Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Februari 2012

Resepi Menara Kuih Ketayap

Menara???????
Kenapa "menara??????".
Saja tajuk nak buat gempak sikit.
Rumah ibu ni kalau masak apa-apa mesti akan jadi menara.
Maklumlah rakyat jelata ramai, jadi kalau masak mesti kena lebih.....

Petang semalam tiba-tiba ibu teringin nak makan kuih ketayap ni.
Kalau orang Kelantan panggil "kuih gulung".
Kebetulan dalam peti ais ada stok isi kelapa muda pemberian SIL sebelah rumah.
Dah beberapa hari terbiar sepi di situ......

Kebetulan gula merah tak ada pula dalam stok.
So sekarang ni ibu dah ada "kakak supir a.k.a Along".
Sekelip mata je suruh , dia terus pergi beli.
Alah, mini market pun sebenarnya dekat je dari rumah.
Orang tengah gian nak bawa kereta....
Kereta jugalah jadi mangsa Along......

Dengan gigihnya ibu masak inti kelapa tu.....
Along dengan gigihnya masak lempeng...
Naurah dengan gigih tukang gulung dan jadikan menara ketayap..........
Angah, Beby dan Farouk jadi tukang rasa.......

Taraaaa...menara ketayap ciptaan Naurah....he.he.he.....
Ni resepinya.....
  • Untuk Lempeng :
  • tepung gandum-sukatan ikut bilangan ahli keluarga la ye.....
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan-dikisar dengan air dan ditapis..kalau xde pun tak kisah........
  • 1 1/2 cawan santan @ susu segar @ susu tepung @ susu cair.....
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Beberapa titik pewarna hijau

  • Inti
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula merah -mengikut citarasa..kalau nak manis tambah lebih sikit....
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Inti : kelapa parut + gula merah +daun pandan. 
  2. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti bertukar warna keperangan. 
  3. Lempeng :tepung + secubit garam + santan . Kacau sehingga sebati . 
  4. Kemudian masukkan telur + minyak + perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
  5. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan. masak seperti kita memasak lempeng.
  6. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

sedap nya ketayap tu...hehe.
seronok sbb ank2 dh pandai bikin sendiri...mak cuma arah je...hehe

Kamsiah yusoff berkata...Reply To This Comment

guna kelapa muda,sedap,kan..nyum nyum...

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
skrg ibu main order je kalau nk makan ttp syaratnya kena bagi resepi.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kamsiah
mmg sedap..lemak brkrim.....

sonata anak kancil berkata...Reply To This Comment

teringin gak nak buat ni...nanti nak ikut resepi nza ni.Tk kongsi resepi - resepi turun temurun ka?

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Ohhh sedap kak Nza! Tengok pun dah terasa2 kat lidah, yum!

NzA berkata...Reply To This Comment

to sonata
cubalh akak..kalau bhn dh ada senang jekan...
Sama2....

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
lama dh xmkn kuih ni dinas..sedap pulak rasa....

Cikli berkata...Reply To This Comment

kami panggil bate buruk

ummiross berkata...Reply To This Comment

ramainya pembantu..macam ni sekejap dah siap masak ni.

Sedap sangat nampak tu NzA, inti dia tu bikin terliur..

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

wahhh...sedapnya kuih ketayap tu....

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Peberet sy ni.. cuma nak buat tu bercinta la sikit.. kita tak ada assistant mcm akak.. huhu,,

jeBateja berkata...Reply To This Comment

aduhai cikgu...teringat kat my BONDA yg selalu rajin membuatnya...adehhhh

NzA berkata...Reply To This Comment

to cikli
gitu ko...kalu kt tmpt ambo bate buruk tu warno putih...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
masih meriah dgn pembantu ummi....habis pn sekejap......hi..

meh sini ummi..kita makan sama2...

NzA berkata...Reply To This Comment

to MP
lama xmkn MP...rasa sedap pulak.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to zefa
sama la dgn akak..kalau xde stok bhn mmg malas nk buat....

NzA berkata...Reply To This Comment

to jebateja
he.he.he...ni kuih tradisional org dulu2....

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

izan suka makan ketayap ni kak nza. tapi kalau buat yg ada inti kelapa ni kurang laku... makan sorang2 ajelah. anak2 cicah ngan gula gitu je.

Unknown berkata...Reply To This Comment

Ini kuih kegemaran qayyum dan sumaiyyah...mereka panggil kuih hijau... Mamaqs x pandai buat inti tapi tq kak ibu bagi cara nak buat.... Lepas ni boleh cubalah

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

untung ada ank dara ramai kan kak !

Salmi berkata...Reply To This Comment

Ptg2 tgk kuih ni terliur pulak. Kebetulan dah lama tak makan..

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
akak n anak2 suka cuma farouk xbegitu suka..mungkin budak2 suka makan dgn gula je kot....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
ye ke???? nnti bolehlah mamaQS buat utk Q n S tu..mesti mrk suka.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummihanie
2lh, bila dh besar rasa ringan sikit....

NzA berkata...Reply To This Comment

to k.mie
mmg sedap layan kuih ni ptg2 k.mie....yah pn lama dh xmkn....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

hari tu makan kt rumah SIL kuih ketayap nie.sedap..nak buat sendiri selalu tak menjadi.hehe..

About me