Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Mei 2014

Ibu dan Sambutan Hari Guru

Sehari dua ni FB dan blog  memang semak la dengan status Hari Guru.
Harap maaf ye....he3x...

Selesai sudah 1 program wajib bagi kaum guru.
Tahun ni kami dah tak nak pakai baju seragam.
Konon-konon nak bertema merah + maroon pulak.
Idea tu tercetus secara spontan tanpa paksaan.
Dengan gigihnya ibu menjahit sepasang baju warna merah.
Stok kain yang ibu beli semasa ke Bandung masih penuh lagi 1 beg besar....

Alhamdulillah pagi-pagi kaum wanita masing-masing datang berpakaian 
warna tema....

 Gambar wajib sebagai kenangan.

Program berjalan seperti tahun-tahun yang lepas.
Dimulai dengan perhimpunan Hari Guru.
Baca perutusan, nyanyian lagu "GUru Malaysia" , ikrar..bla..bla..bla.
Saat yang ditunggu-tunggu bila murid-murid berbaris, bersalaman,
beri ucapan Hari Guru dan bagi hadiah..Terharu ok.

 Termenung seketika tengok hadiah.
Beginilah saban tahun.
Tanpa dipinta anak-anak didik memberi hadiah...Terharu di atas ingatan daripada mereka.
Kalau ada rezeki teringin ibu nak bina 1 bilik untuk simpan hadiah2 yang ibu terima ni sebagai kenangan.
Entah dah berapa kotak hadiah-hadiah ni terkumpul.
Setakat ni belum mampu lagi nak merealisasi impian ibu tu......
Terima kasih anak-anak murid cikgu.
Bukan hadiah yang cikgu pinta tapi hadiah kecemerlangan yang paling membahagiakan cikgu.

 Posing kejap. Bos yang sporting.
 Seekor kumbang dikelilingi bunga-bunga.

 Mak-mak gediz tak habis-habis posing....
Selesai posing yang entah apa-apa tu kami berkejar tukar pakaian.
Biasalah cikgu kan. 
Hari guru syok sendiri.
Buat persediaan sendiri,sambut sendiri, berpeluh sendiri dan segala2nya sendiri.
Takpelah, yang pasti kami tetap enjoy walaupun syok sendiri...wakaka...

Inilah jurukamera yang tidak terlatih tapi ibu amat berpuas hati dengan hasil
sentuhan Farouk.

Cikgu bersukaneka, murid-murid jadi penonton..
.kejap..kejap...ni Hari Guru ke Hari Murid..
Konfius kejap.....he.he.he....

Pasukan ibu dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan setelah
ibu telah basahkan baju rakan sewaktu sukaneka berjalan.
Nak buat macam mana mata ibu ditutup dan ibu terima arahan yang
saja "dengkikan" ibu...alahai....

Dah berpenat dan berpanas di dataran,sesi mengisi perut bermula..
Masing-masing dah penat so makan pun dah tak berselera....

Kamilah yang tukang order makanan,
Kamilah yang tukang hidang..
kamilah yang tukang makan dan kami jugaklah tukang cuci
pinggan mangkuk....korang ada???????

 Antara menunya.
Ada lagi menu yang tak tersnap...

Selesai mengisi perut, giliran anak-anak didik pula menghiburkan kami.
Terharu melihat mereka semua.
Amat-amat berbakat walaupun dilatih dalam waktu yang singkat.
Yang pasti air tangan cikgu jugak melatih tu..
Air tangan ke anak tekak....he3x....

Bakal pemimpin masa depan...InsyaAllah.

Terima Kasih anak-anak didik semua.
Terima kasih ibu bapa.
CIkgu halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan.
Kalian adalah aset kami yang tidak ternilai.
Tanpa kalian siapalah kami.....



2 ulasan:

ummiross berkata...Reply To This Comment

meriah tema merah tu NzA..berseri-seri.
Tumpang seronok setiap kali tengok kawan2 sambut hari guru.

Salmi berkata...Reply To This Comment

Amboi, meriahnya dengan tema merah!
Biarlah apa orang nak kata, asalkan kita bahagia. Kalau bukan kita, siapa la yang nak raikan..

About me