Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

27 September 2014

Sedikit Bakti Untuk Rakan Sealiran

22-25 September 2014, ibu sekali lagi di panggil atau dalam erti kata lain ditugaskan
untuk menghadirkan diri ke SMA Lughatul Quran bagi program khidmat bantu Pusat Sumber.
Sebuah sekolah agama swasta yang telah diambil alih oleh KPM bermula Oktober 2012.
"Saya Yang Menurut Perintah".

Sebagai Fasilitator PSS Daerah ibu terima tugasan yang diamanahkan dengan hati terbuka.
Tugasan yang boleh dikatakan saban tahun ibu sertai.
Seramai 20 orang FASI@GPM PSS dipilih bergabung tenaga dengan Pegawai Teknologi Pendidikan.

Pada tarikh yang sama Ayah terbang ke Sabah bagi hadiri persidangan Cuepecs.
Redha dengan keadaan ini...
Memang risaukan Naurah dan Farouk.
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami.
Ada 2 orang Hamba Allah yang sudi menumpangkan
mereka berdua balik dari sekolah selama 4 hari.......

Selama 4 hari kami berkampung di PSS SMALQ.
Alhamdulillah kami melakukan tugasan dalam keadaan santai dan ceria.

Teamwork yang bertukus lumus menyiapkan tugasan yang diamanahkan dengan budget RM10,000.
Hanya 2 buah sekolah terpilih seluruh Negeri Johor.
Salah sebuah lagi sekolah di daerah Mersing.

Hari terakhir Majlis penutup program dihadiri oleh
 Datin Che Normadiah Bt Che Abbas (bertudung hitam).
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor.
Sangat peramah orangnya dan tidak sombong.
Sempatlah ibu dan beberapa orang rakan-rakan bergambar dengan beliau.

p/s:
Ramai daripada rakan-rakansealiran ibu bersekolah ganti hari ni.
Selamat menjalankan tugas....

4 ulasan:

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

berbakti untuk masyarakat dan Negara..chaiyook!

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

Seronok kalau dapat bekerja dengan bos yang understanding dan budget yang mencukupi. Ditambah dengan rakan teamwork yang mesra.

IM berpengalaman bersama dengan ngo JIM mengadakan banyak program untuk pendidikan jointventure dengan sekolah.

Cuma kekadang ada sekolah yang gurunya ok tapi pihak atasan yang begitu fobia dengan NGO jenama Islam ni.

Apapun, menjadi memang tugasan yang panjang jariahnya...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

klu buat sesuatu untuk kebaikan Insyaallah Allah permudahkan urusan.tahniah sbb majlis berjalan lancar..:)

ibuayu berkata...Reply To This Comment

oh ayu perasan gmbr ramai2 dlm fb gpm...tak tahu lak kak nza ada dlm gmbr tu..

About me