Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

4 Oktober 2014

Farah Najdah dan Sweet Eighteen

Hari ini genaplah18 tahun usia puteri ke 3 ibu, Beby a.k.a Farah Najdah.
4 Oktober 1996 bersamaan 21Jamadilawal 1416.
Dilahirkan di Pasir Mas Kelantan dan satu-satunya warga Kelantan seperti ibu.
Banyak kenangan pahit semasa dan selepas Beby dilahirkan.
Semasa usia kandungan ibu 40 minggu, ibu terlibat dalam kemalangan.
Kereta ibu dirempuh dari belakang.
Hari Beby dilahirkan ayah pula kemalangan.
Kereta Ayah rosak teruk depan dan belakang akibat dirempuh semasa
OTW balik ke Kelantan dari Mersing, Johor.

Alhamdulillah Beby membesar dengan sihat walaupun diusia kecil Beby 
sering diserang demam panas dan sawan.
Pernah satu ketika doktor menasihati kami agar tidak menaruh harapan tinggi
kepada Beby terutama dalam perkembangan mental kerana faktor serangan sawan.
Syukur Alhamdulillah Beby menunjukkan kecemerlangan dalam akademik
sejak di TAJ (Tadika Agama Johor diusia 5thn) dan KEMASdiusia 6 tahun....
Dan Beby meneruskan kecemerlangan dalam UPSR, PMR dan SPMnya....
Beby juga membuktikan cemerlang dalam peperiksan sekolah Agama terutama
dalam Sijil Darjah Khas Agama-SDKA.
Keratan Akhbar SINAR HARIAN dan SINI
Gambar Beby sedang menerima anugerah (atas-kanan)
Bersama rakan-rakan yang cemerlang (bawah)

Selamat Ulang Tahun ke 18 baby girl ibu.
Walaupun raya Aidiladha kali ini Beby tidak dapat bersama ibu,
dari kejauhan ibu tidak lupa mendoakan kecemerlangan Beby.
Semoga Beby panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan
dan sentiasa dibawah lindungan serta kasih sayang Allah.

InsyaAllah...pengorbanan Beby untuk terus cemerlang akan berbaloi.
Bahagianya ibu bila Beby merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sana.
Ibu doakan agar cita-cita Beby untuk melanjutkan pelajaran ke UK tercapai...InsyaAllah.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.
MAAFZAHIR BATIN.

p/s:
Good luck untuk exam Bahasa Mandrin..

9 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

Selamat Hari ulangtahun kelahiran Beby.
Semoga menjadik anak yang solehah~

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

Selamat harilahir beby..semoga terus cemerlang

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Selamat hari lahir. Semoga kecemerlangan dapat dikekalkan pada masa mendatang.

Untung dapat masuk akhbar.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

Happy 18th bday beby..bulatnya mata dia cam anak patung..,hihi..nway, semoga beby terus memperolehi kecmerlangan dunia dan akhirat k..^_^

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

happy birthday beby...good luck okeh. semoga sentiasa dirahmati allah..diberkati usia dan berjaya dunia dan akhirat. ameen.

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Tahniah Beby..& Happy Belated b'day...May Allah bless you..

Aziela berkata...Reply To This Comment

Happy Birthday, pretty girl. Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat.

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

hepi belated besdey beby....moga jadi anak yg solehah dan bijak....

cantik anak dare akak..saham tinggi ni kak...dah le cantik..pandai lak tu...

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Happy belated 18th birthday buat Beby! Takpalah kak kali ni tak balik raya demi mencapai cita-cita besarnya tu. Bertuah akak ada anak-anak yang semuanya cemerlang. Dah nama anak guru, mestilah pandai mendidik ^__^

About me