Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label A-BANDUNG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label A-BANDUNG. Papar semua catatan

11 Jun 2013

Shopping Terkenal di Bandung

Ibu sambung lagi kisah seterusnya di bandung.
Motif utama ibu ke Bandung sememangnya untuk bershopping....hehehe...
I love shopping.....
Ibu rasa kebanyakan kaum wanita ke Bandung ingin bershopping.

Semasa di sana ada beberapa tempat yang ibu pergi.
Di sini ibu akan senaraikan beberapa tempat yang selalu dikunjungi bila ke sana.
Manalah tau kot-kot ada rakan-rakan yang ingin ke sana nanti....

A.Pasar Baru Trade Center
Inilah pusat membeli belah yang paling femos di kalangan rakyat Malaysia.
Kalau tak silap ibu, bangunan ni 7 tingkat.
Parking kereta di dalam bangunan.
Memang besar dan luas.
Kalau setakat 2 hari jelajah kat sini memang tak habis.
So kalau datang Bandung pastikan poket penuh dan habiskan masa 3 hari di sini ye.
Macam-macam ada di sini......
Tapi hati-hati kerana di sini kerana ramai pencopek.
Pastikan pakai beg sandang dan pegang beg tu erat-erat.....

Kalau tak biasa boleh tersesat.
Ada juga perkhidmatan pemandu pelancong tak bertauliah.
Bila-bila masa mereka akan membantu tapi yang penting kita beri sedikit tips untuk mereka.
Bazar ni akan ditutup pada pukul 5 petang waktu tempatan.

Sentiasa sesak...

 Bahagian paling bawah.
Di sini kena hati-hati kerana ramai peragut.....

Kain ela amat murah di sini.

 Bahagian dalam memang selesa kerana kedainya tersusun dan ada aircond.
Di sini kena pandai tawar menawar.
Pastikan tawar separuh dari harga yang diletakkan.
Terkadang kita pun terikut dialek diaorang...ter'over' sudah.....hehehe...
Biasanya sepasang kain berharga antara Rp100,000- Rp 200,000 bergantung
pada jenis material.
Di PB biasanya peniaga jarang menerima duit RM berbanding di Vietnam.
Jadinya pastikan duit pertukaran RM mengcukupi.
Kalau kekurangan duit jangan risau kerana di PB disediakan tempat pertukaran
matawang cuma nilainya lebih murah berbanding nilai semasa.

Kalau terasa dahaga tak perlu risau sebab ramai penjaja air mineral
dan air kotak disetiap aras....

 Muka Along yang dah bosan....hehehe....
Maklumlah di sini tidak ada yang menarik bagi remaja macam along.
Kebanyakannya dijual kain pasang, telekong, kain batik dan tudung..
Blouse pun buatan tempatan.....remaja manalah minat........

 Ibu yang dah lupa diri......

 Hari ke 3 kami datang lagi ke PB.
Sekali datang tak akan cukup kerana bangunan ini besar.
Perkhidmatan escalator dan lif di sediakan.
Pastikan pakai beg sandang macam ibu tu ye untuk keselamatan.

 Dah penat....berehat seketika....

Salah satu kedai yang femos di Pasar Baru.
Setiap tingkat ada cawangan Sir Cinta.....
Kainnya lebih berkualiti dan exclusif sebab tu harganya lebih mahal......
Kalau nak tempah baju pun boleh.
Mereka boleh siapkan dalam masa 1 hari saja.
Upahnya pun teramat murah.
Serendah RM15.

 Tingkat ke 7.

Pemandangan dari atas bangunan.

B. Batik Bidadari, Taman Kopo Indah.
Ibu and the geng di bawa ke sebuah taman perumahan.
Menurut pemandu pelancong, kain pasang di sini yang paling murah berbanding di Pasar Baru.
Menurutnya, di sinilah merupakan pengeluar produk kain sulam dan manik
sebelum di hantar ke Pasar Baru....
 Disebalik timbunan kain.....


 Bila ibu sudah rambang mata....huhuhu....

Si comel Ecah ni pun dah berjangkit dengan makcik2nya..
Kiranya pelapis dan bakal kaki shopping....hehehe....

Sebakul kain pilihan kalbu.
Kalau ikutkan hati maunya semua kain sulam + manik2 kat situ ibu angkut.
Sangat murah.
Harga 3X ganda murah berbanding di Malaysia.
Kat sini ibu habiskan dalam RM1K+.

C. Toko Tiga
Tempat yang buat Along tersenyum bahagia dan ibu tersenyum kelat.
Di toko ini semuanya barang-barang branded.
Harganya lebih murah berbanding di Malaysia.
 Antara barangan yang dijual ialah jeans berjenama, t-shirt, blouse dan macam-macam barangan kulit.
Memang ramai rakyat Malaysia yang datang ke sini.

Senyuman penuh makna......

 Tersenyum puas setelah menghabiskan lebih rp 500,000
 untuk 3 helai blouse berjenama....huhuhu...

 D. Paris D Java
OTW balik ke penginapan, kami dibawa ke sini.
Outlet yang tersergam di depan mata.
Ianya lebih kurang macam JPO kat Johor Bharu tapi dalam bangunan yang luas.
 Awal-awal ibu dah warning along agar tak beli apa-apa di sini.

 Kat sini tak ramai pengunjung.
Mungkin harga barangan branded agak mahal....

 Sogo pun ada...Pasar raya Giant pun ada di outlet nie...


Bahagian dalam.
Tak ramai orang.
Di sini ibu ke bakery untuk mengisi perut..
Cheese cake dan roti amat murah berbanding Malaysia.

E. Kartika Sari
Pusat jualan kek lapis yang terkenal di Bandung.
Di sinilah pelbagai jenis kek, biskut dan makanan keluaran Indonesia dijual..
Tempatnya juga luas dan selesa serta berhawa dingin..
Bersebelahan KS ada pusat pertukaran matawang.

 Pintu masuk.

Bahagian dalam bangunan.
Ada juga kedai pakaian dan handbag di sini.

 Sedang memilik kek yang beraneka perisa.


 Bahagian luar bangunan.

Di luar bangunan pun kena hati-hati kerana ramai peminta sedekah dan penjaja jalanan.

F. Cibaduyut-Barangan Kulit Asli
Cibaduyut juga terkenal dengan barangan kulit asli berjenama terkenal.


 Kami berada di bahagian dalam outlet je.
Tak berani keluar sebab di pintu depan dah ramai penjaja jalanan menunggu mangsa...huhuhu...
Sebenarnya di bahagian luar ada gerai yang menjual pelbagai jenis barangan
dengan harga yang murah.
Selipar serendah Rp10,000 = RM3+.

Handbag dan kasut memang cantik.
Jenama coach, polo, prada, Lv dan macam-macam ada di sini..

Teddy bear pun banyak.....


Seterusnya kami ke outlet yang menjual beg dan kasut kulit berjenama
yang terletak tidak berapa jauh dari sini. .
Masuk ke sini ibu mula rambang mata.
Sabar jelah...

Handbag yang membuat jiwa ibu tak tenteram....
Bermula dari puluhan RM hingga berbelas ribu RM......huhuhu....

Kasut-kasut kulit berjenama.

 Di sini ibu beli sepasang kasut kulit...

G. Chempelas
Malamnya kami di bawa ke sini.
Di CP pun ada outlet branded tapi kurang menarik sikit
sebab jalannya amat sesak.
Barang-barangnya pun agak ketinggalan zaman.
 Kenderaan bersimpang siur...
Kena berhati-hati.

 Setiap outlet ada tema watak superhero......

 Along beli 2 buah beg dan cenderahati di sini...
Ibu dah tak larat dah.
Dompet pun dah kempis...huhuhu.....
Kami habiskan stok duit Rp di sini kerana ianya malam terakhir di Bandung.

Ada juga gerai disepanjang jalan yang menjual t-shirt, kasut, cenderahati dan macam-macam..

Kaum ibu posing sebelum balik....
Yang pasti kaum ibu ini sudah hampir muflis setelah beberapa hari bergelar jutawaan Indonesia....
hehehe.....

*Ada kawan blog mengadu tak boleh tinggalkan komen.
Kalau ada masalah klik SINI .

10 Jun 2013

Tangkuban Perahu @ Jawa Barat.

Salam Isnin semua.
BACK to SCHOOL.......
2 minggu cuti rasa dah kekok pula nak pergi kerja...
Walah...ayat mengada-ngada.....

Balik dari Bandung sibuk manjang.
Memenuhi sisa-sisa cuti di sini.
Tak sempat  nak update bagai walaupun banyak cerita menarik di sana...huhuhu...

N3 hari ini ibu nak cerita tentang destinasi wajib dikunjungi kalau ke Bandung.
Hari ke 2 di Bandung kami di bawa ke Tangkuban Parahu, Jawa Barat, Indonesia.
Perjalanan memakan masa 2 jam dengan jalan yang penuh mendebarkan...
Aventure la pulak rasa.....
Jalannya ala-ala ke Cameron Highland tapi lebih mencabar sebab
jalannya lebih kecil, selekoh tajam, kenderaan sesak dan jalan tidak rata dan sempit......
Fuh!!! sepanjang perjalanan ibu rasa jantung bagai nak tanggal...

 Pokok di kiri kanan menghala ke puncak gunung......
Ada kempen menanam pokok oleh pemimpin di sana.
Mungkin sudah kekurangan pokok kerana kepadatan penduduk...

 Ladang teh yang sayup mata memandang....
Tak ubah macam Cameron Highland..

 Ibu pun tak pasti pokok apa nie.
Tinggi sayup mata memandang.
Tersusun indah.
Yang peliknya ada tertulis "air suci dari atas" berserta anak panah ke atas  di batang pokok.....
Confius jap...

Kerisauan ibu berakhir bila berada puncak gunung yang indah..
Ketibaan kami disambut oleh penjaja jalanan.
Rimas betul ibu....huhuhu...

Tak sah kalau ke sini  tak bergambar di pintu masuk utama.
Cuaca di sini sejukkkk bangat.
Lebih sejuk berbanding Cameron Highland dan Genting Highland.
Mungkin belum tercemar.
Tiket masuk kalau tak silap ibu RP50,000 = RM16.70 seorang.

 Penjelajahan bermula....

Posing dulu.....

 Ibu dan Along...

Pemandangan dari atas gunung....luas kawasannya.
Masa berjalan kena hati-hati walaupun disediakan tangga-tangga batu.
Juga kena sentiasa berhati-hati dengan penjaja jalanan yang sentiasa mengekori kita ke mana-mana.

Sayup mata memandang....di bawah tu adalah deretan kedai menjual cenderahati.

Kawah Gunung Berapi.....

Berlatarkan kawah gunung berapi....

Ibu dan Along....

Along...

Kumpulan kami......Ada 1 family lagi di belakang yang tidak sempat bergambar...

Menikmati keindahan alam ciptaan Allah......

Model Gunung Berapi.....hehehe....

Pelbagai aksi along.....hehehe.....


Menuruni cerun yang curam dan agak licin....
Menapak dengan berhati-hati.
Dah la selipar ibu putus...huhuhu...sadis sungguh.....
Kawasan jualan cenderahati.
Yang paling rimas bila dikerumuni penjaja jalanan.
Depa suka guna "akta paksaan"...

Along lagi dan lagi.......

Buah rasberry dan strawberry yang segar dan manis....
Tak sedar ibu boleh habiskan sepaket dalam sekelip mata...

Tasbih daripada batu.
Penjual ni mengejar ibu sampai ke van...huhuhu.....


 Berehat seketika setelah penat di kejar penjual jalanan...
Rasa macam "retis" pun ye..glemer gitu...huhuhu.....
Dalam 2 jam kami di sini..Itupun tak habis siri penjelajahan akibat banyak gangguan..

Selamat tinggal Tangkuban Parahu.
InshaAllah, kalau ada rezeki kami akan datang lagi.....

About me