Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 November 2013

Projek Hujung Minggu.

Selamat berhujung minggu...
Ibu tak kemana-mana hujung minggu nie.
Memerap di rumah sambil menternak lemak-lemak.....he3x...

Sejak tak begitu sihat beberapa minggu lepas dan ditambah kesibukan program sekolah
yang tak pernah surut, 
sistem on9 yang membuat ibu diserang penyakit darah tinggi..
projek menjahit ibu berkubur seketika.

Terpaksa memendam rasa dan akur.
Minggu ni tiba-tiba mood rajin datang berkobar-kobar.
Lagipun minggu ni ibu "free" walaupun program sekolah semakin menimbun.
Ayah pun dah 2-3 hari terbang ke seberang lautan....
Along pun dah balik semua ke U setelah bercuti selama 1 minggu.
Cuti hujung minggu ibu habiskan menjahit....

Projek yang terbengkalai beberapa bulan yang lalu.
Kain batik hadiah daripada Ummiross yang 
sweet tu ibu padankan dengan kain polos berwarna pink pekat.
TQSM ummi....Muah3X.....
Nanti bila dah pakai nza snap gambar ye...

Dibahagian bawah baju dan tangan ibu tampal kain net bersulam.
Kalau tak silap ibu 1 meter = RM28.
Untuk sehelai baju ibu beli 2.5 meter.
Ni projek belum siap sepenuhnya.
Niat hati nak tambah lagi butiran mutiara.
Tak tahulah berjaya ke tidak......


zoom sikit jahitan manik....

Baju ni lagi dasyat.
Dah hampir 1 tahun ibu peram tak siap-siap.
Ibu pun dah lupa akan kewujudannya...huhuhu...
Bila buka kotak jahitan rupanya baju ni dah siap cuma kainnya yang tak siap.

Konon-kononnya nak jahit kebarung.
Orang yang tak ada skill macam ibu ni main belasah je.
Entah jadi ke tidak baju tu......
Kat tengah ibu jahitkan bunga daripada manik blink-blink Vietnam.

Kain batik Sarawak ni ibu order daripada Ummiross.
Kainnya amat-amat lembut dan selesa dipakai.
Dah banyak juga ibu order daripada ummiross untuk dibuat baju....
Selesa sangat-sangat.....


8 ulasan:

Ann Ishak berkata...Reply To This Comment

cantik 2 baju tu ibu :)

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

Ibu_suri pun macam tu. banyak kain dalam setor bila IM check, siap sekerat sekerat.

La... sapa nak perabis jahitan tu?

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA..cantiknya batik cotton matching dengan kain pink pekat tu, tambah cantik lagi ada lace putih tu, macam kena sangat matchingnya tu, berseri-seri.

Kain corak pua tu pun ummi paling suka,kreatif pula NzA jahit kat tengah baju tu, memang sesuai sangat2.

Best kan kalau pandai menjahit dan kreatif pula, ummi ni pandai jual kain je NzA. Terima kasih kerana berkongsi gambar2 ni, ummi sangat2 hargai. Sayang NzA ketat2 juga, mmmuahh3x!!!!

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Wahhh...minggu akhir ni melaram ngan baju baru lah ya..cantik baju tu..untungkan pandai jahit baju sndiri..

Unknown berkata...Reply To This Comment

kak ibu sedap ek kain dari umiros tu dinda nak cuba lah.... bagi link kat dinda

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Seronok betoi bila ada skil menjahit macam kak Nza, beli kain boleh terus jahit ja :)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

untung org pandai menjahit,asyik melaram baju baru je la

attyfir berkata...Reply To This Comment

cantik nza baju nya .
lagi cantik lps letak lace.

About me