Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 September 2012

Akhirnya....

Salam rindu semua.
100 jam ibu menyepi bukan bermakna ibu telah lupakan rakan-rakan semua...
Kalian semua tetap dalam ingatan.
Ibu tetap wujud cuma ke"lemau"an makin melanda diri ibu......

Hari ni dah 2 hari Syawal berlalu tetapi jemputan open house masih ada.
Selagi kudrat masih ada, ibu cuba penuhi jemputan rakan-rakan
walaupun rasanya diri ini semakin berat dan mengembang....hukhukhuk.....

Hari ni saja nak tepek makanan semalam..
Bukan makanan basi ye tapi makanan yang ibu masak semalam..
Sejak bulan Syawal, ibu boleh kita berapa kali saja ibu makan nasi di rumah
terutama hujung minggu.
Tekak dah mengidam nak makan petai + bilis goreng bersama ikan
kembung yang kecil digoreng bercili....
Tekak orang yang makin meningkat usia........
Dan akhirnya hajat ibu tercapai semalam.
Betapa nikmatnya melayan tekak yang dah 1 bulan asyik melayan daging + ayam.....

Dan anak-anak request nak makan takoyaki ketam.
Kebetulan Along balik bercuti dan dengan gembiranya ibu boleh bersantai-santai di rumah.
Along lah mengambil alih tugas ibu sebagai driver dan melayan keinginan adik-adiknya...
Malamnya kami dinner dengan membedal takoyaki ketam ni dengan jayanya.......

32 ulasan:

Teratak Hami berkata...Reply To This Comment

Sure akak dah rindu nak ke dapur :-)

NzA berkata...Reply To This Comment

to TH
akak tetap masak ttp rindu nk makan kt rumah.....huhuhu....

makchaq berkata...Reply To This Comment

memang terliuq lauk macam ni lepas sebulan makan berat2..
Sampai hujung bulan masih ada jemputan open house setiap hujung minggu + kenduri kawin..

Suhana Shahril berkata...Reply To This Comment

takoyaki tu apa kak?hoho...tak penah plak dgr makanan nih..

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Tak pernah lagi mkn takoyaki ketam..nampak sedap tu..~

Aziela berkata...Reply To This Comment

Alahaiii...bestnya takoyaki. Susah tak nak masaknya kak? Saya nie kurang kesabaran bab masak nie, heheeheheh. Nak golek2 takoyaki tu kan...

Salmi berkata...Reply To This Comment

Betul tu Yah, jemu dah asyik makan daging & ayam.. Sedap pulak tengok ikan + bilis tu..

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

betul tu...dah jemu rasanya ngadap ayam dan daging...tapi yg peliknya, anak2 tak pulak jemu..hari2 nak makan ayam....

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA..Jangan menyepi lama2 sangat, rindu..!

Nak tumpang makan takoyaki dengan nasi boleh?, hehe..

azieazah berkata...Reply To This Comment

Makan Tako ni ramai-ramai baru best layan!

NzA berkata...Reply To This Comment

to makchaq
betul tu, rasa dh naik muak asyik mengadap daging n ayam tu...

NzA berkata...Reply To This Comment

to suhana
makanan dr negara jepun ttp tlh di melayukan...sedap ana.

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
mmg sedap lily...anak branak suka nie

NzA berkata...Reply To This Comment

to aziela
mmg sedap....akak pn xpndai masak bnde alah ni ttp pndai memakannya...hehehe...biasanya kami beli kt giant sbb kt situ sedap...

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak salmi
yelh kak mie, rasa nk naik pening kepala mengadap benda alah tu..

NzA berkata...Reply To This Comment

to MP
sama la dgn 4F ni, xjemu2 makan ayam...ibunya dh rasa semacam dh....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
skrg ni dh xde idea la nk brcerita w.pn byk kisah2 yg brlaku...huhuhu...

jom ummi....

NzA berkata...Reply To This Comment

to azieazah
2lh, setiap org mkn smpai 5 biji...licin hingga menjilat jari....hehehe....

wahida berkata...Reply To This Comment

selalu mkn takoyaki ayam, takoyaki ketam ni nampak menarik lah!!

Dilla Ady berkata...Reply To This Comment

dilla tak penah makan takoyaki ni..kt kluang lum ade jumpa lagi...

dilla pun suke petai masak mcm ni...sbb boring asek masak sambal petai jek kan..

aliza berkata...Reply To This Comment

salam kenal

sedapnya.. kekadang bawang goreng campur bilis taruk kicap campur cili padi lg sedap makan ngan nasi panas kalau dah hari2 ngadap ayam je kannn...

Nur berkata...Reply To This Comment

Sedapnya kak, ikan bilis goreng dengan petai dan ikan goreng bercili. Selera Yati tengok, kak.

ckLah @xiiinam berkata...Reply To This Comment

Entri ckLah pun semakin jarang...dan jarang...dan jarang. Seminggu tak sekali....hehe.

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

lieya pun jarang2 dah update ni kak...busy pindah..skrang dah okey...so kene amik mood balik mengadap blog heheheeh

sedap lauk akak tu..lieya suke lauk kering2 nieh...

NzA berkata...Reply To This Comment

to wahida
takoyaki ketam lagi sedap tau wahida.

NzA berkata...Reply To This Comment

to dilla
kalau kt giant n tesco biasanya ada jual takoyaki ni dilla...sedap tau..

yelh dilla, rasa dh muak mkn masakan brkuah.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to aimaniman
TQSM sudi singgah..
2lh sedap makan dgn nasi panas2kan...

NzA berkata...Reply To This Comment

to yati
mmg boleh membangkitkan selera....

NzA berkata...Reply To This Comment

to cklah
2lh, makin lama makin suram la...

NzA berkata...Reply To This Comment

to lieya
lieya dh pindah rumah sndiri ke?????

yelh lieya, skrg rasa nk mkn yg kering2 je....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

emm sedapnya..tekak ibu mengandung nie tgok apa pun sedap.tp nak time2 tu gak..klu esok dah tak lalu.huhu..

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

alahaiii sedapnye bilis goreng ngan petai tu, terliur sy tgk

About me