Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

24 Jun 2016

Selamat Hari Tua

Bersua di Ramadhan ke 19.
Hari ini bertambah lagi usia ibu.
Hari Lahir yang kini tidak pernah ibu ambil perduli...

Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan lagi sisa-sia usia.
Masih beri ruang dan peluang untuk ibu melihat anak-anak membesar..
.melihat seorang demi seorang anak-anak melangkah membina kejayaan....
Memberi peluang untuk ibu perbaiki kelemahan diri dari hari ke hari..
Memberi peluang untuk ibu menabur bakti yang tidak seberapa....

Terima kasih Allah kerana kurniakan ibu rezeki melimpah ruah...
Anak-anak yang baik...
Kesihatan yang baik dan kebahagian yang bertambah mekar....
Itulah rezeki dah rahmat Allah buat ibu...

Bagi ibu ulang tahun bermakna hari semakin diambang senja...
Semakin hampir ke penghujung jalan.
Semoga Allah berikan lagi sedikit waktu untuk ibu melihat anak-anak berjaya
membina hidup sendiri......InsyaAllah..

Seperti biasa ibu dan family akan menerima kek sponser dari seorang insan yang sangat baik hati.
Terima kasih bergudang lemon Sir Lee atas kiriman kek mocca yang sangat sedap. 
Ibu doakan agar Sir sentiasa murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

 Terima kasih buat kaum keluarga.....rakan-rakan yang sejak diawal pagi memberi ucapan dan mendoakan kesejahteraan ibu melalui w,apps, fb, dan ig..
Terlalu bahagia memiliki rakan-rakan yang begitu perihatin dan hebat.
TERIMA KASIH semua.....

Selingan.....
Ibu di usia 20an....bersama 3Farahs. 
Dan sekarang 3Farahs pula dah di usia 20an.....
Terlalu cepat masa berlalu meninggalkan kita.

23 Jun 2016

2 Kali Musibah

Kisah ni juga dah agak lama terjadi.
Maklumlah..ibu suka peram n3 macam orang buat pekasam.....

Ceritanya bermula bila ibu tengok kecomelan bunga-bunga rose jepun
yang ditanam di sekolah.
Maka tergedik-gedik jugalah ibu nak tanam pokok-pokok ni di halaman rumah.


KISAH 1
Maka suatu hari ibu pun  sibuklah memetik tangkai pokok tu.
Sampai rumah....keluar kereta terus capai cangkul.
Bagai ditarik-tarik tangan ibu untuk mengcangkul tanah.
Tiba-tiba...bersembur keluar air dari tanah...
Ya Allah...berderau darah ibu.
Batang paip pecah terkena hanyunan cangkul....
Panik...takut...risau dan binggung.
Orang yang tak pernah pegang cangkul..sekali mengcangkul habis lakukan kerosakkan.
Bimbang dan risau en Ayah marah.
Terus ibu berlari tutup paipbesar...
W.apps En Ayah.
Hantar macam-macam emoji. Emoji nangis..emoji sedih...emoji panik dll.
Siap-siap mintak maaf sebelum kena marah.
Ibu tahu mesti en Ayah dah gelak sakan baca ayat-ayat sedih dan emoji2 yang
mengambarkan kesedihan ibu tu.....

Bila dengar kereta En Ayah...ibu cepat-cepat bukakan pintu..
Sambut depan pintu padahal tak pernah dibuat sebelum ini.
Buat muka sedih mintak simpati.
Cerita...bla..bla..bla....dari A-Z.
En Ayah : Emmm...nanti petang sikit lah abang betulkan....
Aik....gitu je jawapannya...menjadi jugak lakonan ibu.
Mungkin En Ayah kesian tengok muka ibu yang sedih....
Terus muka yang sedih jadi gembira + tersengeh-sengeh macam kerang busuk...ha3x...


KISAH 2
Tidak cukup dengan apa yang ada dan bersifat tamak haloba maka
kali ke2 ibu sekali lagi memetik tangkai pokok 'rose Jepun".
Tengah leka memetik tiba-tiba handphone dalam handbag terpelanting jatuh
atas simen pero.
Retak cerminnya......Huwaaaa.....rasa nak meraung kat situ.
Baru 1 minggu guna Samsung Note ni.......
Apalah malang sangat angkara pokok 'rose Jepun" ni...
Alahai...banyak ujian kali ini.....

Sekarang pokok tu sedang mekar berbunga di laman rumah ibu.
Disebalik kemeriahan bunga2 comel tu terselit kisah pahit.

21 Jun 2016

Kisah Cuti Di Kelantan

Maaf lah ye terpaksa melayan n3 ibu yang agak berlapuk.
Ibu ni kalau buat n3 ikut mood.
Kalau datangnya kerajinan maka wujudlah 2-3 n3 tapi yang jadi masalahnya
 ibu peram dulu dalam draf.

Kisah cuti sekolah hari tu ibu balik ke Kelantan bermula 27.5.2016-5.6.2016.
Tak banyak aktiviti kali ni sebab ibu banyak habiskan masa menjadi Baby Sitter pada anak-anak saudara..klik SINI

Pintu gerbang yang buat hati ibu berbunga riang.....

 Ibu sempat pergi ke Pengkalan Kubur.
Beli alatan untuk raya kononnya..
At last barang-banrang tu tertinggal di kampung.....huhuhu....
Ni gambar depan kedai kawan ibu D.
Nadi Collection.
Juga rakan zaman persekolahan dulu.
Kalau sapa-sapa pergi Pengkalan Kubur bolehlah singgah sebab handbag kat kedai D
ni memang berkualiti tinggi dan cantik.....
D sendiri yang pergi obesi dan pilih rekabentuk terkini.
Dekat-dekat nak raya ni katanya stok baru dah sampai.....
Meh la ramai-ramai menjana pendapatan rakan-rakan kita....
Kalau nak diskaun cakaplah kawan D...he3x.....ok tak D?
p/s: Dapat diskaun tak untuk Y tolong promosi kedai D?...he3x...

 Sempat ibu meluangkan masa ber'dating' dengan BFF ibu Nie dan Yatie.
Kawan zaman persekolahan dan sampai sekarang kami masih rapat....
Itupun setelah anak-anak dah besar dan kami dah punya banyak masa terluang...
Bila jumpa tak sedar masa berlalu..
Rasa begitu pantas.
Terima kasih Nie belanja makan dan Yati bawakan roti jala dan popia sira yang sangat sedap.
Yati ni memang pakar dalam masakan....

Along, Angah, Ayah Yu dan Ayah Su pun berpeluang ber'dating'.
Lagi best 2F ni selalu dapat makan free sebab Ayah Yu dah kerja..
Pantang keluar pasti Ayah Yu akan belanja makan.
Ibu suka tengok kemesraan 2F dengan bapa saudara.
Umur mereka tak banyak beza dan keakraban mereka terjalin sampai kini...Alhamdulillah...

18 Jun 2016

Pandu Puteri Peringkat Negeri dan Kebangsaan

Kisah yang dah nak hampir basi juga ni.....
Tapi tepek jugalah untuk kenangan Kakak a.k.a Farah Naurah.

Pada 2.4.2016 yang lepas...Kakak terpilih untuk ke
Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2016 Pandu Puteri 
Peringkat Negeri Johor.
Tak banyak yang Kakak kongsikan dengan ibu sebab kakak ni
seorang yang agak pendiam.
Bila ditanya baru nak bercerita.

Gambar pun ibu jumpa sekeping ni je......

Pada 31 Mei 2016 hingga 2 Jun 2016 sekali lagi Kakak tarpilih.
Kali ini mewakili Negeri Johor pula ke Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur.
Sebenarnya masa tu kami dalam dilema.
Kakak terpaksa ke program tu masa cuti sekolah.
Sedangkan masa tu saja Along dan Angah cuti.
Beby pulak ada program sebagai Juri Taekwando di Kuantan.
Ayah macam biasa terbang sana sini dengan kerjanya yang tak pernah habis....
Ibu nyaris nak batalkan balik kampung sebab program Ayah dan anak-anak
bertindih dengan tarikh ibu balik kampung....huhuhu....

Setelah berbincang dengan 5F dan mengambil pandangan cikgu Kakak maka dengan
rela hati Kakak sertai program tu.
Yelah kan...bukan senang nak join aktiviti Peringkat Kebangsaan.
Ibu pun dengan berat hati terpaksa bersetuju sebab sebelum ni ibu tak pernah
tinggalkan Kakak kalau balik kampung atau pergi luar dari Johor....

Kakak dan beberapa peserta daerah berkumpul sebelum bertolak....

Aktiviti Kakak di sana.
Mehlah kita tengok gambar je.....




13 Jun 2016

Aktiviti Generasi Z dan Kelantan

Bersua kembali.
Cuti pertengahan penggal ibu sempat mengambil sedikit waktu pulang ke kampung.
Sempatlah 1 minggu bercuti di Kelantan.
Itupun ibu pulang berempat je.
Beby, Naurah dan Ayah sibuk dengan program mereka.
Mujur ada Along dan Angah jadi driver ibu.
Farouk macam biasa jadi bos kecik.

Kisah kali ni tentang aktiviti Generasi Z di kampung.
Kebetulan 2 orang anak saudara ibu dari KL pun balik bercuti.
Maka ibulah jadi baby sitter untuk 3 orang anak saudara + farouk.
Bukan main seronok mereka dapat berkumpul bersama...
tidur, makan, solat berjemaah dan lakukan aktiviti bersama-sama.
Usia pun lebih kurang je antara 9-13 tahun.
 Inilah aktiviti mereka.
Habiskan lebih 70 % dengan tab dan handphone.
Mengadap TV....
Rasanya kebanyakan anak-anak sekarang begitu kot.
Bila masing-masing mengadap gadget rumah atok pun sunyilah walaupun mereka berempat.
Emmmmm...ibu redha jelah.
Lagipun cuti sekolah....

Kemain kusyuk masing-masing.
Kalaulah baca buku macam tu kan bagus.
Mengalahkan bisnesman pulak.

 Seronok ibu tengok.
Farouk yang tak suka makan nasi pun bersemangat makan bersama-sama cousin-nya

Sebelah petang ibu wajibkan mereka melakukan aktiviti di luar rumah.
Main bola...badminton..main kejar-kejar.
Dengan gigihnya ibu siapkan 1 jug besar air + kudapan sepinggan besar.
Walaupun agak penat namun ibu rasa gembira sangat.......

Sejak kecil mereka tidak pernah bergaduh.
Sangat mesra dan akrab.
Harapan ibu agar hubungan kekeluargaan ini terus erat sampai bila-bila...InsyaAllah.


9 Jun 2016

Genap 1 Bulan Usia Binggo

Bersua kembali setelah ibu menyepi.
Selamat berpuasa semua...
Alhamdulillah hari ni masuk hari ke 4 kita berpuasa..

Alhamdulillah 9.6.2016 genap 1 bulan Binggo menjadi sebahagian daripada keluarga kami.
Sekarang Binggo seekor kucing yang sangat manja, ceria dan comel berbanding hari pertama Binggo hadir di depan rumah .
Kisah awal kehadiran Binggo yang menyedihkan boleh klik SINI .
Bila ibu sibuk pakcing kain baju..Binggo pun sibuk jugak.
Siap baring-baring atas beg.

Aksi yang sangat disukai Binggo bila bersama kami.

Suka berangan......

Gaya Binggo bila berehat...memang tak sopan langsung.
He3x....

Moga Binggo terus sihat dan ceria....
Binggo sihat ibu gembira......

1 Jun 2016

Warna Warni Maskot

Penutup sesi penggal pertama persekolahan dengan Kejohanan Olahraga dan Balapan.
Setelah berhujan dan berpanas lebih 2 minggu di padang akhirnya kemuncak sukan berlangsung dengan jayanya....
N3 ni cuma ibu fokus pada maskot je sebab ibu dah masukkan kejohanan ni dalam aktiviti ibu di sekolah ye...he3x....

Jom kita tengok hasil kreativiti cikgu-cikgu yang gigih menyiapkan semua maskot dalam masa terhad...3 hari uolls....

Maskot Pra Sekolah
Paling comel ibu rasa.
Geram je tengok kanak-kanak berusia 5-6 tahun ni beraksi di padang....
Rasa nak je kidnap buat balik rumah...muhahah...comel sangat.

sapa tak geram tengok anak-anak syurga ni kan....

Pasukan HIJAU
Tema ala-ala flaura dan fauna.
Guna daun kelapa sawit je dilekatkan pada kertas...
Anak-anak perempuan ibu dan rakan-rakan pakaikan cekak rambut.
Gigihlah kami lekatkan bunga-bunga dan daun-daun kain kat situ.....

Pasukan MERAH
Ibu tak pasti pulak tema apa ni.
Ada yang macam ladybird....ada yang macam pop yeh-yeh.
Yang pasti mereka nampak comel bergaya.

Pasukan KUNING
 Rumah KUNING ni ada kelopak bunga matahari...ada belon....memang cantik berseri.
Warna feveret ibu tau.
Warna kuning memang terserlah....

Pasukan BIRU
Biru dengan maskot robot nya.....
Memang kreatif la cikgunya....

Acara Perbarisan
Sedang bersediaaaaaa......

 Perbarisan bermula.
Penuh warna warni.
Pasukan KUNING dinobatkan sebagai JOHAN Perbarisan.

Alhamdulillah...akhirnya Pasukan HIJAN a.k.a SAUJANA dinobatkan JOHAN keseluruhan 2 tahun berturut-turut.
Terubat penat lelah ibu dan rakan-rakan sepasukan melatih anak-anak ini....

MAJU SUKAN UNTUK NEGARA

About me