Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Julai 2014

Farouk di Kidzania dan Kilang Coklat.

Salam semua.
Beberapa hari ibu menyepi akibat kengkang masa.
Hari Isnin dan Selasa pula ibu berada di Kuantan untuk urusan pendaftaran beby
(nanti ibu buat entri khusus.)

Ni pun kisah dah basi.
Pada 26.6.2014(Khamis) sekolah ibu anjurkan lawatan sambil belajar.
Kebetulan pula lewat malam diumumkan Negeri Johor cuti sempena kemenangan JDT.
Sesuai sangat la dengan tarikh yang dipilih.
Dah 2 tahun ibu tak ikut serta dalam lawatan tu dan Farouklah jadi wakil merangkap
jurugambar untuk ibu abadikan dalam blog sekolah dan FB Buletin pss.

Rombongan bertolak tepat pukul 6.30 pagi.
Tidak berapa lama ibu terima sms daripada Farouk:
"Ibu tayar bas meletup kat Seremban....."
Kemudian terima pula gambar w.apps daripada rakan guru yang ikut serta.
Hati mula risau..Baru minggu lepas ibu dikejutkan dengan kemalangan rakan baik ibu...
Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan mereka semua.

A.Kidzania
Menunggu untuk masuk ke Kidzania

 Becok Farouk balik bercerita tentang aktiviti dia di sana.
Yang pasti dia seronok join abang-abang senior ke kidzania.

 Bersama abang senoir dia.Gambar-gambar ni banyak ihsan daripada Cikgu Hatimah.
Gambar yang Farouk snap banyak yang tak menjadi sebab kamera ada masalah.
ibu tersalah setting dan dia pun sibuk dengan aktiviti disana
sampai lupa nak snap gambar.......adeh.

Koleksi kad yang Farouk dapat.
Katanya 3 lagi kadnya hilang.....

Kanak-kanak rebina makan dulu sebelum meneruskan program ke tempat lain pula.

B. Kilang Coklat
Setelah beberapa jam di Kidzania,
rombongan sekolah ke kilang coklat pula.
Hilang replika lembu sebab dikelilingi anak-anak ini.

Demonstrasi membuat coklat.

Antara coklat yang dipamerkan.

dan lagi....



Coklat yang telah siap di proses.

Farouk di kilang coklat.

Farouk tiba di rumah dah lewat malam..
Itupun masih sibuk nak bercerita keseronokan dia di sana.
Sambil tu Farouk menghulurkan 2 bungkus coklat daim sebagai buahtangan.
2 bungkus dalam areaRM60+.
Alahai anak ibu, Ingat jugak dia buah tangan untuk ibu dan kakak2nya....



10 ulasan:

Aziela berkata...Reply To This Comment

Pandai dia pilih buah tangan kan kak.... Nampak Farouk happy sangat.

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

mana hati ibu dan risau..tayar meletup katanya..Alhamdulillah selamat pergi dan balik

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Anak akak juga tak sampai2 ke sini NzA.. dorang dah bising nak pergi.. kesian dia orang kan.. :(

Seronok ye Farouk :)

Unknown berkata...Reply To This Comment

acara yg di sukai anak2.. rombongan sekolah.. sbb dapat pergi dengan kawan2. hehehe.. balik jer dari rombongan.. memang dengar dia bercerita jer lah kan kak~ hehehe

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Bebudak, kalau ada rombongan, pasti mereka nak pergi, sebab dapat pergi dengan kawan-kawan.

Guru pula, kalau dapat peluang nak pergi, mesti pergi, macam saya. Bukan senang nak pergi terutamanya tempat-tempat yang tak boleh masuk sesuka hati macam kilang coklat tu. ^_^

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Syok la farouk..
Tapi betullah kak, kalau kata rombongn ni, memanh merisukan sebab travel jauh naik bas beramai2, kite takde disisi pulak.. lahaii..mujur skrg senng, boleh berbls wassap dgn guru yg iringi mereka kan...huu..
Pandai farouk beli oleole.. :-)

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

seronok farouk ...tapi tang tayar meletop tu lieya pun cuak kak...muleee laa dok pikir keselamatan anak.... alhamdulillah semua okey farouk ngan kawan2 hepi nampaknye dgn lawatan ni...

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Aduhai, kalau saya dengar anak kata tayar bas meletup, mahu dah gelabah, gigil-gigil hampir nak pitam rasanya. Silap haribulan terus EL, drive ke tempat yang sama :) Sah-sahlah super freaking mak!

Bagusnya Farouk ni ingat juga dekat mak dan kakak-kakak siap belikan coklat Daim lagi.

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Wah, nampak happy betul abg Farouk. Kalau balik je becok bercerita, tandanya seronok betul la tu..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Bukan main seronok lagi Farouk. Yang penting tak lupa beli buah tangan untuk ibu.

Ps: Baca entri ni teringat masa tayar bas meletup masa lawatan ke Kelantan.

About me