Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Februari 2012

Mesyuarat Agung PPIM

Rasanya dah hampir 5 tahun ibu tidak hadiri mesyuarat PPIM .
Petang Jumaat ibu dan M hadiri di atas jemputan.
Tempatnya memang jauh.
Memakan masa hampir 1jam setengah dari rumah ibu.

Balik dari sekolah dah pukul 1 petang.
Selepas solat Zohor terus bergegas ke sana.
Mengikut jadual mesyuarat bermula 2.45 ptg.
Biasalah, pukul 4.00 petang pun mesyuarat masih belum mula.
Adalah sedikit taklimat yang diberi memandangkan VIP belum tiba.
Banyak juga input yang ibu dan rakan-rakan dapat.
Sampai rumah dah Maghrib......

Banner Mesyuarat.

Lebih kurang 100 orang guru pemimpin seluruh daerah Muar/Ledang yang hadir.....

Ibu beli sehelai t-shirt PPIM dan sehelai seluar trek PPIM.
Sepasang tu berharga RM55.
Sekarang untuk guru pembimbing PPIM t-shirt dan seluar
dah berwarna purple.
Beria-ria ibu beli ni sebab hari Rabu ibu tak perlu lagi 
bersusah payah memakai baju kurung PPIM.
Saja mengelat nak ke sekolah ber t-shirt + berseluar trek......ha.ha.ha.
Baju koperat PPIM ibu tak beli sebab potongannya tak begitu menarik minat ibu.
He.he.he.....boleh ke macam tu?????

p/s:
Alhamdulillah sejak semalam header ibu dah kembali...
Juga terima kasih di atas nasihat dan cadangan rakan-rakan
terutamanya  affan yang bersungguh ingin membantu ibu....
Terima kasih semua.

11 ulasan:

ummiross berkata...Reply To This Comment

hihi baru lah santai sikit pergi sekolah, sekali-sekali berseluar trek dan t-shirt.

AHP Pie@Mohamad bin Wahid berkata...Reply To This Comment

tak selalu dapat singgah. kesibukan makin berganda2.
moga NzA beroleh pahala yang berlipatkaliganda berbakti kepada anak bangsa.

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
betul tu ummi...sskali nk juga santai2....

NzA berkata...Reply To This Comment

to AHP
xpe AHP..sy tau AHP amat2 sibuk skrg nie..sy ttp akan jengah blog AHP...

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

senang sikit nak bergerak kan....
selesa nak kesana ke mari..

NzA berkata...Reply To This Comment

to siti murni
betul tu murni...pagi xpyg susah2 nk cr tudung maching dgn baju......ngee...

Unknown berkata...Reply To This Comment

Kak ibu saya dulu masa sekolah masuk puteri islam sebab baju warna pink...

NzA berkata...Reply To This Comment

to MamaQS
masa sk dulu akak pulak pandu puteri ttp sejak masuk sk ni dh jadi guru PPIM lak..skrg baju murid2 masih pink cuma baju cikgu dh tukar jadi purple....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

memang selesa dpt ketempat kerja pakai seluar track n t-shirt.sy mmg suka.hehe..

NzA berkata...Reply To This Comment

mmg amat selesa..kalaulh everyday boleh mcm tukan best...

Wahida berkata...Reply To This Comment

Dimana boleh beli set Baku T-shirt pemimpin ini?

About me