Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 Mei 2014

Thank You Sir.

Hehehe....teringat masa sekolah.
Ucapan yang sinonim buat seorang guru Bahasa Inggeris.
N3 ni pun tentang bekas seorang guru Bahasa Inggeris merangkap
 daddy angkat 5F dan rakan baik ayah..
Walaupun kami berlainan bangsa dan agama tapi namun ikatan "kekeluargaan"
terjalin dengan erat hingga kini.
Beliau seorang yang sangat2 baik dan begitu perihatin.

Ada saja cenderahati yang dikirimkam buat kami sekeluarga.
Setiap kali hari lahir kami sekeluarga Sir Lee tidak pernah lupa memberi ucapan dan
mengirimkan kek.
Setiap kali aak-anak cemerang dalam exam, Sir tidak upa ucap tahniah.
Terkadang rasa segan jugak sebab hanya sir saja yang sering mengirimkan hadiah buat kami.
Cuma sesekali bila ke oversea ank-anak tidak lupa belikan cenderahati untuk beliau.

Cenderamata buat 4 Farahs.

ni untuk ibu.

malah beliau bersusah payah cuci gambar-gambar kami yang diambil dari FB..TQSM Sir.

Selamat dikerjakan anak-anak.
Kebetulan masa kek ni sampai Ayah sedang berseminar selama 4 hari.
Anak-anak w.apps gambar kek pada Ayah dan Ayah suruh anak-anak makan.
Malah Farouk sempat berkongsi dengan rakan-rakannya di sekolah sebab kek ni besar. 
So Farouk minta izin untuk bawa bekal ke sekolah....

Kek ini dikirimkan tepat pada tarikh hari lahir Angah.
Kami sangat-sangat terharu di atas ingatan beliau.
Memang beliau begitu perihatin dan pemurah.

Terima kasih banyak-banyak Sir.
Semoga rezeki Sir makin bertambah dan diberi kesihatan yang baik.....
Semoga Allah mengurniakan taufiq serta hidayah buat beliau...
InsyaAllah.....

Antara souviner yang kami terima:
Sini, sini, sini, sini, sini ....

10 ulasan:

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah NzA dapat kawan yang baik macam Sir Lee

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Bukan senang nak dapat kawan2 yg sebegini...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

mmg mulia sungguh hati sir..sy yg menegnali sir dr blog akk pun turut terharu dengan keprihatinan beliau

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

kata ibu-suri, hari jadi IM pun tak lama lagi. anak-anak, ntah ingat ntah tidak...

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Amin...! Manusia yang begitu prihatin macam ni sekarang susah nak cari.

Aziela berkata...Reply To This Comment

Ukhuwah itu tidak mengenal latar belakang individu.

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah...murah rezeki akak...org baik ngan kite, kite pun baik ngan org mcm ni laa balasan die kan kak...org tu pun tak berkira dgn kite...biar pun berlainan bangsa dan agama...

ummiross berkata...Reply To This Comment

waa baiknya Sir, best kan dapat sahabat yang baik macam ni walaupun berlaian agama tapi ukhwah tetap terjalin mesra.

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Untungnya ada keluarga angkat yang baik macam ni. Berbeza bangsa pulak tu.

sal ya berkata...Reply To This Comment

Bgsnya sir lee. Nama dh mcm jiran kat kg dah. Mr lee. Satu2nya jiran cina dkt kwsn melayu.

About me