Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 Disember 2010

Pokok Katak Puru @ Nam-nam.


Pernah dengar tak nama pokok katak puru tu?????.
Kalu xsilap ibu pokok nie juga dikenali dgn nama pokok nam-nam.
Sebenarnya pokok katak puru ni abah tanam dh lama.
Rasanya masa ibu sekolah dulu pokok tu dh ada abah tanam.

Dulu ibu geli sgt tgk buah katak puru ni cz rupanya agak2 sama dgn katak puru binatang yg paling ibu takut + geli tu.
Kulitnya mengerutu n mmg xmenyelerakan bila dipandang.
Ttp bila lama2 kiranya dh xkisah tang rupanya yg hodoh tu..
Rasanya masam2 manis n rangup.
Bila blk kg ibu suka la dok petik buah2 katak puru tu.
Dulu saja2 kutip cz byk sgt ttp skrg ibu dh mula minat utk makan gitu je or wat "colek".
Mmg boleh hilangkn rasa loya2 tekak ibu nie..

ni la pokok katak puru @ Nam-nam...
pokoknya xla besar sgt.......


buahnya pulak keluar disepanjang batang pokok dr atas sampai jejak tanah.
Mmg senang la kalu nk petik......


ni la rupa buah katak puru yg dh masak..Berwarna kuning n kulitkan mengerutu mcm katak puru. Buah muda berwarna hijau n rasanya agak kelat n masam2....
Sedikit Info ttg buah katak puru
Nama Botani : Cynometra Cauliflora
Famili : Leguminosae
Pokok katak puru atau nam nam dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan India. Pokok dan buah katak puru ini tergolong dalam kumpulan nadir kerana ianya semakin sukar untuk dijumpai. Pokok katak puru mempunyai ketinggian yang sederhana iaitu kira-kira 3 meter. Ia jenis tumbuhan yang membesar dengan kadar yang sangat perlahan. Untuk mencapai ketinggian 2 meter ia mengambil masa lebih kurang 20 tahun. Pokok ini berbunga dan berbuah sepanjang tahun. Bunganya keluar secara berjambak pada bahagian pangkal batang, batang dan dahan. Semasa kecil, buahnya berwarna hijau gelap dan setelah masak ia menjadi hijau kekuningan. Apabila masak, buah katak puru atau nam nam akan gugur. Ia mempunyai rasa masam manis.

18 ulasan:

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

unikkan buah ni..buah biasa la tengok, pokok takpernah!

NIA berkata...Reply To This Comment

penah tgk buah ni, tp xbrani makan.hehehe geli sbb tbayang mcm katak.kakaka teruk btul prangai.tp btul la org ckp sedap.hihihi~

Lily@MamaZaraZareef berkata...Reply To This Comment

Sy pernah makan buah nam-nam nih tp dah lame sgt dah..mase skolah rendah kot..hehehe..tp klu pokoknye, ni baru 1st time tgk kat blog kak nza..buahnye kuar kat celah2 batang pokok jek rupenyer ek..=)

UmiIzz berkata...Reply To This Comment

uishhh, kalau la terngidammm.. kene cari kat umah akak la erk..hihi

Normaliza berkata...Reply To This Comment

kat opis ni selalu gak org bawa. tapi tak berani nak makan la sebab tak pernah tahu pun pasal buah ni. katanya macam rasa buah jambu ek?

bintangku berkata...Reply To This Comment

tak pnh tgk ler buah nie. Rasa lagi lar tak pnh. hu hu hu... cam jakun lak. :P

Dilla Ady berkata...Reply To This Comment

kat umah atuk dilla ade nih pokok nih..mak dilla suke giler makan buah nih..

tpi kitorang panggil buah nam nam

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamalieyna
sbb tu akak wat n3 ttg pokok nie cz akak rasa ramai yg xprnah tgk rupa pokoknya nie.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to sizuka
sama la dgn akak dulu..tgk buahnya tiba2 tekak rasa geli cz mcm katak puru..skrg dh ok la......

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
buahnya kluar mcm pokok belimbing buluh ttp pokoknya lbh rndah......

NzA berkata...Reply To This Comment

to umidanish
boleh jerrr....byk sgt buahnya xputus2.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to normaliza
lbh kurg gitulh rasanya ttp ada rasa masam2 ckit......

NzA berkata...Reply To This Comment

to bintangku
buah nie rasanya xde dijual kot...kalu ada pn kt kg2 jerrr.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to dilla
kt kg mmg ada la ditanam org tua2 ttp rasanya buah ni xde dijual kot...

buahnya agak sdp gak......

h4ni3 berkata...Reply To This Comment

rasa mcm penah dengar
tapi tak penah makan
memang utk buat colek jer ek k.nza?

NzA berkata...Reply To This Comment

to h4ni3
setakat nie gitulh hanie..xtau kot2 pn doktor ada wat kajian utk pnykit lain...he.he.he....

sonata anak kancil berkata...Reply To This Comment

tak pernah jumpa pokok ini....jakun!

NzA berkata...Reply To This Comment

to sonata
mmg susah dh nk jupe pokok nie skrg...jz ada kt kg2 jerr......

About me