Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 Mei 2014

Erti Kesabaran.

Sejak sedari kecil cita-cita ibu ingin menjadi seorang guru.
Pilihan ke dua, pramugari....hehehe......
Pilihan ke dua tu sebenarnya keluar dari mulut cikgu-cikgu dan rakan-rakan ibu semasa kecil.
Maklumlah masa zaman sekolah badan ibu ni kurus dan tinggi lampai....
cikgu2 kata ibu sesuailah jadi pramugari kononnya......
Sejak ibu pilihan ke 2 ibu nak jadi pramugari....berangankan......adeh....

Syukur Alhamdulillah, ibu rasa pilihan ibu adalah tepat dan terbaik.
Amat sesuai dengan jiwa ibu.
Berserta dengan minat dan ibu lahir daripada keluarga pendidik.
Allah makbulkan doa-doa ibu.
Walaupun diusia remaja ibu dengan rela hati menolak tawaran belajar
yang jauh lebih baik. Nekad ibu menceburi dalam bidang pendidikan......

Sepanjang bergelar 'cikgu', ibu sentiasa diuji dengan pelbagai
permasalahan.
Namun ibu bersyukur, jiwa ibu terdidik menjadi seorang yang tabah, kuat,
sabar, redha dan memahami.

Allah menghantar murid-murid yang bermasalah untuk menguji.
Mereka mengajar ibu menjadi seorang yang bersyukur dan sabar.
Walaupun ada kalanya kesabaran ibu teruji kerana ibu jugak manusia biasa.
Bukan sekadar mengadap 3-4 orang murid tapi sehari perlu berdepan dengan ratusan
pelajar dan ibubapa yang datang dari pelbagai latarbelakang.

Ada kalanya terpaksa berdepan dengan ibu bapa yang langsung tidak
boleh menerima teguran guru pada anak-anak. 
Percaya 100% pada cerita anak-anak tanpa merujuk pihak sekolah.
Walaupun itu hanya sebahagian kecil saja.

Setiap hari ibu berdepan dengan murid yang tidak siapkan homework,
 alat tulis asyik hilang (biasanya orang yang sama sampai jiwa raga cikgu gundah gulana),
kencing berak dalam seluar, jatuh, cedera, sakit, bergaduh....bla,bla.bla.

 Dan sabar adalah ubat yang paling berkesan merawat jiwa ibu.....

Dan anak ini dikirimkan olehNya pada ibu dan rakan-rakan.
Amat-amat menguji kesabaran kami.
Namun mungkin suatu saat nanti, anak inilah yang mampu menambah pahala buat ibu.
Mungkin anak ini nanti mampu menarik tangan ibu ke syurga.
Mungkin anak inilah yang memudahkan perjalanan hidup anak-anak ibu.

Ya ibu akui, sebagai manusia biasa ibu terkadang hilang sabar.
Bila menyendiri ibu berfikir, bukan dia pinta dilahirkan sebegini.
Semua itu adalah anugerah dariNya.
Saat itu ibu sebak...rasa amat-amat bersyukur kerana Allah kurniakan ibu anak-anak yang sempurna.
Anak-anak yang tiada apa-apa kekurangan.
Ya Allah......

Dan anak ini tidak pernah menyimpan dendam.....bila dimarahi dia akan senyum pada ibu.
Dan akan terjerit-jerit dan melambai setiap kali melihat kelibat ibu.
Sering memberitahu rakan-rakan guru dia suka Cikgu Zakiah.
Katanya dia nak belajar dengan Cikgu Zakiah.
Tersentuh hati ibu.......alahai anak..maafkan cikgu kerana terkadang hilang sabar melayan kerenahmu.

Seorang lagi anak yang istimewa dimata ibu.
Awal pagi masuk kelas tidur.......zzzzzzzzzzzzzzzz....
Siap berdengkur dan meleleh air liur atas meja dan buku.
Sukar untuk dikejutkan.
Masih belum mengenal huruf dan angka wapaupun sudah 2 tahun belajar di pra.

Alahai, dan si cikgu inilah yang akan memimpin tangan anak kecil ini, 
membasuh muka dan kepala di singki, 
sambil berselawat dan bertasbih sambil meniup ubun2 kepalanya.

Kini ibu mengunakan alternatif lain.
Membawa stok gula-gula di dalam handbag sebagai umpan a.k.a ubat menghilangkan mengantuk. Nampaknya berkesan sebab sekarang matanya akan bulat bila ibu suapkan gula-gula kemulut kecil ini.
Disaat ibu mengeluarkan gula-gula dia akan hadiahkan ibu sebuah senyuman.

Terkadang 4Farahs mengusik ibu : 
Hai ibu, takkan gula-gula untuk 'anak ibu' kat sekolah je..untuk anak-anak kat rumah tak ada ke?.
Tersenyum ibu mendengar usikan anak-anak.
"Angah, anak kecil macam inilah aset ibu.....
Merekalah sebenarnya banyak menyumbang pahala buat ibu..
merekalah yang menjadikan ibu seorang yang sabar dan tabah....
Sekarang ibu mampu tersenyum
walaupun dalam musibah dan kesedihan..itulah hikmahnya......"

14 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Tersentuh menbaca entri NzA ni..
Memang benar tiada siapa yg minta dilahirkan begitu..

Hidup ini ujian .. disitulah menguji keimanan kita kan NzA..

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Huu.. sgt tersentuh kak... mmg sgt mulia tugas seorg guru.. eina pun cita2 nak jd cikgu..tp bkn rezki kot.... perancangan Allah yg terbaik kan :-)

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

Tahniah..cik gu punya kesabaran yang tinggi..Alhamdulillah

Unknown berkata...Reply To This Comment

Kak ibu disaat dinda membaca nukilan ini dinda mengalir air mata... mengenangkan nasib mereka... sesungguhnya benar kak ibu mereka tidak dipinta lahir begitu.... semoga Allah mengurniakan kesabaran pada kak ibu untuk terus menjadi pendidik yg berjaya

Rizziela berkata...Reply To This Comment

sedihnya saya bacakan..

Mcm manalah nanti anak sy dah bersekkolah rendah nanti..semoga dia dapat berjumpa dengan guru yg sabar mcm akak dlm mendidik anak2

Unknown berkata...Reply To This Comment

Salam Kak~
Tersentuh Zura baca n3 akak nih~
terasa jauhnye tahap kesabaran akak jika dibandingkan dengan Zura. dengan anak2 sendiri pon Zura kurang sabar. apatah lagi nak mengajar anak orang.. Allah.. betapa nipisnye iman Zura nih kak~

Tahniah Akak.. semoga akak terus di berikan tahap kesabaran yang tinggi untuk terus mendidik anak bangsa. semoga Allah membalas jasa baik akak.. amin~

ummiross berkata...Reply To This Comment

Terharunya NzA, begitulah kesabaran seorang guru kan, kadang2 orang tak nampak, pengorbanan dalaman. Bangga dengan NzA, moga Allah gantikan dgn pahala berganda,,

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

mulianya hati seorang guru kak nza.tugasnya mendidik seluruh generasi.tanpa cikgu siapalah kita semua..semoga Allah terus berikan kesabaran yg tinggi buat cikgu zakiah.Ameen..

selamat hari guru in advance..:)

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Benar, menjadi seorang guru itu banyak mengajar erti syukur, sabar, juga mengajar nilai kehidupan.

Saya pun begitu. Cukup sekadar melihat mereka dapat walaupun hanya satu ilmu membuatkan saya cukup gembira.

Terkadang saya pernah berfikir, tentu guru-guru saya dulu begitu sabar dengan perangai saya yang agak nakal ketika di bangku sekolah, berterusan mendidik saya tanpa ada rasa jemu.

Semoga Allah menempatkan guru-guru di dalam Syurga-Nya nanti, Amin.

sal ya berkata...Reply To This Comment

Semoga dipermudahkan urusan akak sebagai cikgu. Dan memberi ilmu dgn ikhlas.

Sura Mohd berkata...Reply To This Comment

Salam kenal kak..sura pandang tinggi kerjaya seorang guru ni..memang memerlukan kesabaran yang tinggi berdepan dgn murid2 yg ramai dan bermacam karenah..semoga akak diberi kekuatan dan semangat yg tinggi dalam mendidik anak2 bangsa..:)

Aziela berkata...Reply To This Comment

Tebal sungguh kesabaran akak...

Salmi berkata...Reply To This Comment

Terharu baca entri ni. Sesungguhnya, kerjaya kita memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi namun tidak semua yang boleh bertahan. Tahniah buat Yah..

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Rasa tersentuh pulak bila mendengar keluh-kesah tentang anak-anak ini. Yalah, kita manusia biasa saja, memang mudah alpa. Kasihan pula bila melihat mereka. Tahniah buat guru yang begitu prihatin seperti ibu. Tentu akan diingati selama-lamanya oleh anak murid :)

About me