Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

14 Februari 2014

Pencarian TOKOH NILAM Daerah.

Minggu ni kesibukan ibu berganda.
Dimulakan dengan Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah.
Menerima surat perlantikan hakim Tokoh NILAM Daerah.
Perlu menghadiri bengkel pemilihan dan persediaan
sebelum acara gilang gemilang berlangsung  minggu depan.

Seawal pagi ibu dah bertolak ke BPasir.
Perjalanan memakan masa lebih kurang 40-50 minit.
Tersesat memasuki lorong akibat keliru dengan alamat yang diberi.
Akhirnya sampai juga ke destinasi.

 Pegawai Teknologi Maklumat dan GPM diberi ucapan
alu-aluan oleh YB...

 Taklimat yang seterusnya.....

Menjalankan tugas masing-masing dengan tekun tapi santai.
Kami antara 20 orang hakim yang dilantik bagi memikul amanah dan tanggung jawab
dihari kemuncak nanti.

Ibu berada diloteng atas manakala rakan-rakan lain mencari sudut yang selesa untuk
 menjalankan tugasan masing-masing......

Lebih kurang 2.30 petang tugasan kami selesai.
Minggu depan ibu dan rakan-rakan yang dilantik
akan berkampung selama 2 hari di Pagoh bersama bahan-bahan
yang telah kami settlekan hari ini.....



13 ulasan:

ummiross berkata...Reply To This Comment

waa NzA dah jadi hakim pula ye, moga menjadi hakim yang saksama dan bijaksana, hikhik!!. Anyway tahniah ye..

NzA berkata...Reply To This Comment

@ummiross
ni masuk tahun ke 3 ummi"terlantik" sbgai hakim....hehehe....

NzA berkata...Reply To This Comment

@ummiross
ni masuk tahun ke 3 ummi"terlantik" sbgai hakim....hehehe....

Aziela berkata...Reply To This Comment

Kak, sebagai hakim, apa yang perlu di ambil kira dalam mengira markah untuk tokoh nilam ni yer....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Aziela
dah 3 thn jd hakim...byk yg dinilai, pertama akakdemik..biasanya calon2 ni dpt tmpt pertama sejak drjah 1, aktif ko..sprti mewakili peringkat daerah, negeri n kebangsaan, pemimpin, berani dan baik sahsiah....
byk lg kategori yg dinilai..kemuncak mrk ada test, interview n berbahas.

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Kak nti hakim betoi2 ye kak...hihi^^

NzA berkata...Reply To This Comment

To JS
Ok3x...he3x...

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Nanti bolehlah pilih Faruoq jadi pemenang program NILAM daerah... hohoho...

NzA berkata...Reply To This Comment

To syahmi
Farouk xlayak nk jd tokoh nilam sbb akademik dia xcemerlang sgt..huhuhu...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Selamat menjalankan tugas dengan dedikasi ye kak nza

NzA berkata...Reply To This Comment

To pk
Insyaallah....tqsm.

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Makin sibuk lah NZA nanti ya....

Salmi berkata...Reply To This Comment

Cepat ye pemilihan dibuat. Kami di sini belum dengar khabar berita tentang pemilihan tokoh nilam thn ni

About me