Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 April 2014

Resepi Ketam Telur Masin versi Ibu

Sejak kena denggi lebih 4 bulan yang lepas ibu dah muak dengan ketam.
Sejak kebelakangan ni keinginan nak makan ketam kembali membara......
.macam orang mengidam pulak.
Sebelum ayah terbang untuk berseminar selama 4 hari ibu pesan
agar ayah belikan ketam sebab si isteri ni dah kempunan tahap gaban.
Bukan tak pandai nak pergi beli sendiri tapi dasar mengada-gada...
Ibu paling tak suka pergi ke pasar atau ke area jual lauk pauk ni....
mengadakan!!!!!

Ni saja bahan-bahannya....:

6 ekor ketam digoreng bersama tepung jagung dalam minyak yang panas.
3 biji telur masin ( ibu pecah-pecahkan dulu telur kuningnya dalam mangkuk)
2/3 tin susu cair
daun kari.
cili padi (kalau nak pedas bolehlah banyakkan)
cili besar
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar.
kuib bilis.

Cara-cara:
Tumiskan bayang besar, bawang putih, daun kari dan cili.
Masukkan ketam dan tuangkan telur masin...kacau sebati.
Masukkan susu cair dan kacau hingga pekat.
masukkan perasa.......

Inilah hasilnya.
Maaf ye gambar tidak memuaskan sebab tangan makcik ni penuh dengan tepung.
Snap gambar lagi...nak masak lagi...berpeluh2 diawal pagi...adehhhh...sabo jelah.....

14 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

wah sedap kak ibu.... nanti nak cuba

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
cubalah...ank2 akak suka...

IeRA berkata...Reply To This Comment

Salam singgah

NzA berkata...Reply To This Comment

to iera
TQSM

ecah khalili berkata...Reply To This Comment

sedap..tiap kali hari jadi mak mesti sy masakkan ni utk mak..hehe..

Nida Mohd berkata...Reply To This Comment

Selalu tgk resepi ketam telur masin ni tp x pernah masak or makan..tekak ni teringin nak chili crab...emmm..sedapnya..hihihi

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Tak pernah lagi cuba masak ketam begini. Melihatnya di pagi hari pun dah rasa menggila laparnya.

Aziela berkata...Reply To This Comment

Ooo..macam tu jer yer kak. Sedapnyaaaa. Nanti saya nak cuba lah...

Iela Fazielah berkata...Reply To This Comment

SEDAPNYER kak....resepi mcm mudah...nnt ila nak try la..tq kongsi resepi

Salmi berkata...Reply To This Comment

Nampak sedap je tapi akak tak makan ketam.. huhu...

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Suka makan x pandai buat..kat melaka ni x jumpa kedai jual ketam telur asin ni..pernah makan kat kuantan...huhuhu..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...Reply To This Comment

Nampak sedap tu..lama tak mkn ketam gak



p/S:KLu minat dgn senduk silikon merah tu..blh la colling2 atie yer :)

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

amboiiii sedapni... ketam memang kegemaran saya...

Unknown berkata...Reply To This Comment

sedapnya terliur rasa nak masak stok ketam yang beli kat pasar borong resepi ni.. baru tahu ada resepi taruh telur asin.

About me