Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

27 Mei 2015

Hutan Bandar Bistro Telok Cempedak

Kisah weekend yang lepas.
Ibu anak beranak ke Kuantan untuk jemput Beby.
Selesai urusan di kolej Beby kami singgah ke Telok Cempedak.
Tujuan utama nak pergi makan chicken chop yang femes emos di Hutan Bandar Bistro

Restaurant di buka area 5 petang.
Kami sampai lebih kurang pukul 5.20 petang.
Dah panjang beratur rupanya.......

Kami order chicken chop 5 set dan 1 set fish n chip dan air cola-float.
Murah sangat-sangat.
Sepinggan cuma RM5 tanpa gst.
Kos makan untuk 6 hidangan beserta air cuma RM40+.
Murahkan.

Cuba lihat dalam pinggan.
Ada 3 ketul dada ayam + fun fries + choslow + sos black pepper beserta mayonis.
Rasa boleh tahan sedap dan kalau makan memang kenyang la.
Kami semua tak dapat habiskan sebab kuantiti makanannya banyak.

Sementara menunggu ibu beratur, 2 orang kanak-kanak rebina ni pergi posing tepi pantai.
Dapat pegang pasir pantai pun jadilah.
Ombak memang kuat masa tu.
Kami tidak lama kat sini sebab kena terus balik ke Muar.
InsyaAllah, kalau berkesempatan kami akan singgah lagi ke sini......

8 ulasan:

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

beby cuti panjang ke nza

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Ada peneman lah cuti sekolah ni ye NzA, baby dah balik tu :)

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Salam kak!

Eh, murahnya RM5 sepinggan chicken chop! Macam tak nak percaya jerk sampai akak tunjukkan bil :)

Mana nak dapat murah macam ni. Kalau saya memang tapau banyak-banyak buat makan sepanjang perjalanan balik KL katanya...

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Kalau beratur panjang tu, maknanya memang sedap dan menjadi kesukaan ramai.

Inani Hazwani berkata...Reply To This Comment

Murahnyaaa. sedap nampaknyaa tu

LYAfrina berkata...Reply To This Comment

mmg murah kat sini..
sentiasa full...
kna bratur pnjang... hehe

Nur berkata...Reply To This Comment

Murah, murah. Portion pun banyak. Selalu western macam chicken chop paling murah pun RM11 kat sini.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Murah dan sedap mmg patut pun jadi tumpuan ramai...

Seronoknya dipantai

About me