Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 Oktober 2014

Hanya 2 Farahs

Hari ini terasa begitu lambat masa beredar.
Menanti kepulangan anaknda dari perantauan....
Sekarang ibu dapat rasakan apa yang mama alami.

Sudah lebih sebulan rumah ibu sepi.
Yang tinggal hanya Farouk dan Naurah.
Naurah seorang pendiam dan banyak habiskan masa di biliknya.
Farouk bersekolah agama sebelah petang....pukul 6.40 petang baru tiba di rumah.
Malam banyak masa Farouk habiskan bersama ayah di surau.....
Emmmmmm...ibu terbongkang sorang-sorang depan TV....
Layan drama...layan mata...layan tidurrrrrr........

Gembira dalam sedih....
Hanya Along dan Angah yang dapat balik untuk raikan Aidil Adha bersama kami.
Beby......hanya cuti 2-3hari...tak sempat balik.
Ya Allah...sedihnya rasa hanya Allah saja yang tahu......

Tahun ni ibu tak dapat balik ke kampung.
Cuti raya cuma 2 hari...rasanya tak berbaloi je balik jauh-jauh....huhuhu...
Lagipun Ayah berkorban pada raya pertama dan ibu raya ke 3 di sini.

Selamat Meraikan Aidil Adha Semua.
Selamat balik kampung pada yang meraikan AidilAdha di kampung.
Hati-hati dijalanraya.

2 ulasan:

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Salam aidiladha juga buat akak sekeluarga.. ^_^

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Bila anak-anak dah besarkan, kak beginilah pulak gayanya. Yalah, masing-masing ada tuntutan tanggungjawab terpaksa kita akur. Mesti sedih kalau perlu melalui semua ini. Yang penting mereka semua sihat, hati ibu pun senangkan kak!

About me