Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label FARAH NABILAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FARAH NABILAH. Papar semua catatan

13 April 2013

Along, Asthma dan Peperiksaan...

Sejak minggu lepas Along di serang asthma dan migrin.
Ibu risau sangat, risau peristiwa lampau berulang.
Setiap kali exam, Along sering sakit.
Teringat lagi peristiwa semasa Along menduduki PMR dan SPM.
Along terpaksa jalani exam dibilik rawatan dan dikuarantin.
Bayangkan macam mana perasaan ibu dan ayah saat itu....

Alhamdulillah Allah memberi rahmat dan kasih sayangNya pada Along. 
Bila result keluar Along mampu dapat A dalam subjek2 tersebut.....
Syukur sangat-sangat....

2 minggu lagi Along dah final exam .
Exam yang akan menentukan penempatan dia ke university.
Ibu risau sangat kerana minggu ni dah 2 hari along tak pergi kuliah.
Minggu ni juga dah 2X felo bawa Along ke klinik sebab sesak nafas.....
Ibu tahu Along anak yang kuat.
Cuma dia agak manja. Maklumlah dia anak sulung dan cucu sulung sebelah ibu........

Hari ini ibu melawat Along di KMM tanpa ayah.
Ayah terpaksa outstation selama 3 hari.
Malamnya ayah call dan maklumkan pada Along, ibu akan kesana bersama angah.
Banyak nasihat yang ayah berikan pada Along.
Pada dasarnya ayah nampak cool dan langsung tidak menunjukkan kerisauan
berbanding ibu yang tak senang duduk...
tapi siapa sangka jauh di sudut hati ayah terlalu risau
tentang along.....

Wajah ceria Along bila dapat berjumpa ibu dan adik-adik...
Lega hati ibu melihat keadaan Along yang semakin pulih.
Walaupun suaranya masih menunjukkan dia masih belum pulih sepenuhnya.
Dan bertambah bahagia bila melihat Along begitu berselera menjamah makanan yang ibu masak.
Katanya dia terlalu rindukan ibu, terutama masakan ibu......huhuhu....
Moga Along terus pulih sehingga menjelang hari peperiksaan..In ShaAllah...

Farouk mula dengan aktiviti bebas.
Dah rupa rumah sendiri pulak........

Doa untuk Along:
Ya Allah,
Kau berikanlah perlindungan dan kasih sayangMu kepada anaknda Farah Nabilah...
Sembuhkan lah anaknda Farah Nabilah dari sebarang kesakitan yang ditanggungnya..
Berikanlah dia kekuatan untuk hadapi ujianMu ini..
Semoga anaknda Farah Nabilah mampu hadapi peperiksaan dengan tenang..
lapang dadanya... kuat ingatannya....tajam mindanya.....terang hatinya...
Semoga anaknda Farah Nabilah dapat mengingati setiap apa yang dipelajarinya...
apa yang dibacanya....apa yang didengarnya....
Ya Allah..permudahkan segala urusannya..
Permudahkan anaknda Farah Nabilah mampu menjawab soalan dengan
tenang tanpa gangguan dari segi kesihatan dan kekusutan...
Ameen..ameen..ameen...Ya Rabbal'alamin..

p/s:
Good luck juga untuk kedua orang adik kesayangan ibu yang sedang menduduki exam...
Ahmad Zakimi(Dr Zek) yang sedang menyambung pelajaran untuk bergelar doktor pakar 
dan  Khairul Anuar yang bakal jejaki langkah abangnya bergelar doktor.......
Semoga mereka berdua juga diberi kelapangan dan dipermudahkan segala urusan.....inshaAllah.

31 Januari 2013

Rindu DIA...

Dah lebih sebulan ibu tak jumpa Along.
Rindu sangat-sangat kat mek comel sorang nie.
Terdengar-dengar lagi suara manja dari hujung corong telefon kelmarin:
"Ibu, Along rindu nak makan spaggeti dan asam pedas Kelantan yang ibu masak...."

Masakan ibu tak rindu dia,
bila ibu sedang makan, dia minta ibu suapkan.
Bila ibu menonton TV, dia akan bertepek disebelah ibu.
Bila ada masalah, dia akan berkongsi cerita dengan ibu.
Bila outing, dia akan temankan ibu bershopping...
Miss Along so much!!!!!!

Dalam diam rupanyua ayah juga memendam rindu.
Sejak minggu lepas sibuk ayah ajak kami pergi jemput Along 
padahal hujung minggu ni Along baru mula cuti semester......
Alahai Ayah...lagi dasyat dari ibu rupanya......
 Gambar ibu kidnap dari FB Along.
Along ( dua dari kiri) bersama-sama rakan di kolej.
Senang hati ibu melihat kegembiraan Along.
Along berbaju hijau bersama rakan-rakan sekuliah....
Syukur Alhamdulillah, lega bila ibu baca sms Along yang dia telah selesai menduduki
peperiksaan semester dengan jayanya......Amin....
Tak sabar nak ke Melaka esok untuk memeluk Along erat-erat.........

p/s:
Cuti CNY, kami dah rancang nak pergi bercuti........

26 November 2012

Miss You So Much Along.....

Semalam memecut ke Kolej Matrikulasi Melaka.
Nak pulangkan semula Along yang bercuti semester selama 2 minggu di rumah.
Rasa sekejap je dia bercuti.
Kebetulan masa Along bercuti, si ibu sedang sibuk dengan pelbagai urusan..
Kesian anak ibu....huhuhu....

Sedih pulak tengok anak ibu tu.
Lepas peluk dan cium ibu tiba-tiba airmata along berjurai......

Gud luck Along.
Semoga semester ke 2 Along lebih cemerlang...
InshaAllah......

Masa OTW ke kolej jalan ok je tetapi dalam perjalanan balik highway sesak dengan kereta.
Maklumlah musim cuti sekolah dan area Ayer Keroh menjadi tumpuan ramai..

Ibu dan Along......

Blog Along, klik SINI....

31 Oktober 2012

Doa Buat Anaknda Farah Nabilah......

Hari ni hari ke 2 Along exam PSPM 1.
Ibu pun tak pasti apa maksud PSPI 1
Yang ibu tahu along maklumkan dia final exam untuk semester 1
Hari ini baru ibu sempat buat status kat FB dan baru sempat buat n3 untuk along.

Doa buat Along a.k.a Farah Nabilah :
Ya Allah..
Aku memanjat doa buat anaknda Farah Nabilah.
Lapangkanlah dada anaknda Farah Nabilah..
Berikan ketenangan buat anaknda Farah Nabilah...
Kurniakan kecergasan akal dan ketajaman minda....
Terangkan hati anaknda Farah Nabilah...
Permudahkan segala-galanya buat anaknda...
Semoga anaknda Farah Nabilah memperolehi kecemerlangan dalam
peperiksaan yang dilaluinya...aminnn......
Al-Fatihah ditujukan khas buat anaknda Farah Nabilah......

Good luck Along!!!!!!
4Farah.........Buah hati ibu dan ayah....


29 September 2012

Along + Spaghetti.

Semalam ibu masak spaghetti bersos tomato.
Licin hingga menjilat jari.
Anak-anak ibu memang suka makan spaghetti.


Pagi ini ibu masak spaghetti bersos cheese + herba pula.
Rasa macam tak menyelerakan pulak.
Ayah suka beli sos berperisa yang pelik-pelik........

Bila masak spaggeti mesti ibu akan rindukan along.
Motif buat n3 ni sebenarnya kerana rindukan Along...huhuhu...


Spaggeti bersos cheese + herba......

Hujung bulan ni Along mungkin tak balik.
Sekarang dia sibuk dengan study.
Maklumlah budak-budak matrik sekarang tak macam zaman kita dulu.
Kalau dulu waktu belajar 2 tahun tetapi sekarang dipendekan selama 1 tahun je.
Jadinya tiap-tiap 2 minggu Along ada exam.
1 bulan lagi Along akan hadapi final exam untuk semester 1.

Ini gambar  Along balik semasa cuti Hari Malaysia.
Pelajar kolej yang masih manja..
Makan nak bersuap...........
Perangai manjanya buatkan ibu terlalu merindui Along.

Ni semasa kami singgah ke Tesco Melaka.
Menu wajib yang kami beli sudah semestinya sushi bersama stok makanan
Along di sana.

Along, Angah dan Naurah.
Siapa sangka Naurah yang kecil keding dah mula meninggi.
Ketinggiannya dah hampir sama dengan Along.
Agaknya kalau dah naik sekolah menengah nanti Naurah pun akan memiliki ketinggian 
macam angah dan Beby juga kot.
Maklum la baka sebelah ibu semuanya tinggi lampai....hihihi.....

p/s:
Minggu depan Along exam Muet.
Doakan Along ye......

2 September 2012

Pulangkan.....

Macam tajuk lagu la pulak kan.
Hari ni kami akan bergerak ke Melaka untuk hantar along pulang semula ke matrik.
Along balik sejak hari Jumaat lagi untuk beraya di sini.
Maklumlah semasa cuti raya hari tu along terus balik ke Kelantan dengan bas kolej.

 Posing sebelum pergi open house rumah kawan ayah.
Kat Johor sambutan hari raya masih meriah.
Rumah ibu tak putus-putus menerima tetamu siang dan malam.
Duit raya terpaksa ditambah stoknya walaupun sebelum raya ibu dah tukar sebanyak 1K+.

Itu belum lagi jemputan untuk open house, marhaban dan kenduri kawin.
Macam mana badan nak manitain kalau macam nie.
Sehari 2-3 buah rumah.
Niat  hati tak nak makan tetapi setiap rumah dihidangkan dengan menu berbeza, 
mana boleh tahankan......huhuhu....

Kekenyangan selepas selesai mengisi perut di 2 buah rumah rakan ayah.
Mengintai goodie yang mereka dapat.
Hanya mereka bertiga yang ikut kerana angah dan beby ada program
tersendiri dengan rakan-rakan.

Yang paling ibu terharu dan sedih bila tengok along makan.
Kesian sungguh tengokkan.
Macam orang tak pernah jumpa makanan berminggu-minggu.
Katanya makanan kat cafe kolej tak menepati selera dia.....
Masa balik rumah la dia nak makan puas-puas.
Alahai.......

Update status terkini nie...
Gambar ni disnap bbrapa jam tadi di depan bilik along kt kolej.
Baru beberapa jam berpisah, dada ibu dah sarat dengan rindu....hukhukhuk....

p/s:
Hari ni ada lagi jemputan di 2-3 buah rumah......
Selamat membina badan....huhuhu..

21 Julai 2012

Pinjam Along Seketika.


Ibu ucapkan SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT BERSAHUR kepada semua.
Ibu mohon maaf jika sepanjang persahabatan kita,
 ibu ada meninggalkan komen yang menyentuh perasaan kalian
tanpa ibu sedari.........

Semalam selepas solat Jumaat Ayah, ibu dan Angah ke Melaka
untuk  jemput Along a.k.a Farah Nabilah di kolej.
Dah 5 minggu kami tidak bersua.
Rindu teramat sangat.

Kami melalui lebuh raya AMJ ke Bandar Melaka, 
Mak aiiii......kami perlu melalui kesesakan lalu lintas walaupun melalui jalan 3 lorong...
.
Untuk sampai ke Masjid Tanah entah berapa banyak trafik light yang
perlu diredah.
Tak terkira banyaknya......
Sabar jelah.


Tiba di kolej dah pukul 4.20 petang.
Itupun sesekali ayah pecut di jalan yang menghala ke Sungai Udang yang agak lengang.

Wajah riang 2F...
Maklumlah, angahlah orang yang paling merindui along.
Tak henti-henti mereka bersembang sepanjang perjalanan.
Banyak cerita yang mereka simpan untuk dikongsi..
Maklumlah selain adik beradik, mereka berdua adalah best friend..

OTW balik, macam biasa kami singgah TESCO untuk borong sushi.
Bergegas balik untuk sampai ke rumah sebelum Maghrib.
Maklumlah, semalamkan hari pertama solat tarawih.

Esok terpaksa pulangkan semula along ke kolej
dan mungkin kami akan berjumpa semasa raya di Kelantan nanti
kerana along terus ambil tiket  ke kampung.......

15 Julai 2012

Kesian Along

Minggu lepas Along terlibat dalam perlawanan bola keranjang inter kolej.
Awal-awal ibu dah pesan pada along agar jangan terlalu aktif dalam sukan & permainan nie.
Maklum la Along ni bukan jenis yang lasak.

Menurut along dia terpilih dalam 2 permainan-bola jaring dan bola keranjang.
Sejak di sekolah rendah dulu pun along mewakili sekolah dalam pertandingan
bola baling dan bola jaring ke peringkat zon/daerah....

Akhirnya along akur dan memilih bola keranjang...
Cukuplah along pilih 1 jenis permainan untuk markah kokurikulumnya.
Lagipun along ada menyandang jawatan lain dalam kolej.

Hari Khamis ibu call along.
Katanya kaki along tercedera sikit.
Ibu ingatkan sedikit dan tidak serius.
Bila along hantar gambar ni kat FB ibu, terperanjat juga ibu tengok.
Boleh tahan juga kakinya tu berbalut.
Kaki along terseliuh dan mungkin retak semasa perlawanan.
Alahai, risaunya hati ibu.
Maklumlah along jauh di kolej dan tempat kuliah agak jauh dari
asrama...perlu mendaki anak-anak tangga yang berbukit-bukit tu....

Kaki along yang berbalut...Gambar yang along inbox kat FB ibu....
Ibu doakan agar along cepat sembuh....
Take care my dear dan jangan lupa minum susu agar cepat pulih...
Tak sabar ibu nak tunggu weekend nie.
Dah 1 bulan ibu tak jumpa along...hu.hu.hu....

18 Jun 2012

Misi Berjaya

Weekend  lepas pihak kolej membenarkan pelajar pulang.
Setiap hari ibu dan along menghitung hati.
Kerinduan yang sarat didada tak dapat digambarkan.....

Tiba-tiba hari Jumaat Along call tak boleh pulang kerana 
terpilih mewakili kolej dalam 1 program peringkat negeri.
Dalam esak tangisnya along call ibu......Dan hati ibu  hanya Allah saja yang tahu....
Sedih dan kecewa namun tetap redha.....

Tiba-tiba pagi Sabtu Along call lagi...
"Ibu, petang ni Along boleh balik tau...program tamat petang."
Nanti ibu cakap kat ayah jemput along ye......"
Hati berbunga riang.
Walaupun dalam hati berkira-kira....
Bukan dekat jarak kolej along tu dari rumah.
Pergi/balik untuk Sabtu dan Ahad memakan masa hampir 8 jam.
Demi anak dan kerinduan ini, Ayah dan ibu sanggup.
Rupanya dalam diam, Ayah juga menanggung kerinduan pada Along.
Tak sangka rupanya setiap hari Ayah akan call along.
Alahai ayah....lebih dasyat dari ibu rupanya.....

Lebih kurang pukul 2 ptg Sabtu kami bertolak.
Pukul 4.10 petang kami tiba di Asrama B1 KMM-Kolej Matrikulasi Melaka....

 Along sudah tercegat di tepi dinding asramanya.
Meluru memeluk dan mencium ibu.......
Badan Along agak susut.......
Dan yang paling along sedih bila adik kesayangan merangkap best friendnya, Angah tiada.
Angah terpaksa menghadiri kem kecemerlangan SPM selama 3 hari 2 malam....
Sebab tulah angah beria-ia nak menarik diri........

di depan asrama....
Wajah Along berbunga riang.

 OTW bertolak balik, along meminta ayah singgah di TESCO..
Ibu dah agak mesti Along dah rindu nak makan sushi.....

Beli 6 paket sushi.
Bukan setakat sushi, along minta nasi lemak, pizza, roti kopi dan macam-macam.
MasyaAllah, kesiannya ibu tengok Along makan.
Macam orang Ethopia yang kebuluran.
Tersentuh hati ibu bila Along beritahu dah 3 hari dia tak makan nasi sebab demam dan tak
larat nak ke cafe...hu.hu.hu.......

 Si Farouk pun pengemar sushi....Kalau setakat 1 paket tu sekali makan je....

dan rutin biasa bila Farouk bershopping dengan ayah.
Dapat 4 biji "hot wheels" tiruan nie.......
Kalau dengan ibu maaf le, confirm tak dapat.....

Sampai rumah dah 9 malam.
Badan penat sangat.
Esoknya along request nak makan macam-macam.
katanya dah 1 bulan rindukan masakan ibu.....

 ibu masakkan spaghetti carbonara.
Sosnya ibu beli yang dah siap dalam tin....
MasyaAllah, Along makan tak toleh kiri kanan.
Minta ibu bekalkan ke kolej lagi...

 Along juga teringin nak makan kerabu kaki ayam....
Resepinya klik sini .

dan ayam masak merah.....
Disamping tu ibu bekalkan makanan ni untuk along.

Pukul 2.30 petang kami jemput angah yang baru tiba di sekolah,
Beby ke Muar kerana hadiri pre ujian "black belt" (next n3).
Lebih kurang pukul 4.45 petang kami tiba di kolej setelah 2 jam perjalanan.
Sekali lagi Along memeluk ibu erat.
Mukanya mula berubah sedih.
Hati ibu sayu......ibu menahan air mata ini.
Takut jadi drama sedih pulak nanti....

Selamat tinggal Along.
Sebulan lagi kita akan bertemu InsyaAllah.
Walaupun baru berpisah beberapa jam, 
kerinduan pada Along terus menyesak di dada.....hu.hu.hu...
Take care ye Along....

29 Mei 2012

Selesai Sudah Urusan @ KMM.

Semalam selesai sudah sesi pendaftaran Along a.k.a Farah Nabilah ke 
Kolej Matrikulasi Melaka (KMM).
Along memilih menjadi pelajar matrik setelah menolak tawaran ke UiTM Shah Alam.

Perjalanan yang sepatutnya 1 jam 45 minit memakan masa 4 jam
akibat kesesakan jalanraya yang teruk.
Kesesakan sepanjang 4 km di kawasan berhampiran kolej.
2 jam kami terperangkap dalam kereta....

 Pintu masuk utama.

Pondok pak guard.....

 Dengan rasminya along bergelar pelajar matrik. 
Semua itu atas pilihan along.
Along menolak tawaran ke UiTM di Shah Alam dan memilih ke sini.
Katanya ingin mengikut jejak pakcik/makcik (adik beradik ibu)
 yang kebanyakan jadi student matrik sebelum menjejak kaki ke IPTA dalam dan luar negara.
Ibu dan ayah mengikut saja pilihan along.
Yang penting along tidak sia-siakan peluang yang ada......

Angahlah orang yang paling sedih kerana kehilangan
orang yang paling rapat dalam hidupnya.......
Dan farouklah orang yang paling gembira kerana "cikgu garang"
sudah tiada.........

Menuju ke bilik setelah 4 jam setengah melalui proses pendaftaran..
Bawa beg macam nak berpindah randah.
Bukan 1 beg tetapi 3 beg.
Nasib baik dapat bilik di ground floor...
Alahai anak perempuan ni lain sikit.
Kalau boleh habis khazanah kat dalam bilik dia nak angkut sekali......

Pendaftaran yang mengambil masa yang amat-amat panjang.
Seingat ibu, dari pengalaman mendaftar adik2 ibu ke IPTA,
inilah pengurusan yang paling lama.
Bayangkan dari pukul 2.00 ptg hingga 6.30 ptg baru selesai.
Ramai ibu bapa merunggut akibat sistem pengurusan yang tidak begitu cekap.

Pelajar-pelajar baru berkumpul selepas urusan pendaftaran selesai.
Ibu rasa mereka ni adalah pelajar yang mendaftar sesi pagi.
Along terlepas sesi ini kerana pendaftaran along pada sesi ke 3 (petang).
Masa ni kami baru bergerak menuju ke asrama.
Bayangkan nak ke asrama pun memakan masa hampir 2 jam akibat kesesakan
dan sistem pengurusan yang begitu tidak cekap......
Lebih kurang pukul 7.00 malam baru semuanya selesai dan kami terus bergerak
untuk pulang.....

Singgah solat di R&R Ayer Keroh.
Kat sini tidak disediakan bilik solat.
Mungkin kerana R&R ni terletak berhampiran dengan R&R Seremban.
Naurah sedang bersolat Maghrib di pondok yang disediakan khusus untuk bersolat.
Ala-ala pondok gazebo.
Sampai rumah lebih kurang pukul 10.00 malam.

p/s:
Good luck Along!!!!!
Semoga along terus cemerlang dan buktikan pilihan along
adalah yang terbaik.
Semoga along menjadi contoh yang terbaik untuk adik-adik.....
Dan pandai2lah menyesuaikan diri ditempat orang......
Ibu dan ayah serta keluarga sentiasa mendoakan yang terbaik buat along.


*Sekarang berada disekolah untuk menemani Naurah menjalani
ujian Permata Pintar anjuran UKM.......

18 Mei 2012

Tiada Sambutan....

Tajuk yang mengelirukan tu....he.he.he...
Kisah Along yang baru sambut birthday sehari selepas hari ibu.
Klik sini...

Biasanya setiap kali birthday anak-anak memang jarang
ibu adakan sambutan.
Sekadar makan-makan diluar bersama keluarga.
Tapi bila tanya Along, katanya tak nak keluar makan.
Itulah Along..seorang anak yang tak banyak kerenah sejak kecil
sampai sekarang.....
TQSM dear Along kerana tidak pernah menyusahkan ibu dan Ayah.....

 Macam biasa Ayah akan hadiahkan anak-anak dengan sebijik kek yang sama setiap
hari lahir 5F.
Kek aiskrim yang sedap jadi kegemaran anak-anak........

Malamnya Ayah ajak Along bershopping.
Along sekadar memilih kasut sukan sempena hadiah hari lahir dari ayah......
Dan bila ibu tanya along nak hadiah apa daripada ibu....
Along  jawab, tak pelah ibu.........
LEGA!!!!!!!!ngee.......

12 Mei 2012

Persiapan Terakhir...

Kebelakangan ni ibu amat-amat sibuk.
Macam-macam yang perlu di settlekan di sekolah.
Dengan cuaca yang amat panas buat ibu jadi lesu dan letih tak bermaya.
Saban minggu ibu ada aktiviti.
Penat sangat-sangat......

Hari ini untuk kesekian kalinya ibu terpaksa "off"kan lagi kelas tambahan 
kerana hari ini di rumah kakak ipar ada kenduri.
Majlis MIL (mak mentuaku terchenta....).....
Sedari pagi ibu ke sana untuk tolong apa yang patut.
Tolong la sangat....he.he.he....tolong MIL bersembang dan gosip2.
Maklumlah MIL ni agak rapat dengan ibu.
Kalau jumpa macam-macam cerita dua beranak ni........ngee...

Akibat kesibukkan yang melampau ibu terlupa tentang Along.
Kesian anak ibu.
Dah tinggal berapa hari lagi Along nak mendaftar.
Along menerima beberapa tawaran dari IPTA dan Along sudah
membuat pilihan yang terbaik untuk dirinya.
Ibu dan Ayah ikutkan aja kehendak Along kerana dia yang
akan lalui semua itu.....
Masa untuk kami membuat pilihan sudah berlalu.......

So semalam ibu temankan Along.
Balik sekolah terus ke supermarket dan beberapa kedai
yang berkenaan...
Edisi shopping-shopping untuk kempiskan dompet.
Yang kelakarnya si ibu pun sama naik dengan anak...
Terlebih over.....
*Nanti claim dengan ayah ye!!!!!!!!

Puas ayah ajak bershopping tetapi ibu juga pilihan Along.
Masa kecik bukan main berkepit dengan Ayah.
Siap di panggil "sayang" tetapi bila besar dengan ibu juga dia rapat.

 sebahagian barangan yang sempat disambar semalam.
Ada beberapa benda penting lagi yang belum selesai....

dan semalam ibu cuma sempat lunch dengan makan benda alah nie je.
Tu pun Along yang singgah belikan untuk ibu.....
Makan pun masa dalam kereta sementara along yang drive....
Hu.hu.hu...kesiankan ibu....

Ibu berharap semuanya dapat di settlekan minggu nie.
Minggu depan ibu dah sibuk dengan sambutan hari guru,
peperiksaan pertengahan tahun menyusul kemudian.......
Moga selepas ini ibu dapat meluangkan masa ibu disisi orang-orang tersayang....

2 Mei 2012

Dah Kembali..

Sejak tamat sekolah Along banyak habiskan masa di Kelantan.
Seronok sangat di sana sampai dah tak ingat nak balik Johor..
Dah balik Johor sibuk cakap rindukan atok.....
Sedih ibu tau.....hu.hu.hu......
Maklumlah di sana Along dimanja dan dilayan bagai puteri 
oleh Atok Mama, Atok Ayah, Sutie , Uncle Kie ,Ayah Mie dan Cik Ta.
Cakap apa saja yang dia nak akan dipenuhi.
Wang saku tak payah cakap.
Terbeliak biji mata ibu tengokkan....
Hampir jejak 1K...

Kalau kat sini Along sebagai anak sulung banyak tanggungjawab pada adik-adik.
Terpaksa menguruskan adik-adik..
Memantau solat adik-adik....
mengemas rumah, 
memasak,
jadi "driver", 
jadi "maid", 
jadi "cikgu tuisyen Farouk"...
garangnya mengalahkan cikgu displin...
Yang hairannya patuh pula si Farouk nie.......

Sekarang Along dah teror membebel......
Kalah ibu dibuatnya.
Dah jadi macam mak nenek.
Bila azan berkumandang terdengar la jeritan:
Farouk, Naurah , Beby.....solat!!!!!...cepat!!!!!
Dan Along bertindak sebagai imam......

 Di Kelantan Along ada seorang best friend bernama Hanim....
Mereka kenal semasa Along tumpang tuisyen masa cuti akhir tahun 2010.
Perhubungan mereka terus akrab hingga sekarang.
Sentiasa berhubung di FB dan terkadang bila FB deactivate  mereka mengutus surat.
Kelakar juga mereka berdua ni.
Macam orang dulu-dulu......
Kebetulan Hanim pun anak seorang cikgu.
Result SPM Hanim pun sama macam Along.
Hanim pun dapat tawaran ke Matrikulasi macam Along.
Cuma Along di Melaka dan Hanim di Kedah....

Ni semasa Along di Kelantan.
Hanim bawa Along ronda-ronda sekitar Kota Bharu.....
Gambar-gambar ni ibu kidnap dari FB Hanim.....he.he.he...

3 minggu lagi Along akan meninggalkan ibu bagi mengapai cita2nya.

Mood: Sedih!!!!!

25 April 2012

Impian Tercapai....

 Hari ini pelajar lepasan SPM menanti dalam debaran.
Keputusan penempatan ke matrikulasi diumumkan.
Syukur Alhamdulillah, penantian Along a.k.a Farah Nabilah berakhir
Impiannya untuk ke Matrikulasi tercapai.
Along ditawarkan  ke Matrikulasi Cawangan Melaka.
Ibu ingatkan dapat la Along ke Matrikulasi Cawangan Johor di Tangkak.
Dekat sikit dari rumah kami....hu.hu.hu.....
Namun ibu bersyukur kerana Allah makbulkan doa-doa ibu
untuk melihat anak-anak cemerlang....

Pernah ibu cadangkan pada Along untuk
memohon IPGM.
Along: tak naklah ibu, along tak minat jadi cikgu.
Along tengok ibu ni asyik sibuk je.....

Apapun ibu doakan agar Along terus berjaya.
Jangan sia-siakan peluang yang ada.....
Perjalanan Along masih jauh.
Semoga Along menjadi contoh terbaik untuk adik-adik.....

 Along harapan keluarga.
Anak sulung dan cucu sulung sebelah ibu.
Pagi2 Along sms untuk maklumkan khabar gembira pada ibu...
Saat ini along masih berada di kampung.
Alahai Along, bila la nak balik Johor nie?????

 Best friend Along.
Kalau tak silap ibu, best friend along pun dapat tempat yang sama.....

Syukur padaMU Ya Allah kerana permudahkan segala-galanya.
Sentiasa makbulkan doa-doa kami.....
Aku bersujud padaMu Ya Allah......
Juga terima kasih pada rakan-rakan blog ibu yang
sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ibu sekeluarga.....

13 April 2012

Kerinduan..

Rindu pada Along makin mengunung.
Sejak tamat sekolah dah 2 kali Along balik kampung.
Kali ni Along kata dia nak tinggal lebih lama kat kampung.
Cucu manja atok mama dan atok ayah gitulah.
Apa yang Along nak, dia akan dapat di sana....
Dilayan bak puteri...hu.hu.hu......
Bila Along nak balik Johor??????
Farouk dan Along yang banyak persamaan tetapi sering tidak sependapat.....

29 Februari 2012

Insomnia?

Kesian Along a.k.a Farah Nabilah.
Dah 3 minggu rupanya dia mengidap insomnia..
Masa baca blog Along baru ibu tahu Along mengidap insomnia.

Tahu tak apa tu insomnia????
Sejenis penyakit yang tak boleh tidur malam tu.....
Ala-ala burung hantu!!!!!!

Budak along ni pun satu.
Suka sangat merahsiakan sesuatu dari ibu.
Terkadang ibu pun tak faham along ni.
Orang yang banyak tahu rahsia dia cuma angah.

Bila dapat tahu ibu terus angkut Along ke klinik.
Risau juga sebab dah memakan masa 3 minggu.
Tapi yang tak bestnya bila doktor bekalkan ubat tidur.
Banyak kesan yang tidak elok kalau kerap amalkan.

Ibu pun buntu juga.
Tak tahu cara terbaik untuk atasi masalah Along.
Langkah pertama ibu suruh Along amalkan minum horlicks.
Nampaknya agak berkesan.
Moga penyakit along cepat ok.

Kekawan ada tak petua untuk atasi masalah along nie?????

20 Februari 2012

Gajet Baru Along

Dah bertahun-tahun Along mengidam hp baru.
Hp pertama adalah hadiah dari Ayah Mie (adik ibu)
 sempena result cemerlang Along dalam UPSR.
Hp kedua Along jenama Samsung hasil wang simpanannya .
Along dah beri hp tu pada ibu beberapa tahun lepas.
Dalam erti kata lain, Along lelong pada ibu....he.he.he......

Sejak itu ibu lihat Along tak kisah sangat pasal hp.
Pakai mana yang ada.
Sewaktu tahun mengambil exam PMR (2009) dan SPM (2011), 
dengan rela hati Along langsung tidak menggunakan hp.

Hari ini ibu nampak along begitu ceria.
Hp yang diordernya beberapa hari lalu telah sampai ke tangannya.
Lebih manis hp dibeli dari hasil titik peluhnya sendiri.
Duit hasil jualan aiskrim + penanda buku + upah binding buku PPIM + duit simpanan.

Bukan ibu nak menyusahkan anak-anak ibu.
Ibu nak didik agar anak-anak faham dan mengerti bertapa susahnya
untuk mendapatkan duit........

Gajet baru Along....

12 Februari 2012

Kerja Baru...

Tugas baru Along.
Selain jadi penjual aiskrim batang a.k.a Kakak Aiskrim
Along juga buat bisnes penanda buku.
Tak sia-sia ibu suruh Along ambil kertas tambahan Akaun masa di form 4/5.
Walaupun Along dalam aliran sains tulen tetapi
pihak sekolah beri peluang untuk ambil 1 subjek tambahan,
Along memilih subjek Akaun......

Penanda buku yang telah siap diproses oleh along.
Dan siap untuk dijual di kedai buku sekolah....

Sekarang ibu rasa teramat lega.
Balik sekolah rumah dah siap dikemas,
nasi + lauk sudah siap dimasak.
Kain baju dah siap berjemur dan berlipat.
Dan yang paling best, sekarang along juga
mengantikan ibu sebagai "mak cik supir".
Menjemput Angah dan Beby pulang dari sekolah.
Masa rehat dan santai ibu bertambah......

Along dah mendapat lesen memandu awal Feb...

Terima kasih Along kerana banyak membantu ibu.
Dan hati ibu mula gundah gulana bila memikirkan,
macam mana nanti bila Along mula melangkah keluar
untuk memulakan penghidupan jauh dari ibu nanti......
Mampukah ibu melawan kesedihan dan kerinduan yang bersarang di hati??????.


18 Januari 2012

Kakak Aiskrim.....

Hari ini lambat bersiaran.
Kesibukkan yang ditahap maksimum.
Pagi tadi terima lagi call dari PKG.
"Cikgu, Hari Jumaat ada interview calon NILAM..."
"Nanti cikgu bawakan murid bersama profail murid, rekod catatan, bla..bla..bla...."
Fuh!!!!..sabar jelah....

Hari ini nak cerita tentang Along yang sedang "Tanam Anggur"
kat rumah.
Lepas SPM Along duduk rumah + belajar kereta......

Kerja baru Along sekarang ni jadi "Kakak Aiskrim".
Kelakarkan bunyinya.
Sejak semalam Along gigih buat aiskrim.
Ibu ingatkan nak bagi adik-adik makan rupanya nak jual.
Bila ibu tanya, Along kata nak tambah pendapatan sementara tak buat apa-apa.
Tukang promosi aiskrim ialah Farouk dan Naurah.
Mereka akan dapat upah aiskrim jika ada kawan-kawan mereka beli.
Macam kejam je bunyinya...

Hari ni adalah kawan-kawan farouk datang beli aiskrim.
Kebetulan budak-budak tu mengaji al-quran di surau depan rumah ibu....
Aduhai kelakar lak tengok Along berlari keluar masuk melayan pelanggan kecil tu...

 Entah perisa apa warna hijau kuning.
Ibu pun belum rasa.
Kalau nak rasa kena beli.
1 batang 20sen..
He.he.he...Sabar jelah.,....

Sambil tu Along ambil upah photostat dan binding buku catatan PPIM ni.
Sebelum ni ibu hantar kedai je tetapi sementara ada si "pengangur" 
kat rumah ni ibu suruh Along uruskan.
Dari hantar kedai, proses menyusun dan binding semua Along buat.
Bila dikira semua kerja-kerja tu dapatlah upah dalam RM96.
Kerja tu selesai dalam setengah hari je......
Boleh la buat duit poket tu.
Biar dia belajar bukan senang nak dapat duit.....

12 Januari 2012

Bahagianya...

Sejak naik sekolah tahun 2012 ada peristiwa yang 
tidak bahagia (kerana beban kerja yang melampau) dan ada kisah bahagia.
N3 ni ibu nak cerita kisah bahagia ibu.
Bahagia kerana pagi-pagi ibu tak sesibuk tahun-tahun yang lalu.
Maklumlah kat rumah ni dah ada "maid" free...

Pagi-pagi tugas ibu hanya separuh ibu uruskan dan 
separuhnya si "maid" yang lakukan.
Bestkan!!!!

Oppsss!!! 
"Maid" yang ibu maksudkan itu Along..
Maaf ye Along..
Ibu gurau-gurau je....

Nilah pembantu ibu.
Sekarang ni tugas memasak dah dijalankan secara bergilir-gilir.
Kadang-kadang Along masak dan selebihnya ibu yang masak.
Kalau nak diserahkan terus pada Along tak boleh la pulak.
Nanti Ayah dan anak-anak akan rindukan masakan ibu yang enak ini..ha.ha.ha...yelah tu.
Kalau ikutkan Along tak kisah tetapi ibu rasa tak adil la pulak tugas ibu nak 
serahkan bulat-bulat pada Along.
Mentang-mentanglah Along bercuti panjang, ibu pula nak ambil kesempatan....

Tapi yang bestnya, bila balik rumah semuanya dah kemas.
Kain baju dah siap berjemur.
Sinki dah bersih dan kemas.
Rumah siap bersapu.....
Best...best...best....

Dan yang paling best, pagi-pagi ibu sempat mengadap lappy
sebelum pergi ke sekolah....he.he.he.....

About me