Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

4 September 2012

Pereka Fesyen Tak Bertauliah.

Pereka fesyen la sangat...cit!!!!
Ibu ni terkadang ada masa datang mood yang terlebih rajin.
Masa sedang berangan pun ibu boleh datang idea secara mendadak.
Masa tu jugak ibu akan capai kain, gunting dan bahan-bahan jahitan.
Kalau dah datang penyakit M, minta maaf jelah ye.
Ibu sanggup perapkan kain-kain tu berbulan-bulan malah bertahun-tahun......

Ni nak cerita fesyen rekaan ibu yang entah apa-apa.
Rekaan pertama untuk raya.
Mangsanya sudah tentulah Naurah sebab dia puteri bongsu.
3F dah tak layan baju-baju pelik ciptaan ibu yang entah apa-apa.....hahaha....
Kain tu jenis lace yang dihadiahkan oleh seorang rakan ibu 2 tahun lepas.
Bayangkan kain yang mahal tu ibu perap sebab tak ada idea nak buat baju.
Tak kan nak jahit baju ibu.
Tak sesuai sebab kain tu lebih sesuai untuk majlis persandingan....hehehe....
Maka terciptalah baju gaun labuh untuk Naurah......

ciptaan ke 2 hasil sentuhan tangan ibu yang tidak ada asas mereka cipta nie.
Ibu pun tak tau nak katagori maxi or gaun labuh.
Main hentam semacam je.
Kain bahagian atas tu dibeli di Vietnam dan dicantum dengan kain satin dari Singapore.
Sejak jahit baju ni angah tak habis-habis mengkritik tentang baju nie.
Katanya, kain tak cantik la, nampak macam kain buruk la, sakit mata la...
Aduyai........Sabar jelah.......

Ibu tambah sedikit bunga-bunga kecil dibahagian lengan dan cantuman kain bahagian bawah.

 Dan model ibu ni dah pakai untuk majlis open house anak-anak perantau semasa malam raya ke 3.
Tak kisahlah angah nak kutuk apa, yang penting model ibu suka dan rakan-rakan
dia tak habis-habis memuji kecomelan baju tu....
Maka terperasan la si cikgu ni bila rakan-rakan Naurah merangkap anak-anak murid memuji cikgunya.
"Pandailah Cikgu Z jahit baju...CANTIK!!!!!."...entah ikhlas ke tidak tu....hahaha.....

 Terselit gambar si pereka fesyen yang entah apa-apa tu.
Ada cerita disebalik gambar model yang tak pandai senyum tu.
Maklumlah masa ni baru balik sekolah...
Juru gambarnya si Farouk tu....
Baju ibu tu diperbuat daripada sebahagian kain baju Naurah  dan 
untuk kainnya adalah batik Sarawak hadiah daripada
kanda tersayang  Ummiross .
Kebetulan maching pula kain batik Sarawak yang ummi hadiahkan tu dengan kain dari Vietnam tu.
Ibu sanggup menjelajah ke beberapa buah kedai tudung untuk dapatkan
warna yang sama.
Akhirnya pencarian ibu berakhir di Melaka.........
Baru semalam  ibu sempat melaram dengan baju raya nie.
Mood raya masih mekar suburkan.......

TQSM Ummiross...Sayang Ummi ketat2....Muah100X.

Ada ibu buat n3 tentang hadiah dari ummi tapi masa tu ummi dah selamat
sampai ke Tanah Suci Mekah. Klik SINI ...


dibahagian bawah baju tertanam bunga-bunga kembang semanguk + bermangkuk2......
Sekadar menambah seri pada baju tu.

p/s:
Minggu yang sibuk.
Malam esok dan lusa ibu terpaksa  ke sekolah untuk hadiri
program kecemerlangan UPSR.......
Ayah dan farouk pula tak habis2 bermarhaban raya setiap malam.......


35 ulasan:

ummiross berkata...Reply To This Comment

MasyaAllah, memang berbakat sungguh NzA, orang seni kan, ada je idea kreatifnya dan hasilnya memang cantik sangat2, Naurah pun nampak comel je dengan gaun2 tu.

Walla!!, batik Sarawakpun ada ye, warna hijau turqois tu memang favourite ummi juga NzA. Yang best matchingpun kena sangat tu,jahitan manik mabeles,cantiklah NzA, baju cantik, NzA pun cantik!, hehe..

Sama kasih NzA, sayang NzA beribu-ribu lemon, muahh!! 100x gak, hik!

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
TQSM Ummi, main tibai semacam je ummi..yg pnting model tu suka....hehehe.....

Nza pn suka warna tu. CANTIK!!!!....sanggup menjelajah ke bbrapa kedai tudung utk dptkan warna yg sama...Warna tudung mcm tu mmg sukar nk dpt ttp Alhadulillah akhirnya dpt juga disebuah gedung di Melaka......hehehe....Syg ummi ketat2X...Muah.

Kakcik Seroja berkata...Reply To This Comment

Penat2 ibu merekacipta, suka2 pulak anak2 komen ya?

Cantik apa baju2 tu. :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to kakcik
2lh pasal...hehehe....sabar jelh...
TQSM kakcik...

normaliza berkata...Reply To This Comment

Wah kak, ni mmg betul2 punya rajin. baju biru tu cantik la. sweet aje...

NzA berkata...Reply To This Comment

to normaliza
sekadar mencuba la nor..segan lak dgn nor yg dh mahir menjahit tu........hehehe....TQ nor.

cheqna berkata...Reply To This Comment

cheqna memang x pandai menjahit..huhuhuhu

NzA berkata...Reply To This Comment

to cheqna
xpe...nnti boleh blajo.....

Nur berkata...Reply To This Comment

Ada bakat tu, Kak Nza. Kritikan tu biasa, pada orang mungkin nampak serabut, tapi asalkan kita happy dan selesa pakai baju kita buat sendiri, itu lebih penting, kan. :)

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

cantik kak, pandai akak. saya tgk pun berkenan, kalo asik pakai baju kurung pun, bosan gak, kita try fesyen lain. cantikla naurah pakai

Kasih Salina berkata...Reply To This Comment

pandai akak menjahit ye..kreatif la tu namanya..suka tgk yg ada manik2 tu..cantik..

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

mg sis berbakat la...kalau dekat2 mau js tempah gak ni...hihi

wahida berkata...Reply To This Comment

hebatnya akak ni menjahit...kreatif lak tu...

cantik tau kak!! serius ni...
saya suka gaun labuh kuning tu...

Aziela berkata...Reply To This Comment

Beauty lies on the eyes of beholder. Mata kita kata cantik dan jiwa kita sangat kagum. Wah akakkk...saya kagum sangatt nie. Saya nie, jahit butang pun senget benget.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

secara jujurnya pic bju tu mmg nmpk tak berapa menarik.tp bila naurah pakai nmpk cantik pulak.jadi fereka fesyen baju nie mmg berjaylah..cantik!

NzA berkata...Reply To This Comment

to yati
hehehe...akak xkisah pn dgn kritikan angah tu...yg pnting tuan punya baju suka....hehehe...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
naurah sbnarnya minat jubah brbnding baju kurung...konon2 nk jahit jubah ttp trjahit baju gaun labuh lak....he...

NzA berkata...Reply To This Comment

to kasih salina
TQSM...cuba2 sesuatu g lain sikit dr kebiasaan.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
jahit ut diri sndiri n anak2 je JS....itu pn tgk mood si ibu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to wahida
TQSM..sekadar mencuba sedikit kelainan....

NzA berkata...Reply To This Comment

to azie
TQSM..trlalu tinggi pujian azie tu...segan lak akak...apapn terima kasih.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
TQSM....PK mmg pengkritik yg hebat.....hehehe....

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

cantiknya......memang beruntung kalau pandai jahit baju sndiri....

mamaijat berkata...Reply To This Comment

...pasti tersenyum ayah cos dah jimat duit upah tailor....

..::..aRe-Na..::.. berkata...Reply To This Comment

waa..berbakat akak ni,cantik...
nk2 plak c pemakai pon cantik manis jek orgnya..:-)

Dilla Ady berkata...Reply To This Comment

untung kak pandai jahit baju..mcm2 baju leh dicipta..cantik jek bile naurah pakai...

dilla pun tgh niat2 nk blaja jahit..tpi mesin jahit takde..huhu

dwatyKNY berkata...Reply To This Comment

kreatifla... cantik...

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

cantik ape hasil rekaan akk... ;)

NzA berkata...Reply To This Comment

to MP
TQSM....masa kerajinan dtg melanda tu MP....hehehe....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
yg pastinya mmg jimat sgt2 kandA....

NzA berkata...Reply To This Comment

TO ARENA
TQSM...model tu mmg slalu jadi mangsa ibunya....hehehe...

NzA berkata...Reply To This Comment

to dilla
TQSM...dilla belajo la dulu...bila dh pndai boleh la beli mesin jahit....

NzA berkata...Reply To This Comment

to dwaty
TQSM....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummi hanie
TQSM hanie....

Salmi berkata...Reply To This Comment

Cantiklah Yah.. Hasil tangan org seni kan.. Beruntung anak2 dpt melaram dgn hasil tangan ibu sendiri..

About me