin walaupun mereka sering jadi mangsa salah sangka.....

Gambar kenangan Along, Ayah Su, Ayah Yu dan Angah.
Beby entah kemana menghilang masa nie....hehehe.....

Semoga ikatan persaudaraan mereka terus tersimpul erat sampai ke akhir hayat.....

28 Ogos 2012

Pelapis Atok Ayah...InsyaAllah.

Sekali ibu tenung gambar ni, ibu akan tersenyum bahagia.
Sejak kecil mereka sering berkumpul setiap kali cuti sekolah dan hari raya.
Masing-masing tinggal berjauhan antara Johor-Kuala Lumpur-Kelantan.

Sejak kecil mereka amat arkab.
Jika budak-budak lain sebaya ini berkumpul pasti akan bergaduh tetapi
tidak bagi mereka.
Sentiasa berbaik dan main bersama umpama adik beradik.
Saling mengalah dan bertimbang rasa.
Bila keadaan aman sebegitu, maka tiadalah campur tangan daripada pihak ibu2 mereka.
Cuma yang pasti telinga kami bingit dengan suara riang riang mereka
bergelak ketawa.....Meriah sungguh!!!!!

Dalam kesibukan mereka melayan mainan yang bersepah diruang khusus bahagian belakang,
mereka tidak lupa solat.
Biasanya Farouklah yang bertindak menjadi imam muda dan sepupunya Danial akan menjadi bilal.

Dalam keriuhan si ibu sibuk bergosip,
 anak-anak kecil ini menunaikan kewajiban mereka.

Mereka lahir daripada darah keturunan atok ayah yang kebanyakannya
ahli dalam bidang agama.
Moyang ibu merupakan salah seorang alim ulamak dari 
Pattani yang menyebarkan Agama Islam di Pasir Mas 
dan namanya tercatat dalam buku Sejarah Islam.
 Atok ibu juga merupakan  seorang tok guru
yang bertugas sebagai guru mengaji dikalangan kerabat diraja/istana
Arab Saudi selama 20 tahun.
Abah merupakan generasi ke 3 bergelar tok guru.
Sehingga kini keluarga diraja sana tidak pernah lupa mengirimkan
buah tamar untuk keluarga kami setiap kali menjelang Ramadhan.

Semoga ada diantara mereka menjadi pelapis pada keturunan atok ayah dan
bergelar tok guru suatu hari nanti....InsyaAllah.

2 generasi keturunan abah yang terdiri daripada anak2, menantu2 dan cucu-cucu lelaki.
Seorang abang dan seorang adik tidak ada kerana mereka berdua
terpaksa bertugas di hari raya......

p/s:
Mood nak berblog ke laut...huhuhu....


27 Julai 2012

Syukur Alhamdulillah...TERIMA KASIH SEMUA!!!

Beberapa hari lepas ibu ada buat n3 tentang kisah sedih family ibu alami saat ini.
Klik SINI
Ujian kali ke 2 yang keluarga kami terima pada tahun ini amat perit.
Bulan Januari ibu mendapat khabar gembira dengan kehadiran Wan Qaisara Balqis.
Kebahagiaan dan kegembiraan hanya seketika bila tiba-tiba Qaisara dimasukkan ke ICU.
Alami sakit yang kritikal dan seoalh-olah tiada harapan
untuk dia membesar disisi kami......Syukur Alhamdulillah BB Balqis sihat seperti bayi lain.

10 hari lepas ibu terima lagi khabar gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami.
Namun peristiwa perit Qaisara Balqis kembali menghantui bila
BB Affan pun alami masalah yang sama dan dimasukkan ke NICU.
Harapan untuk hidup hanya 50/50.
Dan disaat getir itu, papanya (adik ibu)
yang bertugas di PPUKM terpaksa berulang alik dari KL ke KB.

Setiap masa kami sekeluarga berikhtiar.
Mendekatkan diri pada Allah.
Memohon doa agar si kecil di beri peluang untuk bersama kami.
Alhamdulillah, Allah memberi lagi kami peluang.

Allah mendengar doa kami sekeluarga juga doa rakan2 sekeliling, rakan2 blog dan rakan2 FB.
Sesungguhnya ibu amat-amat bersyukur dan terharu.
Paling berharga punya rakan2 maya yang begitu tulus mendoakan yang
terbaik untuk keluarga ibu.
Allah telah perkenankan doa2 kita semua.
Semalam ibu terima khabar gembira bila BB Affan
dah discharge petang semalam.
TERIMA KASIH SEMUA.
HANYA ALLAH YANG AKAN MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN KALIAN.....

Petikan FB Dr Ahmad Zakimi (papa BB Affan):
Today is day 10 of life, bby Affan is doing well...just started breast feed last night...no more ventilator...no more inotropes....no more O2 supplement...no more RT....he hates NICU...now he only needs his MaMa, PaPa, n family....Alhamdulillah....Insya Allah bby Affan will discharge from SCN HRPZII very soon...
Berkat doa dari famili n sahabat...Insya Allah kita akan diberkati di bulan Ramadhan...PaPa dah nk pegi KL...Insya Allah ada masa terluang PaPa blk lagi tgk bby Affan...Love U

Petikan FB mama Affan :
Welcome home my dear AFFAN.......
Alhamdulillah..... Setelah 10 hari berada di hospital akhirnya Affan dibenarkn discaj dari wad dengan sihatnya. 
Syukur kupanjatkan kepadaMu.... 
Terima kasih buat keluarga, kawan2 n kenalan yang sudi sama2 memanjatkan doa moga diberi kesembuhan untuk anak kami. Kurniaan Allah yang berharga ini pada kami dan juga keberkatan bulan ramadhan, bukan sahaja memberkati keluarga kami ia juga memberkati kita semua yang sama2 berdoa untuk Affan.....
Terima kasih semua...... Amin...

*Bertapa bahagianya hati seorang ibu dan bapa bila melihat keadaan anaknya yang dah beransur pulih....
Moga Affan menjadi anak yang kuat setelah dia mampu bertarung dan berjuang untuk terus hidup disisi insan-insan tersayang....ameen....

18 Julai 2012

Mohon Doa Semua

Keluarga ibu diuji lagi.
Setelah beberapa bulan lepas kami diuji dengan kesihatan Wan Qaisara Balqis
kali ini kami diuji dengan keadaan yang hampir sama.

Semalam ibu mendapat khabar gembira dengan kehadiran orang baru
dalam keluarga kami, Ahmad Affan Shahim.
Anak ke 4 kepada adik ibu, Dr Ahmad Zakimi dan isterinya Rohaita.

Tiba-tiba sebelah malam ibu dapat perkhabaran sedih.
BB Affan di masukkan ke NICU kerana ada masalah pernafasan.
Sedih bila ibu terima gambar yang adik mie upload di FB family kami.
Rasa ingin ibu terbang ke sana.
Tak sanggup menatap tubuh kecil ini.
YA ALLAH,
Aku bermohon padaMu.
Kau selamatkan anaknda kami ini.
Berilah peluang untuk anaknda Affan untuk berada disisi insan-insan yang menyayangi dia.
Sembuhkan anaknda Affan.
Beri lah kami ruang untuk mencurahkan kasih sayang padanya......Ameen....

26 Jun 2012

Alahai Ayah

Maaf ye kali ni nak buat n3 tentang TV LCD.
Bukan niat nak menunjuk-nunjuk , tetapi ada kisah tragis disebaliknya.

Peristiwa tragis yang berlaku berulang kali di rumah ibu.
Beberapa bulan lepas TV 32" (ruang tamu) dan 24" (dalam bilik tidur) ibu rosak.
Gara-gara hobi xtrem ayah....
Dengan gigihnya ibu bawa ke kedai elektrik.
Sayang sebab TV kat luar tu baru 2-3 tahun ayah beli.
Kalau ikutkan ayah, suruh ibu buang je TV tu semua.....

Dalam2 minggu  tokeh kedai call ibu suruh datang ambil.
Katanya TV 32" tu dah rosak + terbakar dan tak boleh dibaiki.
Malas ibu nak angkut so ibu tinggalkan je kat kedai tu.
Balik rumah ibu terpaksa korbankan TV 24" dalam bilik tu letak di ruang tamu.
Ibu dan 3F lebih suka layan TV di ruang belakang.
Cuma Ayah sorang yang suka lepak-lepak di ruang tamu dan melayan TV tu "24 jam"..

1 bulan kemudian TV kat luar buat hal lagi.
Rosak!!!!
Hantar lagi ke kedai.
Ibu pun pelik....
Dan kemuncaknya TV ke 4 meletup + keluar asap.
Hu.hu.hu...punyalah ayah gabra + terjerit kerana  terperanjat....

Dan 2 minggu ayah hidup tanpa TV + Astro Awani.
Malas dah ibu nak angkut TV lagi satu bawa keluar.
Kesian juga tengok ayah yang tepaksa layan samsung galaxy tab dia tu.

Macam mana TV tu semua tak rosak + meletup.
Sepanjang hari jika ayah berada di rumah ayah tak benarkan kami tutup TV tu.
Walaupun ayah dah bergengkur depan TV, tetapi remote tetap dalam pelukannya.
Pernah juga ibu dengkikan ayah.
Ibu cuma ambil remote tu perlahan2 dari pelukkan ayah.
Dan yang pastinya ayah akan terjaga....
Hu.hu.hu......

Dan 2 minggu lepas ayah beli lagi TV yang ke 5.
TV LCD 42".
Harap-harap jangka hayat TV ni bertahan lama.
Setakat ni ibu lihat,  masih terkawal lagi.
Tak tahulah kot2 lama-lama nanti habit ayah berulang lagi.
Entah berapa lama la jangka hayat TV ni bersama ayah......hu.hu.hu..

17 Jun 2012

Tahniah Abah dan Selamat Hari Bapa....

Semalam ibu terima perkhabaran gembira.
Abah dicalonkan sebagai "Bapa Mithali Peringkat Negeri Kelantan".
Anugerah yang amat tinggi buat seorang yang bergelar bapa.

Bagi ibu, ABAH memang seorang BAPA MITHALI di mata ibu sejak
dulu, sekarang dan selamanya.
Ibu teramat bangga kerana memiliki seorang ABAH yang amat penyayang.
Jika zaman persekolahan, rakan-rakan sering bercerita tentang bapa
mereka yang garang tetapi ibu berbangga kerana memiliki seorang
bapa yang amat penyayang.
Sejak kecil kami adik beradik tak pernah dijentik.
Malah abah sering memberi kata-kata semangat buat kami...

Ibu lebih rapat dengan Abah berbanding mama sewaktu kecil.
Sampai sekarang kami amat rapat.
Kami serasi bersama kerana kami banyak persamaan.....

68 tahun lalu ABAH dilahirkan di TANAH SUCI, MEKAH.
Diberi nama Haji Abdullah B Haji Yusuf.
Abah seorang yang fasih berbahasa Melayu , Inggeris dan Arab....
Abah mendapat ijazah dalam bidang pendidikan di UKM.
Abah pernah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Austalia ke peringkat Phd.
Abah terpaksa menolak tawaran itu kerana nenek tidak merestuinya.....
Pengorbanan seorang anak kepada ibunya...

Setelah pencen sebagai kakitangan awam, abah aktif 
sebagai penceramah agama dibawah JAKIM hingga sekarang.
Abah juga memegang jawatan penting semasa dalam perkhidmatan dan di kampung.

"maafkan kakak ye abah......"

Yang paling ibu bangga,
Abah mampu mendidik kami secara seimbang dalam bidang agama dan akademik
hingga  kami berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing hari ini.
Anak-anak abah bergelar doktor , pengurus syarikat ternama,
guru ( 3 orang) dan pelajar tajaan JPA diluar negara ( dan bakal bergelar doktor juga)....
Abah adalah idola dan tempat rujukan kami.
Abahlah sumber inspirasi kami semua.
KAMI SAYANG ABAH.

Semoga Allah sentiasa melindungi abah dan kurniakan kesihatan yang baik pada ABAH
demi meneruskan tugasnya untuk berbakti kepada agama....amin....

p/s:
Selamat menyambut Israj Mikraj.....

19 Mei 2012

Wajah ini....

Wajah ini yang sering dirindui.
Sentiasa menghitung hari untuk bersua dan mengucup pipi mama.
Apakan daya, diri ini jauh untuk selalu disisi mama.

Gambar ni ibu kidnap daripada FB adik.

Bahagia melihat perkembangan positif mama.
Sudah mampu melangkah dengan bantuan walking frame.
Mama memang seorang yang kuat semangat dan tabah.
Tidak pernah menunjukkan kesedihan depan anak-anak.....

Mood:
Disaat kesedihan sebegini,
ibu amat mengharapkan kehadiran mama disisi.......

15 April 2012

Si Comel Wan Qaisara Balqis @ Sara Auni

Pada n3 yang lepas ibu pernah siarkan kisah buah hati ibu 
Wan Sara Auni @ Qaisara Balqis.
Anak buah yang jadi kesayangan ibu sekeluarga.
Kisah si kecil ini bertarung nyawa dalam keadaan kritikal
selama 10 hari di ICU..
Kisah Wan Sara Auni klik sini, sini dan sini.

Gambar terkini si comel Wan Sara Auni...

Kini usia Sara Auni dah 2 bulan lebih.
Dah pandai berinteraksi dan ketawa bila diagah....
Syukur Alhamdulillah berkat doa semua sekarang Baby kecil ini
sudah sihat dan mampu membesar seperti bayi-bayi lain.
Ibu kagum dengan semangat Sara Auni berjuang untuk hidup
walaupun saat itu dia baru berusia 5 hari.

Semoga Sara Auni membesar menjadi anak yang kuat dan tabah lalui ujian mendatang.
Kuasa Allah tiada tandingannya.....

Syukur Ya Allah dengan segala rahmatMu buat kami sekeluarga.
Allah sentiasa mendengar doa2 kami walaupun
terkadang kami leka dan lalai.......

p/s:
Teman sebilik Baby Sara Auni semasa di ICU telah
kembali ke rahmatullah 1 bulan yang lalu.
Al-Fatihah......

4 April 2012

2 Kali Hampir kehilangan Mu.......

Siapa sangka hampir 2 tahun yang lalu ibu hampir kehilangan MAMA
untuk kali ke 2.
1 bulan ibu berendam air mata .
Lebih menyedihkan bila MAMA disahkan tiada harapan untuk hidup.
Doktor mengesahkan semua organ dalaman MAMA telah rosak dan tidak mampu berfungsi.
Kisah MAMA.
Gambar terbaru yang Along snap 2 minggu lepas.
MAMA berlatih untuk berjalan setelah hampir 2 tahun lumpuh akibat kesan ubat semasa di ICU.

Namun MAMA diberi keajaiban oleh ALLAH.
MAMA terus berjuang selama 1 bulan di ICU demi kami.
Doktor-doktor hairan dengan keajaiban yang ALLAH kurniakan untuk MAMA.

MAMA mampu bercerita pada kami yang dia telah dibawa
ke suatu tempat semasa MAMA koma.
Suatu tempat yang amat indah.
Namun MAMA berpatah balik demi kami......

Ibu akui MAMA seorang insan yang amat tabah.
MAMA tabah lalui setiap ujian.
MAMA seorang yang amat kuat.
MAMA tidak pernah menitiskan airmata depan kami.
MAMA berjuang untuk terus hidup demi kami.

Pernah MAMA telah disahkan "TIADA" disaat ibu menduduki SPM.
Namun Allah beri kami peluang untuk MAMA terus disisi kami.
MAMA melawan penyakit kronik yang dihidapi sejak ibu masih kecil.
Dan lihatlah, sehingga ke hari ini MAMA masih mampu berada disisi kami.....
Dan ibu juga ingin jadi sekuat MAMA.......

Saat begini ibu amat merindui MAMA........


19 Mac 2012

Pesanan @ Wasiat Untuk Anak2 Ibu...

Petang semalam ibu berpesan pada Angah dan Beby,
sekiranya ditakdirkan ibu "tiada" lagi, ibu nak mereka "deactive" akaun FB ibu.
Biarlah FB dan blog ini nanti cuma menjadi tatapan kaum keluarga ibu
sebagai kenangan.
Ibu minta Angah catat username dan pw ibu.
Tiba-tiba mereka tersentap.
Beby: Kenapa ibu cakap macam ni...Beby sedih tau...
Angah : Ibu nie....angah tak nak dengarlah ibu cakap macam ni lagi...
Naurah : Kakak sedih la ibu cakap macam ni...
Along ( tiada di sini...masih bercuti di kampung....)


Alahai anak ibu.
Bukannya ibu nak "pergi" tetapi sebagai persediaan dan ingatan
pada mereka juga diri ibu.
Manalah kita tahu bila sampai ajal kitakan.
Mungkin 10 tahun lagi,
mungkin 1 tahun lagi, mungkin 1 hari lagi ,
mungkin esok atau mungkin 1 jam lagi....

Ibu sebenarnya teramat sedih dengan kehilangan
Kakak sepupu Kak Suriah Bt Che Husin (Kak Yah) di usia 44 tahun.
Arwah meninggal pada hari Ahad (18.3.2012-semalam) pukul 4.30 petang di HRPZ KB.
Arwah amat rapat dengan ibu.
Setiap kali pulang ke kampung, kami sering berjumpa.
Suami Kak Yah belajar 1 kolej di UKM dengan Ayah.
Kecilnya dunia ini kan.......

Pemergiannya dalam sekelip mata akibat terkena jangkitan virus kencing tikus
memeranjatkan keluarga arwah, kami sekeluarga, rakan-rakan dan anak-anak murid arwah.
(Arwah merupakan seorang guru lulusan luar negara).
Arwah baru kehilangan anak ke 2, 2 tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.
Anak ke 2 nya sebaya Angah dan merupakan pelajar cemerlang.
Malah arwah anaknya tidak sempat menatap result percubaan PMRnya pada masa itu (dapat 9A)

Arwah meninggalkan seramai 5 orang anak dan 2 orang masih kecil......
Siapa sangka ajal menjemputnya tanpa sebarang tanda.
Arwah pergi sewaktu cuti sekolah berakhir.......
Ibu masih tidak dapat menerima berita ke"hilangan" beliau.
Setiap kali solat, ibu rasa seolah-olah arwah datang dan merenung wajah ibu.
Ibu teramat merindui arwah.
Al-Fatihah..Semoga Kak Yah aman di "sana"..
Ya Allah cucuri rahmatMu  ke atas roh arwah.
Tempatkan arwah disisi orang-orang beriman......amin....
Ibu suka dengar lagu ni:
ANDAI KU TAHU
andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

andai ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

chorus:
aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

andai ku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu..

chorus
ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

aku manusia
yang takut neraka.
namun aku juga
tak pantas di surga

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu
chorus
ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

p/s:
Mood=sedih!!!!!

9 Mac 2012

Siri Jelajah....

N3 ni kisah tentang adik kesayangan ibu Khairul Anuar.
Sebenarnya saat ini hati ibu dilanda kerinduan.
Rindu pada kampung, dan rindu pada adik yang jauh diperantauan.
2 tahun lagi adik Yu akan menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.

Hari tu ibu ada buat n3 tentang adik Yu yang pergi menghabiskan
percutiannya kat Eropah....Klik sini.
Dia berpeluang melancong ke France (Paris,Nice), 
Monaco,
 Italy( Rome, Venice, Pisa, Florence )
dan 
Spain (Madrid) 

Jom layan gambar.....
Banyak sebenarnya gambar2 percutian yang di upload
kat FB...Ibu ambil beberapa keping je sebagai mengubat kerinduan 
pada adik Yu....Kami memang rapat.
Setiap hari kami akan berhubung melalui FB...
Walaupun jauh dan terpisah antara benua namun kami tetap dekat dihati.....









Tiba-tiba jeles lak tengok gambar nie.
Entah bila la ibu brpeluang nak melancong ke sana....
Hu.hu.hu.........

25 Februari 2012

Semoga Auni Terus Sihat.

Semalam genaplah umur Qaisara Balqis @ Sara Auni 1 bulan.
Setiap hari ibu tidak jemu-jemu bertanya khabar dalam
erti kata lain memantau Auni dari jauh.

Alhamdulillah, ibu bersyukur kerana Allah makbulkan doa2 kita semua.
Auni semakin sihat walaupun masih alami komplikasi muntah-muntah dan paru-paru berkahak.
Si kecil Auni terus kuat melawan penyakitnya setelah 10 hari + 2 hari di ICU.
Ibu percaya Auni akan membesar menjadi kanak-kanak yang
kuat semangat dan tabah kerana diusia 4 hari Auni telah diuji dengan
berbagai penyakit.

Sentiasa lesu tidak bermaya kerana setiap kali minum susu Auni akan muntah-muntah.
Badan Auni sekarang cuma 2.6 kg berbanding semasa lahir beratnya 2.8 kg....
Lihatlah betapa kecilnya jemari Auni....
Tabahlah sayang...terus kuatkan semangatmu melawan semua ini......
Ibu tidak putus-putus mendoakan Auni.....

Gambar yang di mms oleh mama Auni malam tadi.
Wajah Auni agak cengkung.
Inilah kali pertama ibu melihat mata besar Auni.
Walaupun badan Auni susut, ibu tetap bahagia menatap wajah suci Auni.

Ya Allah, lindungilah Auni.
Kurniakan kesihatan yang baik buat Auni.
Kabulkan doa-doa kami Ya Allah....
Amin.....

Semoga sayang ibu terus sihat dan ceria.
Ibu tidak sabar-sabar ingin mengucup pipimu sayang.....
Kisah Auni , klik sini, sini , sini dan sini .

p/s:
Hari ni ibu tetap bekerja.
Perlu menyampaikan ceramah untuk Kursus Kepimpinan pula.
Sejak sekolah baru 2 kali ibu bercuti hari Sabtu.
Terima kasih anak-anak ibu kerana memahami kesibukkan ibu dan ayah.

14 Februari 2012

Cepatlah Sembuh Wahai Sayangku Qaisara Balqis

Berita terkini tentang Qaisara Balqis.
Bagi yang telah mengikuti kisah si kecil Qaisara, 
Qaisara telah discharge dari ICU semalam.
Klik sini dan sini .
Selama 10 hari Qaisara bertarung melawan kesakitan di ICU diusia 10 hari sehingga semalam
usia Qaisara masuk 20 hari.
Walaupun telah discharge dari ICU
tetapi keadaan Qaisara masih belum pulih sepenuhnya.
Kahak masih keluar membuak-buak.
Badannya semakin susut dan lemah.
Qaisara lemah tidak bermaya.....

Hati ibu bertambah sedih bila mama Qaisara seolah-olah
berputus asa dan dalam keadaan tertekan melihat Qaisara.
Semasa menaip n3 ini, airmata ibu tidak putus2 mengalir.
Terasa pedih dan peritnya hati ini.
Hanya Allah yang tahu perasaan ini.
Ibu tidak mampu melawan kesedihan ini.
Mohon kawan-kawan terus berdoa untuk Qaisara.
Be strong my dear sis n Qaisara.
Doa sentiasa mengiringi kalian berdua...

"Ya Allah, aku mohon padaMu....selamatkan dan lindungilah
Baby Qaisara dari kesakitan dan penderitaan...""Berikanlah kami kekuatan untuk lalui segala ujian dariMu Ya Allah"....amin


Ibu terlalu menyayangimu sayang.....

7 Februari 2012

Perkembangan Terkini Baby Qaisara Balqis.

Berita Terkini Baby Qaisara Balqis dr SMS mamanya :

 " Alhamdulillah, Sara dh kluar dr inkubator. 

Dktor pakar dtg. Doktor hairan n kagum dgn prkmbangan v+ Qaisara.

 Doktor pakar minta kepastian dr doktor2 lain...

Alhamdulillah hasil ujian sama. Ada keajaiban brlaku. 

Pepun masih terus dipantau bimbing brlaku jangkitan.

 Hope Qaisara kuat n cpt2 sihat. Terima kasih semua. 

Berkat doa dr semua, yg mendoakan Qaisara.... 



Alhamdulillah, TERIMA KASIH SEMUA DAN TERUS BERDOA UNTUK QAISARA........"




p/s :Terima kasih semua krn tidak putus-putus mendoakan Qaisara..

Berkat doa2 kalian ada keajaiban brlaku. 

Allah mendengar dan memakbulkan doa-doa  kita......

Teruskan berdoa utk Qaisara..

Semoga Allah terus prkenankan doa2 kita...

Hanya Allah yg mampu membalas kebaikan kalian semua.....amin..

semasa Qaisara berusia 2 hari....


p/s:

Semalaman ibu tidak dapat melelapkan mata bila mendengar suara esakkan mama Qaisara.

Tidak putus-putus ibu berdoa untuk Qaisara.

Ibu jadi sedih yang teramat.

Setiap kali hphone berdering, hati ibu diragut kegusaran.

Tak mampu untuk ibu luahkan.

Terasa seperti nyawa sendiri terancam........

Apakan daya, ibu jauh disini dan tidak mampu berada disisi adik kesayangan ibu disaat sukar. 

Qaisara juga adalah nyawa ibu.

Ibu pun tidak pasti kenapa ibu rasa begitu rapat dengan Qaisara walaupun

ibu hanya 5 hari ibu menjaganya.

Mungkin ada chemistry antara kami berdua.

Dan mohon rakan-rakan untuk terus berdoa.

Kerana ada sinar bahagia yang sedang menanti berkat doa

dari kalian........amin....

About me