Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

1 April 2014

Naurah dan Hari Anugerah Cemerlang.

Petang semalam (Isnin) ibu berkejar balik ke rumah dari sekolah.
Tak sempat makan berkejar pula ke sekolah Naurah.
Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG bermula pada pukul 2 petang...
Fuh!!!!memecut tak hinggat.
Nasib baik sempat tukar baju.....

Begitulah rutin setiap tahun ibu.
Saban tahun hadir menyaksikan anak-anak menerima hadiah kecemerlangan.
Hadiah terindah daripada anak-anak buat ibu dan ayah.
Syukur Alhamdulillah.......Terima Kasih Allah.

Ibu ni kalau ke majlis orang akan berubah laku jadi seorang sangat pemalu...hik.hik.hik.....
Boleh caya ke? tapi silalah percaya.....
Snap gambar dari tempat duduk jelah.
Dah la kakak Naurah tu kecik, bertambah kecik bila ibu snap dari jauh....huhuhu....

Alhamdulillah walaupun Naurah bersekolah di sekolah harian (menolak tawaran ke SBP)
namun dia tetap buktikan dia mampu kekal cemerlang.
Syukur Alhamdulillah kerana Naurah bersama 2 orang rakan menerima Anugerah Khas Emas
keseluruhan pelajar tingkatan satu pada tahun lepas.
Kalau tak silap ibu pelajar tingkatan 1/2013 tu seramai 270 orang.....

OTW balik ibu sempat interview Naurah.
"Kalau kakak cemerlang dalam PT3 tahun depan kakak masuk asrama penuh ye...."
(sekadar ingin menduga sebab kalau boleh ibu nak anak-anak sentiasa disisi ibu)
Naurah : Tengok la dulu ibu......

Ibu doakan agar Kakak terus cemerlang dan berjaya mengikut jejak langkah Along dan Angah
dan insyaAllah kak Nana (Beby) ke menara gading.
Buktikan pelajar sebuah sekolah harian yang terpinggir juga mampu bersaing dengan
pelajar-pelajar di sekolah ternama......aminn....
Terima kasih cikgu-cikgu yang terlalu banyak berjasa pada
anak-anak ibu.
Maklumlah, ibu ni nama je cikgu tapi tak rajin nak memantau homework anak-anak.
Dan anak-anak ibu juga tidak pernah tuisyen diluar kecuali di sekolah....
Sebab tu ibu sangat berterima kasih pada guru-guru 4Farah yang mencurahkan
ilmu tanpa jemu pada anak-anak ibu.
Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa-jasa kalian.
Terima Kasih Kakak kerana membahagiakan ibu dan ayah!!!!!!

p/s:
2.40 pagi ibu menerima khabar sedih.
Pakcik ibu telah pergi buat selama-lama.
Amat sedih kerana tidak mampu menatap wajah terakhir pakcik.
Seorang pakcik yang paling rapat dalam hidup ibu.
Semua Allah tempatkan arwah dikalangan orang-orang yang soleh.
Al-Fatihah.

9 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Tahniah untuk Naurah.. semoga terus mengekalkan kecemerlangan..

Takziah untuk keluarga pakcik...
Alfatihah buat arwah..

Aziela berkata...Reply To This Comment

Tahniah Naurah. Anak2 akak tak pernah mengecewakan. Semuanya ada kekuatan masing2. Itu pasti kerana ibu dan ayahnya yang berusaha dan berdoa tanpa putus. Kecemerlangan mereka, kecemerlangan ibu bapa juga...

Oh, Takziah yer kak. Seorang pakcik hubby pun dalam keadaan tenat juga sekarang.... Semoga dipermudahkan.

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah...ya Allah sejuk perut akak...harap2 lieya pun rase mcm akak rase....harap2 miamija dayyan cemerlang mcm kakak naurah jugak nanti...amin...

tahniah naurah...moga terus cemerlang dan cemerlang.....

alfatihah...moga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...amin..

Unknown berkata...Reply To This Comment

tahniah kak sebab punya anak2 yang sentiasa membanggakan..

Sheila Salim berkata...Reply To This Comment

Assalamualaikum kak, alhamdullilah. anak cemerlang, ibu tumpang gembira kan. semoga Naurah membesar dengan sihat dan sukses dalam hidup. Innalillahiwainnailaihiraji'un… sabar ye kak..

singgah menabung ford sini...

Rizziela berkata...Reply To This Comment

Alhamdullilah..mesti bangga kan anak2 berjaya dlm pelajaran

Unknown berkata...Reply To This Comment

Salam takziah kak...
Dan untuk naurah tahniah... dan terus jadi terbaik duniawi dan ukhrawi

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Tahniah naurah dan salam takziah ya kak

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

tahniah buat naurah n takziah atas pemergian bapa saudara akak..al fatihah..

About me