Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

11 Oktober 2011

Penyertaan Mereka...

Minggu lepas di sekolah ibu diadakan
Program Bulan Bahasa dan Semarak Merdeka
selama 3 hari bermula 3.10.2011 hingga 5.10.2011
Kiranya ini adalah n3 basi la......
Basi pun basilah, yang penting ada catatan kenangan.
hi..hi..hi....

Hari Pertama Program
Naurah sertai Essay Writting Competition dan 
Pertandingan Mengarang Bahasa Melayu.

Farouk pula sertai Pertandingan Melafazkan Ikrar Rukun Negara 
dan Mewarnai Poster.

Hari Ke 2 Program
Naurah sertai Kuiz Kajian Tempatan dan Kuiz Rukun Negara.

Hari Ke 3
Hari kemuncak program.
Naurah dan Farouk sertai Pertandingan Pakaian Beragam.

Farouk bergaya dengan pakaian bertemakan kemerdekaan.

Kakak Naurah bersama peserta pakaian beragam Tahap 2.

Farouk bersama peserta pakaian beragam Tahap 1

Ibu terpaksa korbankan 2 helai bendera 
untuk jahit 2 helai baju untuk Naurah dan Farouk...
klik sini .

Naurah dan Farouk telah siap memperagakan pakaian di Dataran Perhimpunan.
Suka tengok gaya kanak-kanak memperagakan pakaian..
Semua comel2 dan cute2....

Selain itu, Naurah juga ambil bahagian dalam Pertandingan Mendeklimasikan Sajak.

Yang sempat ibu rakam.
Naurah terlupa beberapa baris sajak..
Hentam jelah kakak...he...

Lepas bersajak, Naurah bergegas tukar baju untuk sertai
Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik..
Anak ayah katakan.....

Hari Isnin baru diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang...
Penyampaian Hadiah kepada pemenang pertandingan:
Farouk cuma menang dalam Acara Pakaian Beragam
dari 3 penyertaan..

Naurah membolot hadiah dalam acara:
1. Essay Writting-tempat ke 3.
2. Koir-Tempat ke 3
3. Deklimasi Sajak-Tempat ke 3
4. Pakaian Beragam-Tempat ke 3
Hai Kakak, kenapa semua dapat tempat ke 3 ni?????

15 ulasan:

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah.....sejuk tgk anak2 akak....aktif dan bijak...sume die amik bahagian...takpe kak, tempat ke 3 pun dah kire hebat tu....jenuh nak bwk balik adiah he he he

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

hehe kelakar tgok naurah siap bukak note.apa pun well done kakak sbb semua kategori dpt tempat ke3..farouk pun congrate yer!aktif dan bijak semua anak2 akk..:)

NzA berkata...Reply To This Comment

to lieya
Naurah n farouk tu berani mencuba cuma nasib farouk xsebaik kakak...hi.hi.hi...

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
2 yg kelakarnya..jadi bahan ketawa kwn2 n hakim.....he...
Thanks PK....

Nur berkata...Reply To This Comment

Ok le tu, tempat ketiga. Aktifnya dia orang, masuk banyak acara. :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to
xde rezeki nk dpt johan.....hi...kalau boleh semua acara depa nk msuk....

Unknown berkata...Reply To This Comment

Salam k.nza, lama sy xjengah cni...huhu

Tahniah utk Naurah & Farouk, semua Naurah bolot yer, tpt ke 3 pun ok, ada hadiah gak kan....syabas!!!!

Kretif la baju bendera m'sia tu...hehe

NzA berkata...Reply To This Comment

to siti hajar
thanks, rezeki Naurah n farouk.....hi.

idea spontan tu...

h4ni3 berkata...Reply To This Comment

tempat ke-3 pun, dapat hadiah jugak tuu :)
tahniah farouk n naurah :))

NzA berkata...Reply To This Comment

to h4ni3
dpt juga hadiah ttp semuanya no 3.....hu...

Miecyber berkata...Reply To This Comment

Happenning you.....

Fenomena "Halo Bulan"
Taman Negara Package
Travel Online Shopping

NzA berkata...Reply To This Comment

to miecyber
mmg happening...

mummyrinazone beauty berkata...Reply To This Comment

wahhh anak2 akak superb lah=)terasa semangat plak nak membesarkan anak cm akak=)eh terasa ada semangat patrioritik dalam entri nie=)

NzA berkata...Reply To This Comment

to n.hezrina
anak2 semua ada bakat trsendiri cuma kita perlu bagi sokongan n galakan pd mrk..insyaallah....

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

aktif ank2 akk yea .. bagus2 ... comei je naurah ;)

About me