Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label AB-PENANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AB-PENANG. Papar semua catatan

5 Julai 2012

Toys Museum @ Penang

Destinasi ke 2 selepas ke Bukit Bendera kami ke Toys Museum.
Budak-budak memang suka la tempat ni.
Maklumlah ada macam-macam watak toys kegemaran mereka.
Cikgu-cikgu sekadar lepak-lepak memerhati gelagat mereka.
Lagi pun keadaan kat dalam ni agak sempit dan kurang selesa.
Baunya pun kurang menyenangkan.
Toilet lak.......???????..hu.hu.hu......

Pintu masuk....

Toys yang dipamerkan...

Farouk dan Udin...BFF.....

Dari sekecil-kecil toys kepada yang paling besar....


 Ada sesuatu yang mula menarik minat farouk.

Mula mencangkung.....

 Dah tidak bergerak-gerak....
Begitu kusyuk dia di situ...
Apa la agaknya yang begitu menarik perhatian Farouk.....??????

 Apa lagi kalau bukan kereta-kereta tu.
Lama Farouk di situ.
Tak bergerak-gerak....
Usikan cikgu-cikgu dah tidak diendahkan lagi....

 "Farouk : Bestkan ibu kalau kereta-kereta tu semua farouk yang punya...."
Kalau Farouk kaya, Farouk nak beli semua kereta tu..
Ibu : Yelah Farouk, beli sekali muzium ni bawak balik.......

 Matanya terus fokus pada kereta...dan kereta....
Toys lain dah tak diendahkan....

Terus dikeluarkan waletnya tu.....
Farouk : kereta tu dijual tak ibu???????
Alahai farouk!!!!!

p/s:
Jap lagi nak p meeting....JOM!!!!!


4 Julai 2012

Borong Asam @ ChowRosta

Tidak sah kalau pergi Penang tak beli asam jeruk yang best....
Asam kat Penang memang yang terbaiklah.
 Di Chowrosta....

 Farouk kecoh nak cari kereta hot wheels kat sini..
Alahai mana ada farouk oooiiii.....
Jenuh kami ronda-ronda sekitar CR...

 Kalau pergi ke sini memang ibu dan ayah biasanya terjah kedai Nasir Jeruk nie......
Layanannya memang terbaik....

 ibu sedang memilih asam sampai tak hinggat....Ceduk sana, ceduk sini......

Dan akhirnya budak ni kepenatan melayan si ibu yang hampir lupa diri......

Akhirnya asam ini jadi mangsa anak-anak dan ayah jelah kerana ibu memang alah dengan asam jeruk.
Sedih tau bila setiap kali buka petiais mata akan tergoda melihat asam yang menimbun2 kat dalam tu...hu.hu.hu...
Kalah membeli, kalah memakan....

Rumah P.Ramlee, Penang.

Destinasi ke 2 rombongan kanak-kanak riang ria ke Rumah P.Ramlee.
Jalan di PP memang sentiasa jem teruk yang melambatkan perjalanan kami.
Apapun anak-anak itu tetap sabar dan penuh dengan gelak ketawa.....

Dari Bukit Bendera kami menuju ke sini.....
Pintu masuk ke Rumah P.Ramlee....

Naurah .......

Farouk di pintu pagar.....
Rumah P.Ramlee....
Ibu pun tak sempat naik kerana di dalam tu dipenuhi anak-anak murid....
Depa suka suki buat macam rumah atok nenek diaorang je......
Siap lepak-lepak dan sembang-sembang kat dalam dan beranda tu...alahai...
Cikgu terpaksa mengalah......hu.hu.hu....

Alahai masing-masing melaram dengan spek hitam...ala2 60an la tu konon....
Entah kat mana la budak-budak ni beli spek tu.
Habis duit dok beli macam-macam.....
At last cikgunya kena belanja depa air cendol yang nyummy...
Memang sedap air cendol yang dijual berhadapan pintu masuk tu...
p/s: Dinas, kalau p situ jangan lupa pekena ayeq batu cendol no....sedap!!!!.

Naurah bersama cikgu Khudhairi dan Cikgu Hamdan.

Naurah bersama kawan-kawan...

Farouk yang malu-malu.........

dan lagi.....

Entah stail apa la farouk posing tu.....
Ni dibahagian hadapan galeri.
Kat dalam tak boleh snap gambar.
Di dalam tu banyak barang-barang kenangan kepunyaan P.Ramlee....
Di sini ibu sempat belikan FM dan keychain sebagai kenangan.....

Makanan tengahari kami ditaja oleh kerajaan negeri.
Lauk-lauk kt Penang ni memang terbaik lah....
Amat kena dengan selera ibu yang amat mengemari makanan ala-ala mamak......

Destinasi seterusnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........

3 Julai 2012

Bukit Bendera Pulau Pinang

4 hari menyepi dari dunia blog.
Rindu kalian semua.
.
Selesai sudah Program Lawatan Tahunan rutin dan memenatkan tetapi menyeronokan.
Budak-budak yang seronok sebenarnya....
Cikgu-cikgu kepenatan..
Saban tahun itulah sebahagian tugasan wqjib ibu dan rakan-rakan yang terlibat..
Bertindak pula sebagai duta....bukan duta produk ye...he.he.he....
Semasa di Penang kami pergi ke beberapa destinasi.
Membawa 88 orang murid + guru-guru dan beberapa orang wakil PIBG.
Bayangkan memegang amanah yang berat.
80 nyawa jadi tanggungjawab.

Destinasi pertama ibu dan rombongan ke Bukit Bendera.
Masa ibu pergi ke Penang bersama family tahun lepas,
kawasan Bukit Bendera ditutup kerana sedang dalam proses baik pulih.

Anak-anak di bawah tanggung jawab ibu dan rakan-rakan...
Syukur kerana mereka anak-anak yang mendengar kata.
Patuh pada arahan dan menepati waktu......

cikgu yang menyelit.
Bila tengok gambar-gambar yang diambil,
hanya ada 2 keping je gambar ibu yang terselit.
Itu pun anak-anak murid yang menawarkan diri untuk snap gambar cikgunya......

 BFF- Udin dan Farouk.
Mereka berdua ni memang rapat....
5 minit bergurau senda, 
5 minit bergaduh sakan, 
5 minit bertegang urat....
5 minit lena beradu.......
Alahai.....sabar jelah.

BFF.....

Menuju ke puncak......
riuh rendah suara anak2 ini di dalam train.
Nasib baik la 1 train tu hanya dimuatkan dengan anak-anak murid ibu.
Kalau ada orang lain mau kena kejutan budaya + sawan dengan kerenah kanak-kanak riang nie....

Farouk skodeng apa tu????????
Katanya dia nampak anak bulan Syawal...
Apa-apa ajalah farouk.

Bosku Bondaku...boleh ke macam tu...??????
Tapi bos ibu memang amat baik dan penyayang.
Terkadang bila berada disisi bonda, ibu rasa amat-amat rindukan mama di kampung....


 Lihatlah bertapa mesranya seorang guru besar sekolah ibu.
Memeluk Naurah dan Farouk umpama memeluk cucu.....

Posing dengan kakak dari sebuah kolej.
Macam mana hati si kakak2 tu tidak cair bila farouk memanggil mereka "kakak cantik"...walah....

Peti surat berusia lebih kurang 200 tahun....

Di sini ibu sempat beli souvineer FM, keychain dan t-shirt untuk anak-anak.
Harga barangan di sini murah juga, lebih kurang sama juga di Chowrosta.

Semalam pergi ke sekolah dalam kepenatan.
Rombongan kami tiba di sekolah pada 12.30 malam
dan paginya bersekolah macam biasa......

*Tunggu ke destinasi seterusnya........

9 Jun 2011

Vacation @ Penang

Habis siri jelajah kt Negeri Perlis,
OTW ayah tanya pendapat anak2 nk p mana????
Bukan main seronok lagi la budak2 tu...
Tempat percutian di atas pilihan mrk.
Bayangkan 5 org so 5 tempat percutian yg ayah kena bawa mereka.

Macam dh pakat2 mereka suggest nk p ke Penang.
Mmg dh lama tak ke PP..
Last sekali kami ke sana th 2006..
Lama tu......

So dari HWay melencong ke PP.
Sampai je kat sana semestinya ayah cari dulu hotel penginapan.
Puas pusing2 1 bandar ttp semua hotel penuh.
kalu ada pn cuma tinggal 1 bilik jerrrr.
1 bilik mmg xcukup la utk kami....
Rakyat jelata kami ramai.....
So ibu cadangkan kami keluar je dr PP n pergi bercuti ke destinasi lain..
Namun ayah xcpt mengalah.
Xnk hampakan anak2....
At last dpt la motel kt tengah2 bandar George Town...
Mmg seharusnya kena tempah 2 bilik.
Mmg anak2 xgitu selesa dgn motel tu ttp nk wat camne, 
ayah dh bayar pn...hu.hu.hu...
Yelh bilik kt motel xselesa mcm xhotel.
Redha jelh....

Rancangan awal nak ke Bukit Bendera.
Tetapi terpaksa dibatalkan dh hampir sampai ke destinasi cz
kebetulan hari tu ada pesta bunga so jln ke sana mmg sesak.
Jem gilerrrr!!!!!
Terpaksa ayah batalkan rancangan.
Kebetulan hujan turun renyai2...
So kami sekadar pusing2 satu bandar dan singgah ke
Taman Kota Lama nie....

Posing di pintu masuk.
Kami dh pernah dtg sini n mmg xbyk yg berubah....

Along n Angah yg teruja sangat nk ke sini..
Maklumlah mrk belajar Sejarah kt sekolah.
Masa dtg dulu mrk masih xfaham kesan sejarah yang ada kat sini...
Sibuk nk tengok tiang bendera Union Jack..( eh!!! ye ke ibu nie...hi....)

posing lagi sebelum masuk ke dalam....
Tiket masuk yg termurah ibu rasakan.
Dewasa RM2 dan Kanak2 RM1 jerrr.....

Pintu masuk melalui jambatan kayu....

Betul2 di pintu masuk.....

  sudut pameran bergambar kesan2 sejarah.....

tu dlm penjara...alahai anak sapa la tu kena kurung.....


ni dekat deretan meriam lama....di atas kubu...

 ni kat atas kubu mengadap ke laut.....

pemandangan dari kubu sebelah belakang berlatarkan bangunan......

di pintu masuk/keluar kubu.....


sebelum bertolak ke destinasi percutian seterusnya sempat juga la anak2 bersantai2 kt taman nie...
Yang besar pn sibuk juga nk main...hu...

Jajan yang wajib dibeli kalu p Penang.....

Selamat Tinggal Penang..
Entah bila la nk mai lagi sini.......

About me