Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

28 Mac 2016

Musim Bunga Bougainvillea

Assalamulaikum.....bersua kembali....

Sekarang di negara kita dilanda musim panas....(cewah macam skema je ayat ibu ni)
Kalau kat rumah memang econ terpaksa bekerja keras la bulan ni dan
pelaburan untuk bil econ akan melambung-lambung....

Tapi disebalik kepanasan melanda....pokok-pokok bunga kertas atau bahasa sainstifiknya
Bougainvillea ibu sekarang sedang
memberontak dengan mengeluarkan bunga-bunga yang lebat.
Mungkin itu cara "mereka" melepaskan stress haba.....
Bukan di rumah ibu saja malah ibu lihat disepanjang perjalanan
ke sekolah pun bunga-bunga kertas mengeluarkan bunga dengan lebatnya....
Cantik dan sejuk mata memandang di kala kepanasan yang membahang.
Kuasa Allah.......

Ini antara koleksi ibu dan ada 2 pasu yang baru mengeluarkan bunga
setelah ibu mencatas dahan-dahan lama.....

Ibu tanam pokok ni sebab ibu bukan yang rajin nak membelek poko-pokok
bunga.
Pokok bunga kertas amat senang dijaga dan tahan panas..
Itu la motif sebenar ibu tanam pokok2 ni......

2 ulasan:

Wa berkata...Reply To This Comment

wahhhh...cantiknyaaa kak..musim panas memang berbunga sakan pokok bunga kertas ni..tapi nak menyiram tu aduhai...

LYAfrina berkata...Reply To This Comment

cantik...
lebat pokok bunga kertas akak..msti rajin ltk baja bunga.. org kata musim pns, bnga pokok kertas makin lebat..

About me