Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

30 Mei 2014

Aktiviti Ibu Sebelum Cuti

2 minggu sebelum cuti ibu dilantik sebagai seorang
 'Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana" (yelah sangatkannn)
di sebuah sekolah berhampiran.
Ada  Program Kem Bestari 1 Malaysia PraSekolah Zon BG.

Biasanya ibu dilantik sebagai hakim mewarna tapi tetiba sampai di sana
ibu bertukar profesion kepada hakim bercerita Bahasa Malaysia.
Adeh.....cikgu Matematik terpaksa membiasakan diri jadi pakar bahasa....he3x...
'Saya Yang Menurut Perintah'.

Lepas selesai urusan ibu, ibu berkejar ke dewan.
Melihat anak ini mewarna.
Ada la ibu beri sedikit latihan dan tip membantu cikgunya sewaktu latihan dijalankan di sekolah.

Ini hasilnya. Memang cantik sangat-sangat...kemas dan ceria warnanya.
Semua cikgu2 memuji bertapa cantiknya hasil seni anak ini dan masing-masing dah agak
dia pasti dapat Johan.
Tapi agak keciwa sebab mampu meraih tempat ke 4 sahaja.
Tak ada rezekikan.
Walaupun ramai mengeluh tidak berpuas hati tapi keputusan hakim adalah muktamat......

Cenderahati yang ibu dapat.

Petangnya ke Muar untuk settlekan urusan Beby.
Makin membiaklah lemak ibu.

2-3hari kemudian ibu dijemput hadiri meraikan kejayaan anak2 PraSekolah.
Murid-murid PraSekolah ibu mendapat kemenangan besar dan diraikan di KFC.
Ibu juga dijemput hadir bersama Guru Besar dan Teacher Ina yang merangkap juru latih BInggeris
Keputusan yang ibu copy paste daripada FB :
Kem Bestari 1 Malaysia Prasekolah Zon Bukit Gambir 2014

Tempat 1: bercerita Bahasa Inggeris

Tempat 1 & 2 : tilawah al-quran
Tempat 4 : bercerita Bahasa Melayu
Tempat 4 - 6 : Mewarna


Gabungan ex-Bos dan Bos baru.
Alhamdulillah sepanjang ibu berkhidmat di sini ibu dapat Bos yang sangat-sangat baik.

Sehari sebelum cuti (25.5.2014) diadakan Hari Terbuka dan Hari Kantin.
Maka dengan gigihnya cikgu-cikgu dan staf menukar profesion menjadi peniaga pulak.
Semua tu semata-mata untuk tambah dana Badan Kebajikan B.Guru.
Farouk pun sama-sama membantu untuk jualan majalah dan alat tulis PSS.
Alhamdulillah, banyak jugak yang terjual.

Result Farouk pun dah mula ada peningkatan..Alhamdulillah.
Moga dia terus maju dalam pelajaran.
Selama ini Farouk sering buat hati ibu gundah gulana.
Mungkin kesilapan ibu jugak kerana membandingkan diri Farouk dengan 4Farahs.

Ibu digelar 'mek burger'...he3x....
Berpeluh di dapur bersama 4 orang rakan yang tidak memegang kelas dan
dibantu staf serta anak-anak murid.
Alhamdulillah jualan kami laris dipasaran....he3x.....
Kejap je habis.....airtangan cikgu la katakan.
Tak sedap pun jadi sedap ditekak anak-anak didik.
Yang pasti kami memasak penuh kasih sayang, penuh dengan zikir dan tasbih....

Fuh...panjang jugak karangan cikgu Matematik pada hari ini.
Maaf kalau ayatnya berteraburrrrr.....
Sekian.........he3x.....

7 ulasan:

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Cantik lukisan budak tu ibu kenapa dapat tempat ke-4? Memang tak puas hatilah. Kalau ibu letak lukisan yang dpt tempat pertama tu, dapatlah dibandingkan.

Kalau cikgu berjual, anak murid kena beli. Kalau cikgu kesayangan yang menjual, lagilah anak murid rasa ter'wajib' membeli. Hehehe ....

Unknown berkata...Reply To This Comment

kenapa dia dapat no 4..nak jugak tengok diaorang yang dapat no 1,2,3 tu..cantik sangt ke??heheh

Nur berkata...Reply To This Comment

Mana ada membiak lemak. Kak Nza slim la.
Banyaknya aktiviti akak sebelum cuti. :)

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

Tak de budak tu kan NzA.cantik lukisan gang diwwarnakan tu.

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Cantik lukisan tu. Kalau saya yang lukis, tak jadi macam tu.

Macam mana la lukisan yang dapat johan tu...?

Pekerjaan yang pelbagai tugasnya adalah guru. Boleh jadi chef, boleh jadi peniaga. Hebat insan yang bergelar guru.

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Tahniah anak2 pra...ayu pun suka kalau ada hr kantin..walau penat tapi seronok..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Sibuknya Yah. Akak yang rasa penat baca entri ni.

About me