Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Jun 2015

Cuti-cuti Malaysia-Zoo Taiping

Bersua kembali di bulan Jun.
Alahai makin hari jari ibu makin kaku nak berblog........
Walaupun cuti sekolah bermula tapi ibu masih sibuk dengan tugasan.
Ayah terbang ke New Zealand dan ibu pula ke Utara.
Masing-masing pergi atas tuntutan kerja....Redha dan pasrah.....
Alhamdulillah anak-anak memahami kesibukan ibu dan ayah.

29.6.2015 ibu bertolak ke Perak bersama 2 buah bas membawa
anak-anak didik dalam program wajib "Lawatan Sambil Belajar.
3 destinasi......Zoo Taiping, Cameron Highland dan Lata Iskandar.
Program 3 hari 3 malam yang memenatkan tapi seronok.

Bertolak darisekolah pukul 11.00 malam dan tiba di Taiping pun 11.00 pagi.
Bas meragam beberapa kali sepanjang perjalanan.
Alhamdulillah kami selamat tiba walaupun dah terlajak dari jadual.......

Meh la kita berbicara melalui gambar.

Alhamdulillah Farouk makin berdikari.
Dia menaiki bas lain bersama rakan-rakan lelaki.
Membawa diri bersama rakan-rakan walaupun sesekali ibu cuba memantau dia dari jauh
Ayah bekalkan duit, tab dan handphone untuk dia......

Ibu dan Naurah menaiki bas murid perempuan.

Lama juga kami di sini.
Kanak-kanak riang ria memang seronok walaupun cikgu-cikgu kepenatan....
Makan tengahari ditaja oleh seorang YB di sini.
Menjelang petang kami bergerak ke destinasi ke 2........Tungguuuuuuuuu

9 ulasan:

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

Anak bujang cepat berdikari kan nza

LYAfrina berkata...Reply To This Comment

farouk gud boy!!

bestnyer pegi zoo taiping..org kata lg best drp zoo negara..

Inani Hazwani berkata...Reply To This Comment

dah lama tak gi zoo. hehehe

aizu's life berkata...Reply To This Comment

cuti skolah mmg musim org jalan2... msti sronok jln reramai :)

Wa berkata...Reply To This Comment

mesti seronok kan anak teruna tu...boleh jalan2 bersama kawan2 dan family sekali.. ;)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

seronok farouk naurah dan kawan2 masak zoo tengok haiwan..kami pun dah lama tak p zoo Taiping..nti mak bawak cik pia..mesti dia Teruja..dia pencinta haiwan.hehe

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Bestnya Farouk pergi jalan-jalan. Naurah pun follow jugak ke...?

Blog saya pun dah macam rumah yang penuh dengan sarang labah-labah. Ditambah pula dengan rosaknya laptop sata, lagi dah macam rumah berhantu je rupanya... Huhuhu...

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Kak, tarikh pergi tu bulan Mei ya? Tertulis tarikh harijadi saya pulak ~_^

Kiranya Farouk dah pandai berdikarilah ni. Senang bila macam ni. Jadi emak pun takdalah risau sangat. Saya ni masih lagi kalut kalau anak-anak ke mana-mana tanpa saya. Separuh hati nak suruh belajar berdikari, separuh hati lagi risau memanjang!

Alhamdulillah, walau bas buat hal banyak kali, selamat pergi dan balik sambil menikmati cut-cuti Malaysia katanya!

sal ya berkata...Reply To This Comment

Farouk dh besar.

About me