Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 April 2015

Silih Berganti

Bersua kembali.......
Kesibukan ibu sedang berganda sekarang........
Sedang menyiapkan program yang agak besarrr minggu ni....

Ni n3 kisah 3Farahs.
3Farahs yang berada diperantauan mengejar ilmu dan cita-cita.
Cuti sem kali ni mereka balik silih berganti.
Yang tak bestnya kami tidak dapat berkumpul beramai-ramai.
Yang bestnya ibu ada kawan bergelak ketawa dan teman bergosip..
Sekurang-kurangnya taklah ibu ditinggalkan serentak oleh mereka.

Cuti sem Along bermula 11.4.2015 hingga 19.4.2015.
Lebih kurang 1 minggu jugak Along cuti.
Emmmmmm....1 minggu rasa macam 1hari je......
19hb Along dah balik semula ke U.
Cuma ibu dan ayah tak perlu bersusah payah hantar sebab Along
dah drive sendiri pergi dan balik.

*Angah dengan kekawan.
Angah yang paling tinggiiiiiiiiii.....

Cuti Angah pula bermula 18.4.2015 hingga 26.4.2015
Habis kuliah 17hb Angah dah bertolak balik.
Kejar masa nak jumpa Along katanya.
Sempatlah 2 malam mereka dapat berkongsi cerita.....
Kebetulan weekend kami bermalam di rumah baru......


Dan Beby pula mula bercuti 19hb.
Dia lambat sikit balik sebab ibu kerja dan tak dapat
jemput lebih awal.
Mujurlah Beby jenis tak kisah.
Lagipun ada lagi beberapa perkara yang perlu Beby settlekan sebelum
bercuti.....

Sebagai seorang ibu.......ibu perlu berjiwa kental.
Melawan kerinduan...kesunyian dan kesedihan.
Mungkin kami terlalu rapat seperti kawan baik menyebabkan
ibu terasa sangat ketiadaan mereka bertiga.......
Demi masa depan yang gemilang ibu perlu jadi seorang yang kuattttttt........
Emmmmmm........

7 ulasan:

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

Saya dah belajar erti sendirian tinggal tanpa suara anak-anak...

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

demi masa depan anak2 kan NzA..

Acik Erna berkata...Reply To This Comment
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Inani Hazwani berkata...Reply To This Comment

ibu nani pun kalau kitorang semua balik kemain seronok lagi ibu

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Takpalah kak. Sekurang-kurangnya bersilih ganti mereka menemani akak di rumah. Dapatlah melepaskan rindu-dendam pada setiap anak. Tengok pada gambar pun rasa-rasanya memang semua anak-anak manja amat dengan akak ya :)

Ann Ishak berkata...Reply To This Comment

saya paham perasaan akak tu coz kakak2 saya jugak macam tu, bila anak2 keluar belajar jauh...resah semacam je mereka2 tu :p

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Pusingan hidup NzA, begitulah, CH baru aje seorang yg pergi duduk asrama dah terasa sunyi, apa lagi NzA dah tinggal Farouk ajer dirumah, 4 lagi fisabilillah menuntut ilmu kan NzA..

About me